hilangkan senggugut

Cara Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan | Secara semulajadinya, apabila ovari menghasilkan ovum, terdapat 2 kemungkinan akan apa yang akan berlaku seterusnya iaitu akan disenyawakan oleh sperma (telur dari lelaki) atau tidak.

Semasa ovum dihasilkan, dinding rahim akan menebal, bersedia untuk menerima kehadiran bayi jika ovum disenyawakan.

Sebaliknya, apabila ovum tidak disenyawakan, dinding rahim akan mula ‘meluruhkan diri’nya dan terjadlah pendarahan melalui vagina yang kita namakan haid.

Senggugut terjadi kerana pengecutan rahim untuk menyingkirkan lapisan rahim yang menebal tadi. Terdapat juga beberapa kes di mana seseorang mengalami masalah senggugut yang teruk semasa haid yang mana mereka perlu mendapatkan nasihat doktor untuk exclude penyebab yang lebih membimbangkan seperti cyst atau fibroid.

Mengalami senggugut semasa haid bukanlah sesuatu yang perempuan inginkan. Siapa lah yang sukakan kesakitan kan?

Sudahlah perlu menanggung kesakitan yang teramat sangat. Kerja rumah dan aktiviti seharian juga akan terganggu dek senggugut!

Jadi, kali ini Ain nak share 5 cara untuk hilangkan senggugut, kalau tak dapat hilangkan pun insyaaAllah dapat membantu mengurangkan kesakitan.

.

5 Cara Hilangkan Senggugut

.

hilangkan senggugut

1# Bersenam

Dengan senaman, otot-otot seluruh badan akan lebih “gembira” lalu mengurangkan kesakitan senggugut. Tak percaya cubalah buat sendiri beberapa senaman ringan semasa haid.

Dan senaman juga melancarkan pengaliran darah dan melancarkan hair.

.

2# Meniarap

Tak dapat disangkal lagi, posisi meniarap semasa haid membantu hilangkan senggugut kerana dalam posisi ini, rahim berada di dalam keadaaan “berehat”.

.

3# Ubat Tahan Sakit

Pengambilan ubat tahan sakit untuk mengatasi senggugut juga dapat menghilangkan senggugut.

Ubat tahan sakit dari kumpulan non-steroidal antiinflammatory drugs (NSAID) boleh didapati dengan mudah dari farmasi ataupun berjumpa doktor di klinik.

Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik atau alahan terhadap ubat tahan sakit, disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana ubat tahan sakit.

.

hilangkan senggugut

4# Hot Pack

Meletakkan hot pack di atas perut yang sedang mengalami senggugut bagi Ain sendiri sangat membantu.

Suhu panas dari hot pack membantu merehatkan otot-oto di perut. Boleh juga letakkan di pinggang atau belakang badan semasa senggugut juga.

Kalau tiada hot pack, anda juga boleh kurangkan kesakitan dengan mandi air suam.

.

5# Suplemen Magnesium dan vitamin B1

Berdasarkan kajian, vitamin B1 (terdapat di dalam B Complex) dan magnesium (terdapat di dalam Ostematrix) membantu mengurangkan senggugut, rasa perut “berangin” dan kebanyakan simptom semasa senggugut yang lain.

.

Sekalipun anda telah mencuba kesemua cara ini tetapi masih mengalami senggugut yang teruk, sebaiknya dapatkanlah nasihat dan pemeriksaan doktor.

hilangkan senggugut

Harga retail B Complex ialah RM58.75 (120 biji), & Ostematrix pula ialah RM61.25 (120 biji), tidak termasuk postage. Klik gambar untuk order.