Kolagen terbaik di pasaran adalah kolagen yang memenuhi ciri-ciri pemilihan berikut:

  • Pilih kolagen dalam bentuk makanan atau minuman kerana lebih mudah diserap (molekul kolagen sangat besar jadi jenis sapuan adalah tidak efektif).
  • Kolagen dalam bentuk suntikan pula menyakitkan dan mempunyai pelbagai kesan sampingan yang tidak diingini.
  • Pastikan saiz molekul kolagen sekurang-kurangnya 1000 Dalton dan ke bawah. Saiz mikro ini membantu penyerapan pada kadar tinggi. Tak guna ambil kolagen tapi tak dapat diserap dengan baik kan?
  • Suplemen kolagen yang juga mempunyai emolien tertentu dapat membantu mengunci kelembapan kulit untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan licin.
  • Lebih baik lagi jika turut mengandungi antioksidan untuk menghalang kerosakan di masa akan datang. Maklumat lanjut dalam entri Rahsia Kekal Awet Muda ini.
  • Disebabkan kolagen juga terdapat di dalam sendi. pastikan juga suplemen kolagen itu boleh menyokong kesihatan sendi anda. 2 dalam 1 gitewww…
  • Sumber mestilah pilih yang halalan toyyiban, selamat dan tak bertoksik.

.

Kenapa Anda Perlukan Kolagen Terbaik di Pasaran?

.

1# Kolagen Adalah Bahan Utama Untuk Kulit Lebih Tegang

.

Tahukah anda, kolagen merangkumi 30% daripada jumlah protein di dalam badan?

Perkataan kolagen berasal daripada bahasa Greek ‘kolla’ yang bermaksud ‘gam’. Di mana fungsi kolagen ialah memegang struktur dan komponen dalam badan supaya kekal kuat dan tegang.

Untuk anda yang ingin mengekalkan keremajaan kulit, pengambilan kolagen terbaik di pasaran dapat membantu memberi kulit wajah yang tegang, anjal dan awet muda.

.

2# Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

.

Bukan sahaja untuk kekal awet muda, namun kolagen juga terdapat di dalam sendi dan tendon.

Jadi, kolagen membantu kesihatan sendi, menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi.

Asid amino yang terdapat di dalam kolagen juga memberi sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, ligamen dan tendon. Semestinya kolagen ialah suplemen wajib bagi mereka yang aktif bersukan.

.

3# Rambut dan Kuku Yang Sihat Juga Perlukan Kolagen

.

kolagen terbaik di pasaran

Kekuatan dan keanjalan rambut dan kuku juga bergantung kepada paras kolagen dalam badan anda.

Seseorang yang mempunyai simpanan kolagen yang banyak, membantu dalam penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kukunya.

Siapalah yang tidak mahukan rambut sihat bersinar lebat dan kuku cantik dan kuat?

.

4# Tahukah Anda Penghasilan Kolagen Berkurang Setiap Tahun?

.

Terimalah hakikat bahawa setiap satu dari kita memang akan kehilangan kolagen setiap tahun. Bukan sahaja kehilangan ia, malah penghasilannya juga semakin berkurang dari tahun ke tahun.

Tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut, kurang keanjalan, munculnya tompok-tompok hitam di wajah adalah antara tanda-tanda kolagen badan anda semakin berkurang.

Nak dapatkan kolagen dari pemakanan seharian?

Ya, anda boleh cuba. Tetapi mustahil untuk mendapatkan amaun yang cukup setiap hari. Kita kehilangan kira-kira 4000mg kolagen sehari!

kolagen terbaik di pasaran

.

5# Kolagen Anda Rosak Setiap Hari

.

Sudahlah kolagen makin merosot, penghasilannya pula semakin berkurang. Ditambah pula dengan kerosakan oleh pelbagai faktor setiap hari.

Anda pernah nampak kan, ramai je orang yang tampak lebih tua dari usia sebenar?

Cuba anda jawab, adakah anda boleh mengelak dari persekitaran di bawah?:

  • pencemaran alam sekitar
  • bahan kimis berbahaya
  • sinar UV yang menghasilkan radikal bebas di dalam kulit

Amat mustahil untuk tidak terdedah kepada faktor-faktor di atas. Tetapi anda boleh berusaha untuk mendapatkan kolagen terbaik di pasaran setiap hari.

*****

Tercari-cari suplemen kolagen terbaik dari sumber premium dan terbukti selamat dan berkesan secara klinikal?

Cuba anda teruskan bacaan tentang kolagen.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.