tips awet muda untuk wanita

Siapalah yang tak nak awet muda kan? Lagi-lagi kalau ada je yang menegur muka nampak muda dan sebagainya. Mulalah nak kembang seperiuk belanga 40 hari 40 malam. Hihihi…

Selain mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman secara berkala untuk kesihatan dalam, ada 5 tips awet muda untuk lelaki dan wanita yang Ain nak share.

.

5 Tips Awet Muda Untuk Wanita dan Lelaki

.

#1 Pengambilan Kolagen

.

Korang tahu tak, kolagen ni tempatnya di bawah kulit kita. Ianya ialah bahan binaan yang memberi struktur pada kulit kita.

Yang nampak kulit elastik toink toink tu, haa sebab kolagen la.

Dan tahukah anda juga, sebanyak mana atau semahal mana pun krim antipenuaan yang sedang atau akan anda gunakan, krim itu tidak akan memberi kesan yang baik jika anda juga kekurangan kolagen.

Jadi, kalau nak awet muda kenalah pastikan kita dapat kolagen yang cukup setiap hari.

Anggaran kehilangan kolagen harian ialah sebanyak 4000mg.

Sebab itu, kalau cari produk Shaklee yang ada kolagen (Collagen Powder), satu hidangan nya ialah satu sachet kecil sahaja.

.

#2 Vitamin C

.

Vitamin C plak kerjanya lain terus dari kolagen.

Kalau kolagen menegangkan kulit, vitamin C plak bertugas untuk boost keupayaan kulit memperbaiki ‘diri sendiri’.

Hasilnya, kulit kurang berkedut, kekeringan dan kulit kasar dapat diatasi.

Selain itu, vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan.

Haa, sebut ja antioksidan maknanya ia melindungi kulit kita dari kerosakan oleh radikal bebas (pencemaran, bahan kimia, mekap, stress dan lain-lain).

Lagi satu yang paling best, vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen. Lagi banyak kolagen, lagi awet muda.

.

#3 Urutan Wajah

.

Ketepikan dahulu teknik-teknik yang ‘invasive’ seperti Botox dan pembedahan plastik yang lebih mahal dan menyakitkan!

Mengurut wajah pun helpful juga untuk mendapat kulit yang awet muda.

Sebab urutan melancarkan peredaran darah ke wajah, menghasilkan complexion kulit yang cantik dan glowing.

Nak lagi, mengurut wajah juga merangsang penghasilan kolagen dan elastin.

Jadinya, kulit lebih lembut halus berseri selain efek muka ‘naik’ dan lebih tegang.

Bila kulit dah tegang, nyahlah segala kedutan-kedutan yang menampakkan diri lebih tua.

.

#4 Minum Banyak Air Kosong Setiap Hari

.

Ambillah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Kulit pun perlukan air untuk melembap.

Kulit yang kering akan menghasilkan lebihan minyak untuk menggantikan tempat air yang tak cukup tadi.

So, jangan terkejut kalau anda kerap disinggahi jerawat, tompok-tompok putih kekeringan dan radang kulit.

So, dah minum berapa gelas air kosong hari ni?

.

#5 Skincare Yang Betul

.

Nak cari produk kecantikan yang bagus, antara tips penting ialah:

  • carilah yang diperbuat dari sumber semulajadi
  • yang lebih penting, terbukti selamatkah ia?
  • kalau nak yang betul berkesan, adakah ada bukti keberkesanan?
  • elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang memudaratkan kulit

Bila dah jumpa produk yang sesuai, cuba amalkan setiap hari secara konsisten untuk hasil yang optimum. Kadang-kadang kesan yang lambat itu lebih baik. 🙂

Baca juga tentang YOUTH Skincare, produk penjagaan kulit wajah terbaru dengan keputusan klinikal tanpa kompromi:

  • 100% wanita yang diuji mendapat kulit yang lebih baik
  • 2/3 pula berjaya mengubah kulit wajah sedekad lebih muda!

.

tips awet muda untuk wanita

Promosi sepanjang Februari 2018 sahaja. Dapatkan 4 kotak Collagen Powder DAN sebotol Vitamin C pada harga JIMAT 10%! Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut.