Rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu yang kolagen bukan sahaja diperlukan untuk wanita yang mahu kelihatan awet muda. Sebenarnya fungsi kolagen adalah lebih daripada itu dan diperlukan oleh semua lapisan usia termasuk lelaki dan wanita.

Berikut merupakan antara sebab kenapa kita perlukan kolagen yang cukup setiap hari.

.

5 Sebab Kenapa Perlu Kolagen?

.

Kolagen Ialah Bahan Utama Untuk Kulit Lebih Kukuh

Untuk pengetahuan, kolagen ialah sejenis protein. Dan dalam banyak-banyak protein dalam badan, 30% adalah kolagen. Banyak juga kan?

Perkataan kolagen berasal dari perkataan “kole” yang bermaksud “gam“.

Ini kerana fungsi kolagen ialah untuk ‘memegang’ semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalannya dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit lebih kuat.

Sebab itulah seseorang yang tidak mempunyai kolagen yang cukup (biasanya mereka yang sudah berusia), mempunyai kulit yang berkedut dan menggeleber.

Baca juga entri 7 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit.

kenapa perlu kolagen

.

Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

Selain kulit, kolagen juga membentuk blok bahagian asas sendi. Ianya menyokong sendi yang kukuh, lebih fleksibel dan menyokong pergerakan sendi-sendi dengan lancar.

Ingat ya, kolagen ialah sejenis protein. Jadi, ianya juga kaya dengan asid amino yang memberi keanjalan kepada tisu-tisu penghubung yang berkaitan dengan sendi. Contohnya tulang rawan, tendon dan ligamen.

Jadi, bagi mereka yang mementingkan gaya hidup aktif dan kerap bersenam disarankan mendapatkan kolagen yang cukup setiap hari.

.

Bukan Kulit dan Sendi Sahaja, Tetapi Juga Rambut dan Kuku

Wah, rupanya kolagen juga mempunyai ciri-ciri antioksidan.

Antioksidan bermakna, kolagen berkeupayaan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan rambut, mempercepatkan rambut beruban dan menipis, serta menyebabkan kuku menjadi rapuh.

Jika anda mendapat kolagen yang cukup setiap hari, kolagen tersebut akan menyebarkan nutrien di kepala dan membina semula integriti struktur kuku anda.

Sebab itulah anda tidak perlu hairan, kenapa rambut anda turut cantik bersinar, kuku anda lebih kuat berkilat sekiranya anda mengambil kolagen setiap hari.

.

Tahukah anda, pengeluaran kolagen dalam badan merosot setiap tahun?

Ya. Seorang Pembantu Professor Dermatologi di University of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit menyatakan, selepas usia 20 tahun, badan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya.

Penghasilan kolagen akan terus merosot dengan peningkatan usia.

Ini mengakibatkan kemunculan garisan halus, kedutan, kulit menjadi kering dan kusam.

kenapa perlu kolagen

.

Kolagen Sedia Ada Rosak Setiap Hari

Ditambah pula kita setiap hari terdedah dengan pencemaran alam, bahan kimia berbahaya yang tersembunyi, sinaran ultraviolet dan pemakanan tidak sihat.

Semua ini menghasilkan radikal bebas di bawah kulit yang akan merosakkan kolagen.

Sudahlah penghasilan kolagen semakin merosot. Kolagen sedia ada juga turut rosak setiap hari. Tidak hairanlah zaman sekarang semakin ramai yang mengalami penuaan pramatang yang tidak diingini.

.

KOLAGEN JENIS MARINE ADALAH PILIHAN YANG LEBIH BAIK

.

Bagi anda yang tidak mendapat kolagen yang cukup dari pemakanan, ambillah makanan tambahan yang mengandungi kolagen untuk menyokong perkara-perkara di atas.

Dalam banyak-banyak suplemen kolagen di pasaran pula, bagaimanakah untuk pastikan yang anda telah membuat pilihan yang lebih baik dan berbaloi?

Kolagen boleh didapati dari pelbagai sumber. Dikatakan, kolagen dari sumber marine adalah pilihan yang lebih baik kerana ianya mengandungi kolagen jenis 1 yang paling banyak terdapat di dalam struktur kulit iaitu sebanyak 90%.

Kolagen jenis 1 berfungsi meningkatkan keanjalan kulit dan berperanan dalam penyembuhan luka.

Di samping itu, bioketersediaan kolagen dari marine juga adalah lebih baik kerana zarah kolagennya adalah lebih kecil. Lebih kecil bermakna penyerapannya adalah lebih baik. Apabila penyerapannya baik, maka ia akan meningkatkan sintesis kolagen di dalam lapisan dermis dengan cekap. Anda kan mahu menggalakkan kesihatan kulit, tulang dan sendi anda. Nah, inilah dia!

Lihat video khas tentang kadar keterlarutan kolagen dari pelbagai jenama dalam entri Tips Pilih Produk Kolagen Terbaik.

Dan di antara banyak-banyak sumber kolagen dari marine pula, sebaiknya dapatkanlah dari sumber yang diekstrak dari ikan air dalam seperti ikan merah.

Kenapa?

Kerana ikan jenis ini hidupnya di lautan dalam. Lautan dalam tekanannya jauh lebih tinggi. Keupayaan ikan-ikan ini untuk survive dalam tekanan tinggi membuktikan yang sisik ‘mereka’ adalah sangat tahan lasak, menjadikan ianya sumber kolagen premium yang berkualiti.

Bonus lagi jika suplemen kolagen itu juga diperkaya vitamin-vitamin tambahan seperti vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini menggalakkan pengeluaran kolagen, jadi lebih banyak kolagen akan dihasilkan.

produk kolagen terbaik

Ingin mendapatkan suplemen kolagen dari kami? Baca tentang Keistimewaan Collagen Powder untuk info lanjut.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat