cara turunkan berat badan dengan cepat

Kalau nak diikutkan, banyak je cara turunkan berat badan dengan cepat. Tetapi kebanyakannya membuatkan anda berasa lapar dan tidak puas makan.

Ada juga yang kecundang sebelum berjaya kerana diet untuk kurus yang melampau.

Entri ini, Ain ingin kongsikan cuma 3 sahaja cara turunkan berat badan dengan cepat berdasarkan penerangan sains. Nak follow pun mudah.

.

1# KURANGKAN PENGAMBILAN GULA DAN KARBOHIDRAT

Bila anda kurang mengambil makanan bergula dan karbohidrat, anda akan kurang lapar dan kurang mengambil makanan berkalori. Kalau sebelum ini anda membakar karbohidrat untuk tenaga, kini badan akan mula membakar lemak tersimpan untuk tenaga. (Rujukan 1)

Mengambil kurang makanan berkarbohidrat juga akan menurunkan paras insulin, menyebabkan buah pinggang akan menyingkirkan lebihan garam dan air. (Rujukan 2)

cara turunkan berat badan dengan cepat

Graf hasil kajian antara diet rendah lemak (low-fat) dan diet rendah karbohidrat (very low-carbohydrate). Berat badan turun lebih cepat dengan diet rendah karbohidrat. (Rujukan 3)

.

Dalam kajian ini, kumpulan diet rendah karbohidrat makan sehingga kenyang. Manakala kumpulan rendah lemak dihadkan pengambilan kalori dan lebih lapar.

Ini kerana seperti yang telah diterangkan tadi, apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat, secara automatik anda akan mengambil kurang kalori dan kurang lapar.

.

2# MENGAMBIL PROTEIN, SAYUR DAN LEMAK

Nak diet pun perlukan lemak ya sebab bukan semua lemak ialah lemak jahat. Ada lemak ‘baik’ yang diperlukan oleh tubuh untuk fungsi dalam badan kita. Contohnya asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan otak.

Untuk kurus, pastikan dalam sajian makanan anda juga mengandungi protein, lemak dan sayuran. Dengan memastikan pinggan makan anda mengandungi ketiga-tiga ini, secara tidak langsung anda akan mengambil makanan berkarbohidrat pada dos yang disarankan iaitu 20-50 gram sehari.

Antara makanan berPROTEIN yang disarankan ialah seperti daging merah, ayam, ikan dan telur. Berdasarkan kajian, :

  • protein meningkatkan metabolisma sebanyak 80-100 kalori setiap hari (Rujukan 4)
  • diet tinggi protein juga mampu mengurangkan ‘craving’ sebanyak 60% (Rujukan 5),
  • mengurangkan keinginan makan malam sebanyak 50%,
  • lebih mengenyangkan sehingga secara automatik anda akan makan kurang 441 kalori sehari (Rujukan 6)

SAYUR-SAYURAN RENDAH KARBOHIDRAT pula ialah seperti brokoli, tomato, bayam, kubis bunga, kobis, timun dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan LEMAK?

Ambillah lemak yang baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun, minyak avokado dan mentega. Disarankan pengambilan sebanyak 2-3 hidangan lemak baik setiap hari.

cara turunkan berat badan dengan cepat

Salah satu cara turunkan berat badan dengan cepat ialah pengambilan banyak sayur-sayuran rendah karbohidrat.

.

3# BERSENAM TIGA KALI SEMINGGU

Senaman terbaik ialah yang dilakukan 3-4 kali seminggu. Jenis senaman yang digalakkan ialah senaman angkat berat kerana dapat membantu membina otot semasa kehilangan lemak.

Biasa sangat terjadi semasa anda sedang berdiet, metabolisma anda menurun pada paras yang lebih rendah. Jadi, senaman membina otot mengelakkan ini terjadi.

Jika senaman angkat berat tidak sesuai, anda boleh mencuba senaman jenis kardio seperti joging, berbasikal, berenang dan sebagainya.

cara turunkan berat badan dengan cepat

Bersenam pun cara turunkan berat badan dengan cepat juga. Anda boleh memilih samada senaman angkat berat untuk meningkatkan jisim otot supaya metabolisma lebih tinggi, ataupun senaman kardio yang banyak manfaat lain.

.

7 Tips Sokongan Untuk Turunkan Berat Badan

.

  1. Mengambil makanan tinggi protein sebagai sarapan berdasarkan kajian mampu mengurangkan ‘craving’ dan pengambilan kalori di kemudian hari (lunch dan dinner). (Rujukan 7)
  2. Elakkan minuman manis dan jus kerana ini adalah musuh senyap yang akan menggagalkan misi kurus anda.
  3. Meminum air kosong setengah jam sebelum makan berdasarkan kajian mampu mengurangkan berat badan sebanyak 44% dalam masa 3 bulan. (Rujukan 8)
  4. Elak makanan yang diproses, makanan ringan dan segera.
  5. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga lumat. Kajian membuktikan dengan makan sebegini mampu memberi rasa kenyang dan mengaktifkan penghasilan hormon untuk menurunkan berat badan
  6. Dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Jangan terkejut kalau dikatakan kurang tidur pun salah satu punca berat badan sukar turun.
  7. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari.

.

Kesimpulannya, untuk menurunkan berat badan, anda tidak perlu berapar dan ‘kejam’ ke atas badan anda. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang dan dari situlah anda dapat kurus secara sihat dan selamat.

Good luck! 🙂

Pernah terfikir kenapa diet anda asyik gagal? Terjah entri Ketahui Penyebab Utama Diet Selalu Gagal di sini.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen kurus yang selamat dan berkesan.