kenapa cecair faraj berbau

Tahukah anda, cecair faraj berfungsi menjaga kebersihan sistem pembiakan wanita? Cecair faraj dihasilkan oleh kelenjar dalam vagina dan serviks, mengangkut keluar sel-sel mati dan bakteria untuk mencegah jangkitan.

Ia juga bersifat asid, manakala air mani suami bersifat alkali. Apabila keduanya bergabung akan menghasilkan persekitaran bersifat neutral untuk sperma suami selamat sampai kepada ovum untuk persenyawaan.

Kebanyakan wanita mempunyai cecair faraj yang normal tetapi boleh berbeza dari segi amaun (sedikit atau banyak), bau dan warna (dari tidak berwarna kepada putih susu) bergantung kepada hari di dalam kitaran haid anda.

Contohnya, sewaktu anda subur, menyusu atau terangsang, cecair faraj lebih banyak dari biasa. Dan ibu hamil juga mempunyai bau cecair faraj yang berbeza.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara cecair faraj yang normal dan yang abnormal. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda abnormal di bawah, segeralah berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan yang sepatutnya.

Kenapa Cecair Faraj Berbau – Normal Atau Abnormal?

.

Perubahan keseimbangan kuman ‘baik’ di dalam faraj boleh mengakibatkan perubahan bau, warna dan jumlah cecair vagina. Antaranya adalah disebabkan oleh :

  • pengambilan antibiotik dan/atau steroid
  • bacterial vaginosis (jangkitan kuman pada faraj)
  • pil perancang
  • kanser serviks
  • penyakit kelamin seperti chlamydia dan gonorrhea
  • kencing manis
  • penggunaan pencuci faraj
  • jangkitan pelvis
  • keradangan pelvis (pelvic inflammatory disease)
  • trichomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang disebabkan mengamalkan unprotected sex
  • faraj mengecut (vaginal atrophy) disebabkan menopaus
  • keradangan vagina (vaginitis)
  • jangkitan kulat

Boleh rujuk entri dari WebMD ini untuk mengenalpasti punca yang mungkin untuk setiap jenis cecair faraj yang abnormal.

Baca juga entri Cara Mudah Hilangkan Keputihan.

ainniahzulkefli

Berminat untuk mencuba produk Shaklee untuk masalah kesihatan anda?

Bila Berjumpa Doktor…

Selain mempunyai cecair farah yang berbau dan abnormal, sejarah kesihatan yang penting untuk diambil ialah:

  • sejak bila anda mengalami cecair faraj abnormal itu
  • warna dan bau cecair faraj yang dikatakan abnormal
  • adakah terdapat juga sakit, pedih atau kegatalan di bahagian kemaluan
  • pernahkah anda melakukan meruang
  • berapa orang pasangan kelamin yang anda ada

Kemudiannya, untuk screening awal, anda akan dinasihatkan untuk menjalankan ujian Pap Smear. Untuk ujian ini, sampel dari pangkal rahim (Serviks) akan diambil menggunakan kayu atau berus dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop.

Ujian Pap Smear ialah ujian yang sangat mudah, tidak mengambil masa yang lama, tidak menyakitkan, dan boleh dilakukan secara outpatient sahaja, untuk mengesan kanser serviks.

Kanser serviks sekiranya dikesan pada peringkat awal, kebanyakannya boleh diubati.

Secara umum, cecair faraj yang abnormal dirawat bergantung kepada diagnosis yang telah dibuat. Sebagai contoh pesakit yang didiagnos bacterial vaginosis akan diberi antibiotik dan jangkitan kulat diberi antikulat.

.

4 Tips Mencegah Cecair Faraj Abnormal

Sebagai penutup, Ain kongsikan 4 tips yang boleh anda amalkan untuk mencegah daripada mengalami masalah cecair faraj abnormal:

  • mencuci kemaluan menggunakan air suam atau air paip sudah memadai. Elakkan menggunakan sabun kerana sabun bersifat alkali dan boleh mengganggu keasidan kawasan faraj wanita
  • jangan gunakan pencuci wanita, douche
  • sentiasa mengelap kemaluan dari hadapan ke belakang untuk mengelak jangkitan
  • pakaian dalam daripada cotton
  • hindari pakaian dalam yang ketat dan tidak menyerap peluh

Berminat dengan suplemen kesihatan dalaman wanita daripada Shaklee? Klik gambar di atas untuk order dan konsultasi lanjut.

Untuk testimoni keputihan hilang dengan asbab Alfalfa Complex Shaklee, boleh klik gambar ini pula. Alfalfa serius best!