Anda telah faham tentang Manfaat Detox Untuk Tubuh Kita yang pernah Ain share sebelum ini dan telah bersedia untuk memilih makanan detox untuk tubuh anda?

Tak kira lah sama ada anda mahu menurunkan berat badan secara sihat ke, atau nak menambahkan tenaga ke. Atau nak menangani masalah craving melampau anda ke, dan sebagainya.

Detox ialah langkah yang penting untuk anda ke arah kehidupan yang lebih sihat. Tapi, pernahkah anda terfikir, “Macam mana aku nak mulakan detox?”.

Kali ini, Ain nak share senarai 11 makanan yang dapat menyokong permulaan detox anda.

.

11 Makanan Detox Yang Baik Untuk Diamalkan

.

MILK THISTLE

makanan detoxHerba tumbuhan ini telah digunakan sejak abad ke-17 pada zaman Greek lama, mengandungi silymarin yang merupakan campuran flavonoid yang bermanfaat untuk kesihatan hati manusia.

Ia bertindak menjaga kesihatan hati dengan :

  • bertindak sebagai antioksidan yang mengesan kehadiran radikal bebas dan mencegah sel hati dari dirosakkan
  • meningkatkan paras glutathione di dalam hati, yang mana ini mmebantu badan menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubat yang dimakan termasuklah paracetamol
  • menggalakkan penghasilan protein untuk menghasilkan sel-sel hati baru untuk menggantikan sel lama (sangat bermanfaat bagi mereka yang sedang menerima rawatan bagi masalah hepatitis dan cirrhosis)

Beberapa kajian mendapati bahawa milk thistle :

  • melndungi hati dari kerosakan oleh toksin contohnya disebabkan alkohol
  • melindungi dari penyakit Alzheimer
  • melawan kanser usus dan prostat

.

SHIZANDRA CHINENSIS

makanan detoxSC juga merupakan sejenis herba yang popular digunakan pada zaman perubatan Cina sebagai herba anti-stres dan untuk kesihatan hati.

Di dalam kajian terbaru, para atlit yang telah diberikan SC menunjukkan penurunan paras hormon stres cortisol. SC meningkatkan keupayaan badan untuk berlindung dari stress persekitaran, toksin, kemurungan, emosi negatif dan penyakit mental.

Tahukah anda, pengambilan alkohol secara rutin atau berlebihan akan meningkatkan jumlah lemak di dalam hati?

Tetapi, SC telah dibuktikan mampu menurunkan pengumpulan lemak-lemak ini, mencegah kerosakan hati, dan mengurangkan keradangan hati.

Di kalangan pesakit kencing manis pula, SC bermanfaat dalam menurunkan paras gula darah selepas makan.

.

DANDELION

makanan detoxManfaat dandelion telah dikenali sejak zaman dahulu lagi.

Di India, pada suatu masa dahulu dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah hati termasuklah jaundice, cirrhosis dan bengkak hati.

Di zaman Cina lama pula, dandelion merupakan antara herba popular yang digunakan untuk merawat kencing manis, masalah hati, buah pinggang dan masalah pencernaan.

Kenapa dandelion begitu popular ketika itu?

Sebagaimana milk thistle, dandelion juga memiliki sifat antioksidan yang tinggi. Ditambah pula kandungan vitamin A, B, C, D, E, dan beta-karotena, serta mineral seperti zink, potassium dan selenium yang menyokong kesihatan hati.

Selain itu, dandelion juga mengandungi polysaccharides seperti yang boleh dijumpai di dalam spesies cendawan tertentu, yang dipercayai mempunyai sifat anti-tumor!

Kesemua gabungan nutrisi inilah yang menjadikan dandelion sebagai herba yang:

  • menyokong kesihatan hati
  • baik untuk kesihatan buah pinggang
  • bermanfaat untuk funsi pencernaan (dandelion boleh bertindak sebagai julap)
  • menyokong kesihatan sisten urinari (dandelion boleh meningkatkan penghasilan air kencing untuk menyingkirkan toksin dari tubuh)

Dandelion bukan sekadar sekuntum bunga sahaja ya!

.

CENDAWAN REISHI

makanan detoxUntuk pengetahun anda, orang Cina memberi gelaran “Mushroom of Immortality” dan “Herba Ajaib” kepada cendawan Reishi.

Sebab ia diberi gelaran itu adalah kerana manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan:

  • mengawal sistem imun badan
  • antioksidan yang melindungi dari kerosakan oleh radikal bebas
  • bersifat anti-histamine (anti-alahan)
  • melindungi sel hati dari jangkitan kuman dan toksin
  • memperbaiki kesihatan usus
  • merangsang sistem imun
  • menguatkan jantung
  • memperlahankan proses penuaan kulit
  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan stress

.

KUNYIT

makanan detoxKunyit bersifat antiradang dan antioksidan yang bertindak di peringkat molekul dalam melawan kerosakan oleh radikal bebas.

Di samping itu, kunyit juga menyokong memori anda dengan meningkatkan paras hormon di dalam otak yang merangsang pertumbuhan sel neuron baru dan mencegah dari proses degeneratif dalam otak.

Jadi, kunyit bukan sekadar memberi warna kuning kepada makanan sahaja ya, tetapi lebih dari itu. =)

.

ARTICHOKE

makanan detoxSecara nutrisinya, artichoke mempunyai kandungan serat yang tinggi, asid folik, vitamin C dan vitamin K yang tinggi, menjadikannya yang ketujuh di antara 1000 makanan lain yang mempunyai kuasa antioksidan cynarin dan silymarin yang tinggi.

Sebagai diuretik (buang air kencing) dan choleretic (buang jus hempedu) semulajadi,artichoke menggalakkan penghasilan urin dan meningkatkan kelajuan penyingkiran jus hempedu dari hati.

Kalau dilihat dari segi anatomi dan fisiologi, jus hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan di dalam pundi hempedu. Jus ini akan dilepaskan selepas kita makan untuk mencernakan makanan.

Artichokes menggalakkan pelepasan jus hempedu ini.

Tahukah anda, kekurangan jus hempedu boleh mengakibatkan masalah ketidakhadaman, kerosakan sel hati dan masalah hati?

Jadi, artichokes lah jawapannya kalau anda mahu sistem pencernaan anda berjalan dengan lancar dan membantu proses regenerasi sel hati.

.

ALFALFA

makanan detox“Bapa Segala Makanan” ini ialah tumbuhan renek berakar tunjang yang boleh mencapai kedalaman sehingga 6 meter ke dalam tanah. Kerana ini, pastinya Alfalfa memiliki kekayaan nutrisi tanah yang tidak tercapai dek tumbuhan lain.

Alfalfa yang cukup matang kaya dengan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C dan klorofil yang tinggi.

Beberapa kajian mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus sihat, dengan itu menyokong kesihatan sistem pencernaan.

Alfalfa juga membantu melawan kemurungan dan meyingkirkan toksin dalam darah.

Baca juga entri tentang Alfalfa Complex untuk info lanjut.

.

DAUN SENNA

makanan detoxBerita baik untuk anda yang selalu mempunyai masalah sembelit!

Kebanyakan orang mengalami sembelit kerana kekurangan serat dalam pemakanan dan pengambilan air putih yang sedikit setiap hari.

Kajian yang dijalankan di Malaysia telah menunjukkan, sebanyak 45.5% subjek mempunyai masalah sembelit dalam masa 5-15 tahun. Dan 27.7% di antara mereka pula tidak menyedari yang mereka mempunya masalah ini!

Daun senna ialah herba yang mesra-usus, yang mana ia bertindak sebagai julap yang ‘merotan’ usus yang telah ‘malas’ supaya kembali bekerja!

Bagaimana badan anda nak sihat kalau sistem pembuangan pun tidak lancar?

Gerakkan usus anda supaya bekerja sekarang juga!

.

POLIFENOL

makanan detoxTahukah anda, pelbagai faktor termasuklah pendedahan terhadap stress yang berulang-ulang, toksin dari persekitaran, pemakanan tidak sihat, dan jangkitan virus atau kuman boleh mengakibatkan keradangan yang kronik?

Keradangan yang kronik ini seterusnya membawa kepada pelbagai masalah metabolik, penuaan pramatang, masalah jantung dan atherosklerosis.

Polifenol ialah bahan semulajadi yang bersifat antioksidan dan anti keradangan.

Kajian seluruh dunia telah menunukkan yang polifenol menyediakan manfaat kesihatan yang luas seperti :

  • melindungi jantung dari penyakit kardiovaskular
  • mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Parkinson dan Alzheimer
  • merangsang melembapan kulit agar kulit lebih elastik dan kelihatan lebih muda
  • memperbaiki kerintangan terhadap insulin

.

PEPPERMINT

makanan detoxPerut kembung ialah masalah ketidakhadaman yang berpunca daripada terlebih makan dan kekurangan enzim pencernaan.

Ia kerap kali dikaitkan dengan mereka yang mengalami sembelit dan masalah keradangan usus.

Makan berlebihan menyebabkan perut anda mengembang lebih dari yang sepatutnya. Bukan sahaja kesihatan usus anda akan terjejas, nak tengok diri sendiri dalam cermin pun tak sanggup kerana perut yang sudah boroi! Alamak!

Jadi, peppermint lah penyelesaian untuk masalah anda ini.

Peppermint membantu melegakan ketegangan otot perut dan membantu salur pemakanan anda ‘berehat’ dengan baik. Oleh itu, anda akan dapat melepaskan gas yang sepatutnya keluar dari tubuh anda.

Beberapa kajian klinikal yang telah dijalankan mendapati, bahawa peppermint juga mempunyai sifat antimikrobial (melawan jangkitan), antivirus, antioksidan dan antitumor.

.

HALIA

makanan detoxSecara tradisinya, halia sememangnya popular membantu melegakan masalah kembung perut dan masalah ketidakhadaman.

Sebagai ‘teman baik’ peppermint, haiia merangsang penghasilan air liur dan jus pencernaan untuk menenangkan perut dan usus.

Dipercayai bahawa komponen aktif halia seperti gingerol, merupakan bahan yang popular untuk melegakan loya dan muntah.

Masih tidak tahu hendak memulakan detox anda bagaimana?

Kini anda ada 11 pilihan makanan yang baik untuk menyokong kesihatan anda. =)

.

Ain, Pengedar Shaklee Butterworth, 0164214704