Tidak dinafikan, mekap di bahagian mata berupaya menambah seri dan kecantikan seseorang. Kebanyakan dari kita juga menjadikan mekap mata itu sesuatu yang wajib dan rutin apabila keluar dari rumah terutamanya ketika bekerja dan ke event tertentu.

Kecantikan mata bukan sahaja terletak pada cara mekap yang betul.

Cara menanggalkan mekap juga seharusnya dititikberatkan kerana kulit di sekitar mata adalah nipis sahaja.

Kalau main hentam kromo saja, silap haribulan mata bukan jadi lebih menarik tetapi sebaliknya.

Bila dah muncul kedutan dan garis halus bagai tu, mekap tebal mana pun takkan dapat menyembunyikan rupa ‘tua’ mata kita itu. Haa sekarang siapa yang rugi?

Untuk itu, jom kita go through satu persatu langkah tanggalkan mekap pada mata di bawah.

tanggalkan mekap

.

5 LANGKAH MUDAH TANGGALKAN MEKAP PADA MATA

.

1# Pembersih Wajah

Seperti bahagian kulit wajah yang lain, untuk menanggalkan mekap di bahagian mata juga perlukan pembersih juga.

Pembersih yang paling sesuai sudah tentulah pembersih yang gentle terhadap kulit mata yang lebih nipis dan lebih sensitif ini.

Pastikan pembersih wajah anda berupaya membersih dengan mendalam secara lembut ya.

Jadi, kuranglah keperluan menenyeh dengan kuat kulit sekitar mata.

Ingat ya, kulit sekitar mata sangat nipis dan menggosok kulit di situ dengan kuat akan menyebabkan kedutan dan garisan halus akan mula memunculkan diri.

Penggunaan pembersih amat penting sebagai langkah pertama.

Tetapi jika anda rasa tidak mencukupi, anda perlukan langkah kedua.

.

2# Gunakan Penanggal Mekap Mata (Eye Makeup Remover)

tanggalkan mekap

Adalah penting untuk menggunakan penanggal mekap mata tanpa menyebabkan kulit sekitar mata dan bulu mata ‘ter-tarik’.

Kita tidak mahu kulit semakin kusam dan kedutan cepat muncul kan?

Jadi, letakkan penanggal mekap mata anda itu di atas kapas.

Kemudian, tekan kapas tersebut secara lembut di atas mata untuk membenarkan mekap mata anda lebih mudah ‘cair’. Tak perlulah anda tonyoh kuat-kuat untuk menanggalkan mekap mata anda lagi.

Setelah mekap anda ‘cair’, urutkan ke bawah dengan lembut untuk menanggalkan mekap dari mata anda.

Jangan kalut-kalut ya.

.

3# Cara Menanggalkan Maskara Kalis Air

Maskara kalis air lebih sukar untuk ditanggalkan berbanding maskara biasa.

Anda boleh cuba letakkan minyak bayi pada bulu mata anda untuk ‘memecahkan’ molekul maskara supaya lebih mudah ditanggalkan.

.

4# Cara Tanggalkan Mekap Dengan Bulu Mata Palsu

Jika anda menggunakan bulu mata palsu, elakkan menggunakan minyak kelapa atau minyak bayi.

Ini kerana minyak ini boleh merosakkan ‘gam’ pada bulu mata palsu tersebut.

Gunakanlah penanggal mekap yang mengandungi pembersih yang lembut untuk memisahkan bulu mata palsu dari yang asli.

tanggalkan mekap

.

5# Sapukan Krim Mata Yang Refreshing!

So bila mata anda telah bebas dari mekap, inilah masa untuk anda sapukan krim mata yang refreshing!

YOUTH Restoring Eye Treatment, bertindak melalui 3 cara:

  1. Mengembalikan
    • Peptide blend unik mengembalikan sistem isyarat kulit dan menyokong penghasilan kolagen
    • Melembapkan dengan mengekalkan air pada kulit
    • Menyerap sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air untuk melembapkan
  2. Mengurangkan
    • garis halus
    • kedutan
    • sembap
    • lingkaran hitam
    • kedutan di sisi luar dan lipatan mata (“crow’s feet eyes“)
  3. Menyegarkan
    • Cooling tip merangsang peredaran mikro untuk
      • mengekalkan mata yang segar
      • mengurangkan kemerahan di bawah mata
      • mengurangkan mata yang sembap

Baca entri Apa Kata Pengguna Krim Mata Shaklee untuk koleksi testimoni.

Cooling tip yang special, hanya ada pada krim mata Shaklee ini. Klik gambar untuk info dan order.