bayi muntah susu

Dari generasi ke generasi, ibu menyusu banyak dimomokkan dengan mitos penyusuan susu ibu menyebabkan kebanyakan perjalanan penyusuan gagal!

Ibu-ibu menyusu yang berazam untuk menyusukan sepenuhnya anak-anak, disarankan mendapatkan maklumat dan ilmu penyusuan yang betul. Daripada terus percaya bulat-bulat dengan apa yang diperturunkan oleh kebanyakan orang-orang tua.

Untuk berjaya dalam penyusuan eksklusif sebenarnya memerlukan usaha dari ibu sedari kehamilan lagi. Sokongan dari suami, rakan sekerja dan keluarga juga amat penting bagi menjayakan penyusuan ini.

Jadi, seandainya anda tiada ilmu yang betul tentang penyusuan, sebaiknya mendiamkan diri dan cari-gali ilmu yang betul untuk kebaikan ibu menyusu dan bayi yang disusukan.

Dalam  perbincangan ‘roundtable‘ antara Dr. Nurzarina Abdul Rahman, Dr. Sonhee Park dan Dr. Mathi Arasu Muthusamy, dinyatakan terdapat 10 mitos penyusuan yang popular.

.

10 MITOS PENYUSUAN YANG POPULAR

.

1# Proses Penyusuan Ialah Proses Semulajadi

.

Ya. Sememangnya penyusuan itu satu proses semulajadi.

Tetapi untuk mendapatkan susu ibu yang cukup bukanlah sesuatu yang mudah. Namun tidak juga mustahil.

Terutamanya bagi ‘first-time mothers‘, sangat penting untuk mempelajari teknik menyusu yang betul – teknik lekapan (klik untuk detail), posisi menyusu dan feeding cues.

.

2# Jangan Kejutkan Bayi Untuk Menyusu

.

MITOS.

Bayi yang baru dilahirkan tidak pernah bangun sendiri untuk menyusu secukupnya.

Kebanyakan masa bayi adalah untuk tidur (lebih 20 jam sehari).

.

Jadi, ibu menyusu haruslah sentiasa ingat yang menyusukan bayi adalah on demand. Sentiasa menyusukan bayi apabila bayi mahu, bukannya mengikut jam (contoh : 3-4 jam sekali).

Ibu menyusu harus tahu bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).

Jangan teragak-agak untuk mengejut bayi untuk menyusu bagi 2 minggu pertama selepas kelahiran sehingga bayi mempunyai kenaikan berat badan yang ideal.

.

3# Proses Menyusu Ialah Kaedah Perancang Keluarga Semulajadi

.

Ya.

Menyusukan bayi membantutkan kesuburan wanita sepanjang beberapa bulan pertama selepas bersalin. Ini dikenali sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM).

Ibu menyusu BOLEH bergantung kepada LAM sebagai kaedah perancangan keluarga sekiranya:

  • haid tidak datang sejak selepas bersalin
  • bayi disusukan secara eksklusif tanpa diberi air atau makanan lain
  • usia bayi kurang dari 6 bulan

.

.

4# Kerap Menyusu Menyebabkan Penghasilan Susu Berkurang

.

MITOS.

Kita sedia maklum bahawa penghasilan susu berkadar terus kepada demand penyusuan.

Bermaksud, semakin banyak demand menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.

Bayi yang kerap menyusu secara terus, merangsang penghasilan susu ibu yang lebih banyak.

.

5# Ibu Seharusnya Berhenti Menyusu Ketika Tidak Sihat

.

MITOS.

Kecuali ibu mempunyai atau dijangkiti penyakit yang lebih membahayakan, jangkitan virus biasa seperti demam batuk selesema tidak seharusnya menyebabkan ibu takut untuk menyusukan bayi.

Bayi yang disusukan oleh ibu yang tidak sihat, boleh mendapat antibodi yang dipindahkan melalui susu ibu. Oleh itu, bayi telah bersedia mempunyai ‘tentera’ untuk melawan jangkitan itu.

Sebaliknya, sekiranya ibu tidak sihat memerlukan ubat, sebaiknya mendapatkan nasihat doktor untuk mengenalpasti jenis ubat yang selamat untuk ibu menyusu dan bayi.

.

.

6# Payudara Engorged Bermaksud Susu Banyak

.

MITOS.

Payudara penuh tidak 100% bermaksud susu ibu banyak

Tetapi menunjukkan susu ibu dihasilkan berlebihan. Atau bayi tidak menyusu dengan baik (contoh : bayi tidak sihat dan kurang menyusu).

Hakikatnya, ibu yang kerap menyusukan bayi tidak akan mempunyai masalah payudara engorged ini (tidak bermakna susunya tidak cukup juga).

Untuk bacaan lanjut, boleh pergi ke entri Tips Atasi Bengkak Susu Dengan Berkesan.

.

7# “Bayi Asyik Menangis, Adakah Susu Saya Tidak Cukup?”

.

MITOS.

Bukan apabila bayi lapar sahaja bayi akan menangis. Sebaliknya ada banyak sebab lain menyebabkan bayi menangis.

Antaranya:

  • tak selesa dengan lampin yang sudah penuh (kencing atau berak)
  • mengantuk
  • nak sendawa selepas menyusu
  • tidak sihat seperti hidung tersumbat

.

.

8# Kekeliruan Puting (Nipple Confusion) Terjadi Apabila Bayi Diberi Botol Susu Atau Puting Di Awal Kelahiran

.

Betul.

Menyusukan bayi sama sekali tidak sama dengan memberi susu melalui botol.

Terdapat perbezaan yang ketara dari segi bukaan mulut, pergerakan lidah dan teknik menghisap.

Bayi yang diberi botol susu mendapat susu dengan mudahnya kerana sebaik botol ditonggeng ke dalam mulut bayi, susu akan mengalir dengan sendiri tanpa hisapan yang “betul”.

Cup feeding ialah alternatif yang baik sekiranya ibu tidak berupaya menyusu secara terus (contoh ibu masuk wad kerana penyakit yang serius). Dapatkan nasihat professional terlebih dahulu untuk berjaga-jaga dengan isu keselamatan.

.

mitos penyusuan

.

9# “Saya Kena Stop Menyusu Sekiranya Hamil Lagi?

.

TIDAK BENAR.

Anda boleh teruskan menyusu selagi tidak mendatangkan komplikasi bahaya atau menyebabkan kelahiran pramatang.

Ramai je ibu-ibu yang melakukan tandem nursing dua beradik walhal dirinya sedang mengandung.

Apa yang penting ialah ibu memastikan nutrisi harian mencukupi untuk menampung demand yang tinggi (ibu sendiri, menyusu, mengandung). Boleh sahaja dapatkan nasihat pakar untuk ini.

.

10# Kualiti Susu Ibu Akan Merosot Selepas 6 Bulan Penyusuan

.

MITOS.

Sebenarnya, komposisi susu ibu berubah mengikut perubahan keperluan bayi apabila bayi semakin membesar.

Sebab itulah akan terjadinya perubahan bau dan rasa susu ibu apabila bayi semakin membesar.

.

MasyaaAllah. Besarnya nikmat Tuhan daripada susu ibu sahaja. Sebab itulah disarankan penyusuan eksklusif susu ibu sehingga 6 bulan dan sebaik-baiknya sehingga bayi 2 tahun kan.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun, iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuannya.” (Al-Baqarah: 233)

.

Walkahu’alam