tips memilih minyak ikan yang bagus

4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Bagus | Saranan pemakanan ikan sebanyak 2 hingga 3 hidangan seminggu adalah untuk memastikan kita mendapat DHA dan EPA yang cukup untuk fungsi badan yang normal.

Namun, kebanyakan kita TIDAK mendapat omega-3 yang cukup apabila kita tidak mengambil ikan sebanyak yang disarankan.

Berbangkit juga isu pencemaran kebanyakan ikan dengan logam berat dan bahan kimia lain yang membahayakan kesihatan.

Jadi, ramailah di antara kita yang memilih suplemen minyak ikan.

Suplemen minyak ikan yang diproses dengan baik, dapat menyingkirkan logam berat dan bahan kimia berbahaya tadi.

.

4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Bagus

.

1# Syarikat Yang Menjaga Kualiti Dan Boleh Dipercayai

.

Disebabkan permintaan ke atas suplemen minyak ikan, terdapat banyak syarikat pengeluar minyak ikan.

Carilah syarikat yang boleh dipercayai dengan sejarah penghasilan suplemen berkualiti yang telah bertahun-tahun lamanya.

.

2# Tulen Dan Selamat

.

Proses penapisan berperingkat (molecular distillation) ialah proses yang meletakkan minyak ikan di bawah tekanan vakum (tanpa udara). Ini membenarkan proses dijalankan pada suhu rendah untuk meminimakan kerosakan nutrisi.

Dalam proses ini, DHA dan EPA akan dipisahkan daripada logam berat, membenarkan bahan bertoksik disingkirkan.

Antara lain, proses ini juga mengurangkan bau dan rasa ikan yang hanyir.

.

3# Ikan Kecil Atau Besar?

.

Ikan kecil mempunyai paras toksin yang rendah sahaja.

Manakala ikan besar yang telah memakan beribu-ribu ikan kecil, mempunyai paras toksik yang tinggi, hasil pengumpulan dari ikan-ikan kecil tadi.

Jadi, semakin besar ikan itu, semakin tinggi paras toksik di dalamnya.

Oleh itu, carilah minyak ikan yang dihasilkan dari ikan-ikan kecil.

.

4# Kebolehan Membekalkan Suplemen Untuk Jangka Masa Panjang

.

Syarikat nutrisi yang baik, akan memastikan sumber untuk suplemen minyak ikan berpanjangan supaya dapat membekalkan suplemen minyak ikan yang baik untuk jangka masa panjang.

Dan syarikat yang bertanggungjawab tidak akan menangkap ikan secara besar-besaran untuk keuntungan semata-mata.

Adakah minyak ikan Shaklee menepati tips-tips memilih minyak ikan yang bagus seperti di atas?

Rujuk entri Omega Guard Shaklee untuk jawapannya.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.