kelebihan mathurat

Mathurat ialah amalan doa dan wirid harian baginda Rasulullah SAW kita. Wirid-wirid dan doa-doa ini telah dikumpul dan disusunkan oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna berdasarkan dalil-dalil sahih dan amalam-amalan yang dilakukan oleh Rasululah SAW.

Kalau kita lihat baris demi baris doa dan wirid dalam Mathurat, boleh dikatakan merangkumi seluruh doa kita setiap hari. Contohnya doa diampunkan dosa-dosa, dimurahkan rezeki, dilindungi dari gangguan syaitan, dipermudahkan membayar hutang dan sebagainya.

Doa dan wirid dalam Mathurat dibaca pada sebelah pagi selesai solat Subuh, dan di sebelah petang selepas solat Asar.

Firman Allah dalam Surah Al-Qaaf ayat 39-40:

“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di dalam hati dan setiap selesai mengerjakan solat”

.

kelebihan mathurat

Maksud ayat-ayat dalam Surah Al-Fatihah

.

5 Kelebihan Mathurat

.

Dimulakan dengan bacaan,

Aku memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam.”

Bermaksud, bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan sesuatu haruslah menyerahkan diri kepadaNya. Bacaan ini juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah.

Kemudiannya, surah Al-fatihah yang merupakan ‘ibu’ segala surah. Sabda Rasulullah SAW,

Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Zabur dan Injil atau Furqan yang mampu menandinginya. Dialah Tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku.

Diikuti dengan membaca Surah Al-Baqarah yang mana membaca surah ini mendapat pahala yang sangat besar. Iaitu berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya tidak akan didekati syaitan sehingga ke petang. Dan jika dibaca di waktu malam pula, tidak akan didekati syaitan sehingga waktu pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.

Seterusnya akan dibaca ayat Kursi yang juga untuk melindungi dari gangguan syaitan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah Al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya sehingga waktu pagi.

Selepas ayat Kursi, akan diikuti doa-doa yang diamalkan Rasulullah yang sangat wajar untuk kita ikuti.

.

kelebihan mathurat

Kelebihan Mathurat : Antara doa dan wirid dalam Mathurat.

.

Semoga dengan mengamal dan menghayati Mathurat setiap hari, kita akan mendapat keredhaan Allah, dikuatkan jiwa menghadapi hidup penuh pancaroba dan menjadi pemimpin terbaik untuk diri sendiri sekurang-kurangnya. Sesunggunya kelebihan Mathurat ini sangat besar untuk kita sebagai hamba.

Baca juga entri Ya Wahhab Zikir Menjemput Rezeki Luar Biasa.

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat