rahsia kulit cantik berseri

Nak kulit cantik berseri, rahsia yang bukan rahsia lagi semestinya dengan pengambilan vitamin C yang cukup secara konsisten.

Ini kerana, vitamin C bertindak melalui 5 cara ini:

.

1# Vitamin C Melindungi Kulit Dari Kerosakan Oleh Radikal Bebas

.

Sebagai antioksidan, sudah menjadi ‘kerja’ vitamin C untuk fungsi ini.

Pendedahan kulit terhadap sinar matahari setiap hari, pemakanan tidak sihat, penggunaan mekap dan bahan kimia lain (contoh syampu, sabun), semua ini menghasilkan radikal bebas.

Radikal bebas, apabila dioksida akan merosakkan sel-sel kulit. Menjadikan kulit tampak kusam dan lebih cepat tua dari usia.

Siapa lah yang nak kulit tua sebelum usia kan?

.

2# Vitamin C Merangsang Penghasilan Kolagen

.

Patutlah yang konsisten dengan vitamin C berkualiti, makin berusia makin nampak muda!

Rupa-rupanya vitamin C pun menyokong penghasilan kolagen.

Kolagen kan terkenal sebagai penegang kulit, pemudar jeragat, penggebu wajah dan meremajakan kulit kita?

Paling best, dengan kolagen yang cukup, kedutan berkurang (silap haribulan hilang terus).

Garis-garis halus makin menghilang.

Bestnya kalau umur 40 tapi orang dok ingat baru 30 lebih.

Kalau orang kata kita nampak lebih muda setahun pun dah seronok.

Inikan pula kalau nampak 10 tahun lebih muda.

Melompat bintang yabedabedu la kiterrr!!! 🙂

Nak lagi powerful, konsisten jer kombo vitamin C dan kolagen. Lagi ummpphhh kesannya!

rahsia kulit cantik berseri

Salah satu rahsia kulit cantik berseri ialah pengambilan vitamin C secara konsisten. Tengok tu, seawal usia 30 tahun dah mula berlaku kemerosotan kolagen dan kemunculan garis-garis halus.

.

3# Vitamin C Mempercepat Pembaikan Luka

.

Luka pada kulit menunjukkan tisu-tisu kulit di situ telah rosak. Dah cedera perlu berganti.

Vitamin C mempercepatkan pembaikan luka kerana ia membantu penghasilan sel-sel kulit yang baru.

Jadi, kalau anda ada luka tapi lambat benor nak sembuh atau hilang parutnya, mungkin ini salah satu tanda anda kekurangan vitamin C!

So, apa lagi. Cepat-cepat ambil vitamin C setiap hari.

.

4# Vitamin C Menghalang Pigmentasi Kulit

.

Pengambilan vitamin C yang cukup mampu melindungi DNA dari kerosakan oleh reaksi fotokimia yang menyebabkan pigmentasi kulit (dan kemungkinan penyebab kanser kulit).

Hal ini demikian kerana vitamin C dipercayai menghalang penghasilan pyrimidine dimers yang boleh mengakibatkan melanoma.

Juga dengan vitamin C, tompokan hitam di wajah dapat diperbaiki. Nah, kulit pun pasti licin berseri.

.

5# Vitamin C Memperbaiki Tekstur Kulit

.

Tahukah anda, vitamin C juga penting untuk struktur salur darah kita?

Salur darah yang sihat mengangkut nutrien dan oksigen kepada kulit kita dengan baik.

Kekurangan vitamin C menjadikan kulit kusam dan kasar.

So kalau anda nak kulit lembap berseri, jangan culas mengambil vitamin C anda setiap hari.

Berminat untuk melihat hasil konsisten vitamin C Shaklee?

Boleh rujuk Koleksi Testimoni Vitamin C ini.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut.