Senaman aerobik, juga dikenali sebagai senaman “kardio” ialah jenis senaman yang melibatkan oksigen.

Semasa senaman aerobik, oksigen yang diperoleh mencukupi untuk memberi tenaga kepada otot semasa bersenam. Senaman ini tidak memerlukan tenaga dari sumber lain seperti senaman anaerobik.

Bagi senaman anaerobik pula, oksigen sahaja TIDAK mencukupi untuk membekalkan tenaga. Jadi otot akan memecahkan gula, dan membebaskan asid laktik.

Perbezaan lain yang mudah dikenalpasti ialah senaman aerobik ialah senaman ringan yang anda boleh lakukan untuk jangka masa yang lebih lama.

Contoh senaman aerobik yang digemari ramai ialah berjoging, berenang, berbasikal dan lain-lain.

Manakala senaman anaerobik pula ialah senaman berat yang dilakukan untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Sebagai contoh senaman anaerobik ialah angkat berat dan lari pecut.

senaman aerobik

Oleh kerana entri ini Ain akan share tentang senaman aerobik, Ain teruskan info tentang senaman ini sahaja ya.

.

Senaman Aerobik

Apabila anda bersenam, anda menggerakkan otot-otot di seluruh badan secara berulang-ulang.

Pernafasan anda akan menjadi lebih laju dan dalam, untuk memaksimakan kemasukan oksigen ke dalam darah

Jantung anda pula akan berdenyut pada kadar yang lebih cepat supaya dapat meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot dan paru-paru.

Salur darah pula akan mengembang dengan lebih besar untuk menghantar lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Bukan itu sahaja, salur darah juga berfungsi membawa keluar sisa-sisa ‘buangan’ dari badan.

Semasa bersenam juga, badan anda akan melepaskan lebih banyak endorphin yang merupakan ‘painkiller’ semulajadi dan membuatkan anda rasa gembira dan tenang.

Jadi, apa 10 manfaat bagi anda yang gemarkan senaman aerobik?

.

10 MANFAAT SENAMAN AEROBIK

.

senaman aerobik

Buat anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan, rajin-rajinlah bersenam aerobik. Digabungkan bersama pemakanan sihat dan seimbang, pastinya anda akan berjaya kurus!

Bersenam aerobik juga mampu meningkatkan stamina anda.

Biasa sahaja kalau di permulaan anda bersenam anda berasa letih. Tetapi anda pasti akan ‘addicted‘ untuk bersenam kalau dah memang biasa bersenam. Senaman aerobik kan bantu hasilkan hormon endorphin (morphine semulajadi) juga.

Selain jadi ketagih untuk bersenam, hormon endorphin ini juga membantu memberi mood yang baik untuk anda. Sesuai sangat anda lepaskan stress dengan bersenam.

Baca juga entri 7 Cara Atasi Stress Secara Sihat.

Lagi satu, anda yang rajin bersenam kardio juga biasanya susah amat nak dijangkiti penyakit kan?

Kalau orang lain mudah sangat berjangkit atau kerap demam selesema, tetapi tidak bagi anda yang suka bersenam aerobik. Senam aerobik bantu mengaktifkan sistem imun menjadi lebih kuat.

Macam mana pula kalau anda ada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi?

Pertamanya, dapatkan nasihat doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Kalau ada ‘green light‘ untuk senaman kardio, inilah peluang anda untuk lebih sihat.

Ini kerana, senaman aerobik membantu menurunkan banyak risiko kesihatan seperti obesiti, tekanan darah dan paras gula.

Dan kalau anda yang ada darah tinggi dan kencing manis pula, jika tiada kontraindikasi lain, sesuai sangat pilih senaman aerobik kerana boleh membantu mengawal tekanan darah dan paras gula.

Oh ya, masih ingat info di awal entri tentang jantung berdenyut lebih laju apabila bersenam?

Sebab itulah senaman aerobik yang dilakukan dengan konsisten mampu menguatkan jantung anda.

Di samping itu, senaman ini juga berupaya meningkatkan paras kolesterol ‘baik’ HDL, dan menurunkan kolesterol ‘jahat’ LDL.

Bagi anda yang tak suka bergantung kepada orang lain pula, untuk jangka masa panjang senaman aerobik ni bantu anda kekal aktif dan berdikari sehingga tua insyaaAllah.

Sebabnya, lagi rajin anda bersenam, lagi kuat otot-otot anda untuk mengekalkan kebolehan bergerak tanpa bantuan orang lain.

Bila otot-otot dah kuat juga, ini membantu menajamkan minda anda. Cuba anda rujuk entri Penyakit Mudah Lupa, Apa Puncanya. Dari situ salah satu tips untuk tajamkan minda ialah dengan bersenam aerobik.

Kajian pun dah membuktikan, yang bersenam membantu melindungi memori dan mencegah nyanyuk. So, selain banyak membaca, untuk cegah nyanyuk kenalah rajin bersenam juga.

Yang terakhir, berdasarkan kajian juga, mereka yang suka bersenam aerobik mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Memanglah ajal maut di tangan Tuhan kan. Tapi tugas kita ialah terus berusaha untuk lebih sihat, ye kan?

Kesimpulannya, untuk anda yang nak kekal aktif dan sihat, senaman aerobik lah salah satu pilihan yang baik. Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan senaman ini, mulakan dengan ringan-ringan dahulu contohnya joging 15 minit sehari. Bila badan dah boleh tolerate bolehlah naikkan ke 20-30 minit pula.

Kesihatan itu amanah tak ternilai yang ramai orang ambil ringan.

Beringat sebelum kena ya. =)

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat