Senaman aerobik, juga dikenali sebagai senaman “kardio” ialah jenis senaman yang melibatkan oksigen.

Semasa senaman aerobik, oksigen yang diperoleh mencukupi untuk memberi tenaga kepada otot semasa bersenam. Senaman ini tidak memerlukan tenaga dari sumber lain seperti senaman anaerobik.

Bagi senaman anaerobik pula, oksigen sahaja TIDAK mencukupi untuk membekalkan tenaga. Jadi otot akan memecahkan gula, dan membebaskan asid laktik.

Perbezaan lain yang mudah dikenalpasti ialah senaman aerobik ialah senaman ringan yang anda boleh lakukan untuk jangka masa yang lebih lama.

Contoh senaman aerobik yang digemari ramai ialah berjoging, berenang, berbasikal dan lain-lain.

Manakala senaman anaerobik pula ialah senaman berat yang dilakukan untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Sebagai contoh senaman anaerobik ialah angkat berat dan lari pecut.

senaman aerobik

.

Apa Itu Senaman Aerobik?

Apabila anda bersenam, anda akan menggerakkan otot-otot seluruh badan  anda secara berulang-ulang.

Pernafasan anda akan menjadi lebih laju dan dalam untuk memaksimakan kemasukan oksigen ke dalam darah.

Jantung anda pula akan berdenyut pada kadar yang lebih cepat supaya dapat meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot dan paru-paru.

Salur darah pula akan mengembang dengan lebih besar untuk menghantar lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Bukan itu sahaja, salur darah juga berfungsi membawa keluar sisa-sisa ‘buangan’ dari badan.

Semasa bersenam juga, badan anda akan melepaskan lebih banyak endorphin yang merupakan ‘painkiller‘ semulajadi dan membuatkan anda rasa gembira dan tenang.

Oleh kerana itu, ini 10 manfaat untuk anda yang gemarkan senaman aerobik:

.

10 MANFAAT SENAMAN AEROBIK

.

senaman aerobik

Buat anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan, rajin-rajinlah bersenam aerobik. Digabungkan bersama pemakanan sihat dan seimbang, pastinya anda akan berjaya kurus!

Bersenam aerobik juga mampu meningkatkan tenaga dan stamina anda.

Biasa sahaja kalau di permulaan anda bersenam anda berasa letih. Tetapi anda pasti akan ‘addicted‘ untuk bersenam kalau dah memang biasa bersenam. Senaman aerobik kan bantu hasilkan hormon endorphin (morphine semulajadi) juga.

Selain jadi ‘ketagih’ untuk bersenam, hormon endorphin ini juga membantu memberi mood yang baik untuk anda. Sesuai sangat anda lepaskan stress dengan bersenam.

Baca juga entri 7 Cara Atasi Stress Secara Sihat.

Lagi satu, anda yang rajin bersenam kardio ada perasan tak yang anda biasanya susah amat nak dijangkiti penyakit?

Kalau orang lain mudah sangat berjangkit atau kerap demam selesema, tetapi tidak bagi anda yang suka bersenam aerobik. Senam aerobik membantu mengaktifkan sistem imun agar menjadi lebih kuat.

Macam mana pula kalau anda ada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi?

Pertamanya, dapatkan nasihat doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Kalau ada ‘green light‘ untuk senaman kardio, inilah peluang anda untuk lebih sihat.

Ini kerana, senaman aerobik membantu menurunkan banyak risiko masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah dan paras gula.

Dan kalau anda yang ada darah tinggi dan kencing manis pula, jika tiada kontraindikasi lain, sesuai sangat pilih senaman aerobik kerana boleh membantu mengawal tekanan darah dan paras gula.

Oh ya, masih ingat info di awal entri tentang jantung berdenyut lebih laju apabila bersenam?

Sebab itulah senaman aerobik yang dilakukan dengan konsisten mampu menguatkan jantung anda. Jadi jika tiada kontraindikasi untuk bersenam, cuba amalkan senaman aerobik untuk kesihatan jantung anda.

Di samping itu, senaman ini juga berupaya  meningkatkan paras kolesterol ‘baik’ HDL, dan menurunkan paras kolesterol ‘jahat’ LDL.

Bagi anda yang tak suka bergantung kepada orang lain pula, untuk jangka masa panjang, senaman aerobik membantu anda kekal aktif dan berdikari sehingga tua, insyaaAllah.

Sebabnya, lagi rajin anda bersenam, lagi kuat otot-otot anda untuk mengekalkan kebolehan bergerak tanpa bantuan orang lain.

Bila otot-otot dah kuat juga, ini membantu menajamkan minda anda. Cuba anda rujuk entri Penyakit Mudah Lupa, Apa Puncanya. Dari situ salah satu tips untuk tajamkan minda ialah dengan bersenam aerobik.

Kajian pun dah membuktikan, yang bersenam membantu melindungi memori dan mencegah nyanyuk. Jadi, selain banyak membaca, rajin-rajinlah bersenam untuk mencegah nyanyuk.

Yang terakhir, berdasarkan kajian, mereka yang suka bersenam aerobik mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Ajal maut di tangan Tuhan. Tetapi berusaha untuk sihat itu adalah tanggungjawab kita terhadap diri sendiri.

Kesimpulannya, untuk anda yang nak kekal aktif dan sihat, senaman aerobik ialah salah satu pilihan yang baik. Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan senaman ini, mulakan dengan yang ringan-ringan dahulu contohnya joging 15 minit sehari. Bila badan dah boleh tolerate bolehlah naikkan ke 20-30 minit untuk setiap sesi pula.

Kesihatan itu amanah tak ternilai yang ramai orang ambil ringan. Beringat sebelum kena.

Detoksifikasi, ialah proses membersihkan tubuh dari toksin yang memudaratkan, dan menggantikan ia dengan nutrisi seimbang yang bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh.

8 manfaat detoksifikasi ialah seperti berikut:

  1. Membantu menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
  2. Melegakan perut kembung dan masalah sembelit.
  3.  Meningkatkan tenaga.
  4. Mengurangkan ketagihan terhadap kafein, manis dan lain-lain.
  5. Memperbaiki kesihatan kulit.
  6. Membantu mengurangkan tekanan.
  7. Menguatkan sistem imun badan.
  8. Memperbaiki kualiti tidur.

Hubungi saya untuk dibantu cara detoksifikasi yang betul dan berkesan.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth