tips kesihatan lelaki

Tips Kesihatan Lelaki | “Penurunan testosteron boleh menjejaskan banyak sistem tubuh termasuk perkembangan seksual lelaki, perilaku seks, fungsi erektil dan seksual, pembentukan tulang, metabolisma lipid dan karbohidrat, jisim otot, kekuatan otot dan sebagainya”, kata Dr. Rajbans Singh, Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia.

Berdasarkan statistik, lelaki lebih berisiko menghidap beberapa penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, kanser paru-paru, prostat dan kolon.

Sejarah membuktikan golongan lelaki lebih cenderung ke arah gaya hidup tidah sihat, iaitu merokok, meminum minuman keras dan jarang sekali melakukan ujian kesihatan.

Dengan itu merisikokan golongan ini kepada andropaus lebih awal (‘menopaus pramatang‘).

Jangan terlalu mendabik dada dengan gaya hidup tersebut, mengatakan diri anda SIHAT sahaja.

Kemungkinan simptom-simptom andropaus sudahpun berada dalam diri anda.

Antaranya:

  • gangguan emosi, mudah melenting
  • libido berkurangan
  • corak tidur terganggu atau insomnia
  • mudah letih lesu
  • kerap mengantuk
  • kurang fokus
  • mula mengalami masalah memori

Simptom-simptom ini mula muncul di akhir 40an dan awal 50an. Kerana terjadinya penurunan hormon testosteron lelaki sekitar usia ini.

Oleh kerana itu, terapi hormon lelaki sangat membantu memperbaiki simptom-simptom ini.

Anda mungkin akan mempunyai tidur yang lebih baik, emosi dan mood yang lebih positif, kenginan seksual kembali seperti sebelumnya, lebih mudah fokus dan bertenaga.

Namun, selagi faktor penyebab masih ada, anda akan terus bergantung kepada terapi hormon lelaki untuk mengatasi masalah ini.

Terapi hormon lelaki yang berterusan pula boleh memudaratkan.

Antara langkah lain untuk meningkatkan hormon testosterone ialah melalui pemakanan, senaman dan suplemen seperti zinc dan vitamin C.

tips kesihatan lelaki

Ada juga dikongsi lima tips kesihatan lelaki di dalam artikel ini.

.

5 Tips Kesihatan Lelaki Elak ‘Menopaus Pramatang’

.

Mengurus Tekanan dan Waktu Tidur

Waktu tidur yang baik untuk seorang lelaki dewasa ialah 7-8 jam sehari.

Sekiranya berhadapan dengan tekanan, carilah cara untuk melegakannya.

Rancanglah waktu untuk anda bersantai dan bercuti.

Hidup ini untuk dinikmati, bukan semata-mata mengejar harta sahaja.

.

Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala

Sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, lakukanlah pemeriksaan kesihatan di klinik berdekatan.

Sesiapa sahaja boleh jatuh sakit tak kira usia.

Tidak salah anda screen kesihatan anda.

Better late than never.

tips kesihatan lelaki

Jika anda seorang perokok, cuba fikirkan semula, “Kenapa aku perlukan rokok?”

.

Berhenti Merokok

Benda paling SUSAH untuk kebanyakan lelaki buat (kata mereka).

Tips utama, berniatlah dari hati. Dari hati, pasti jadi.

Sesiapa atau apa pun takkan dapat menolong anda, kalau anda TAK NAK tolong diri sendiri. 🙂

.

Senaman Untuk Kekalkan Berat Badan Ideal

Cuba senaman kardio yang sesuai untuk anda.

Kerana senaman ini banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan emosi anda.

Baca juga entri Manfaat Senaman Aerobik.

.

Pemakanan Seimbang

Amalkan pemakanan yang kaya dengan fitonutrien, asid amino, lemak baik dan serat untuk kesihatan optimum.

Jangan lupa air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan buah-buahan juga.

Info tambahan dari Naib Presiden Kanan Pembangunan dan Penyelidikan, yang juga Ketua Pegawai Sains Shaklee Corporation, Dr. Bruce Daggy, “Pendekatan holistik terhadap kesihatan yang lebih baik ialah melalui kombinasi makanan seimbang, senaman untuk mengekalkan berat badan dan pengambilan suplemen secara bijak.”

********** 

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee untuk lelaki.