Bila dah kena sakit gigi, mulut pun rasa bengkak, sakitnya pun tak tertahan, itu tandanya perlu jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sementara tunggu masa untuk ke doktor gigi, bolehlah anda cuba petus-petua hilangkan sakit gigi seperti di bawah ini.

petua hilangkan sakit gigi

.

5 PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

.

1. Kumur Air Garam

Rasanya sejak bertahun-tahun dahulu lagi, apabila sakit gigi sahaja ibu bapa kita akan minta kita berkumur-kumur dengan air garam.

Cuma campurkan setengah sudu kecil garam ke dalam segelas air suam untuk berkumur-kumur.

Air garam merupakan disinfectant semulajadi yang mampu ‘melonggarkan’ sisa makanan di celahan gigi.

Dan berkumur-kumur dengan air garam juga membantu mengurangkan keradangan pada gusi dan kesakitan pada luka luaran.

.

2. Ubat Tahan Sakit

Sama ada anda hendak mendapatkan ubat tahan sakit di farmasi atau berjumpa doktor di klinik, ubat tahan sakit hanya membantu menghilangkan rasa sakit gigi untuk sementara sahaja.

Bolehla kan sementara tunggu untuk ke dentist contohnya semasa hari cuti.

.

3. Cold Compress

Jika anda juga mengalami bengkak di pipi selain sakit gigi, anda boleh cuba cold compress untuk mengurangkan kesakitan.

Segeralah berjumpa doktor gigi kerana berkemungkinan anda sudah mempunyai nanah yang terkumpul akibat jangkitan gigi atau gusi.

Cold compress juga bermanfaat sekiranya anda mengalami sakit gigi disebabkan trauma (contoh terjatuh).

Kesan sejuk dari cold compress menyebabkan salur darah mengecut, mengurangkan kesakitan, keradangan dan bengkak (jika ada).

petua hilangkan sakit gigi

.

4. Gel Sapuan Yang Mengandungi Ubat Bius

Anda juga boleh menyapu gel yang mengandungi ubat bius untuk mengebaskan bahagian gigi atau gusi yang sakit.

Namun, kesannya juga hanya untuk sementara waktu.

Selagi punca sakit gigi masih ada, anda akan mengalami sakit gigi selepas beberapa ketika.

Jadi, jika sakit gigi masih tidak hilang setelah menyapu berkali-kali, inilah masanya untuk anda ke dentist untuk pemeriksaan dan rawatan.

.

5. Bawang Putih

Bawang putih sejak dahulu lagi terkenal dengan sifat ‘antibiotik’ nya.

Selain dapat membunuh kuman di dalam mulut akibat pengumpulan plak-plak gigi, bawang putih juga mampu mengurangkan kesakitan gigi anda.

Tumbuk sahaja bawang putih untuk disapu pada bahagian gigi atau gusi yang sakit.

.

.

testimoni ostematrix

Rasa mudah bersalin sebab otot kut, sakit gigi hilang, lega lenguh badan san sakit pinggang

.

Kesimpulannya, jika anda mengalami sakit gigi yang tidak hilang-hilang selepas mencuba mana-mana petua pun, segeralah berjumpa doktor gigi anda.

Selain sakit gigi, antara tanda-tanda anda harus segera ke dentist ialah seperti berikut:

  • demam
  • susah bernafas atau menelan
  • bengkak gusi yang tidak surut-surut
  • sakit apabila mengunyah makanan atau menggigit
  • warna gusi yang luar biasa merahnya
  • terdapat nanah dari gusi atau gigi anda

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat