youth shaklee serum

Mustahil sekali untuk kita berhentikan masa untuk kekal muda remaja. Tetapi tidak mustahil langsung untuk kita berusaha kekal remaja dengan tips penting penggunaan skin care yang baik untuk meremajakan kulit wajah.

.

1# Gunakan Pencuci Muka Yang Lembut

Nak kulit muka lembut, pastikan pencuci muka juga jenis lembut. Mencuci muka ialah langkah paling utama untuk kecantikan kulit. Ini kerana dengan mencuci muka lah menentukan adakah muka kita betul-betul bersih dari kotoran dan bahan kimia (mekap) yang diaplikasi sebelumnya.

Apabila kulit wajah betul-betul bersih, barulah lebih efektif penyerapan skincare yang akan dipakai pada langkah seterusnya.

Dalam memilih pencuci muka yang bagus, mestilah kita nak pilih yang boleh menjaga kebersihan wajah, sekaligus mengelakkan kulit muka cepat kering dan rosak.

Untuk ini, pilihlah pencuci muka dengan pH yang rendah supaya dapat mengekalkan keseimbangan kulit secara optimum. Elakkan pencuci muka dengan pH yang tinggi kerana ianya boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan.

Tips penting yang lain ialah mengelakkan pencuci muka yang mengandungi sodium lauryl sulphate yang kasar terhadap kulit.

youth cleanser shaklee

Cara awet muda secara alami ialah dengan pemilihan pencuci muka yang baik. Salah satu cleanser yang buat Ain sendiri jatuh cinta dengannya. Jenis gel tak mengeringkan dan cleanser 3-dalam-1 (membersih, exfoliate, menyediakan untuk next step). Ya Allah, lembut yang amat cleanser ni. Lepas cuci rasa refreshing dan hydrated je muka!

.

2# Buang Sel Kulit Mati (Exfoliate)

Semakin kita berusia, kulit kita semakin lambat diperbaharui. Sel-sel kulit yang telah mati tidak digantikan secepat semasa kita muda, menjadikan kulit kelihatan kusam dan tona menjadi tidak sekata.

Exfoliant membantu membuang sel kulit mati daripada kulit kita. Sebaiknya, elakkan menggunakan exfoliant jenis kasar seperti skrub dan yang mengandungi microbeads yang kasar terhadap kulit.

.

3# Pemilihan Serum

Serum biasanya mempunyai bahan aktif yang lebih berbanding pelembap muka. Carilah serum dengan kandungan retinol dan vitamin C.

Selain menggalakkan penghasilan kolagen, sifat antioksidan kedua ini membantu melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas yang lama-kelamaan menjadikan kulit tampak lebih tua.

youth shaklee skincare

Youth Activating Serum mengandungi kepekatan Youth Complex sebanyak 10 kali ganda. Bermakna ianya mempercepatkan pembaharuan sel kulit sebanyak 10 kali ganda!

.

4# Pastikan Kulit Sentiasa Lembap

Dalam usia yang semakin meningkat, kandungan sebum dalam kulit juga akan turun merosot. Berita baiknya, kuranglah nak naik jerawat. Tetapi berita buruknya pula ialah kulit akan jadi kering mengakibatkan munculnya garis-garis halus dan kedutan.

Jadi, amat penting memastikan kulit wajah sentiasa lembap untuk nampak awet muda.

Tips dalam memilih pelembap pula, carilah yang mengandungi bahan yang boleh ‘memegang’ molekul air dengan baik. Bermakna ianya boleh menghidrat dengan baik. Sebagai contoh asid hyaluronik dan gliserin.

.

5# Sentiasa Sapukan Kulit Dengan Pelindung UV

Sinar UV berlebihan mengakibatkan kulit rosak dan nampak tua denganĀ  cepat!

Selain merosakkan kolagen dan elastin, mengakibatkan kulit lebih nipis dan berkedut, sinar UV juga penyebab kepada terbentuknya pigmen-pigmen hitam (tompok-tompok) pada kulit wajah. Muka dengan tompok-tompok hitam nampak lebih tua kan?

Jadi, penggunaan krim pelindung UV bukan hanya terhad apabila kita nak berjemur sahaja (contoh: berkelah di tepi pantai). Sebaiknya, setiap hari pun perlu apply pada wajah.

Berdasarkan satu kajian klinikal, penggunaan krim UV SPF 30 setiap hari selama 3 bulan akan :

  • memudarkan tompokan penuaan
  • memperbaiki tekstur kulit
  • mengurangkan kedutan sebanyak 20%

Hal ini demikian kerana pelindung UV membenarkan kullit ‘berehat’ dari terus ‘berperang’ dengan radikal bebas oleh sinar UV. Jadi keupayaan semulajadinya untuk memperbaharui sel kulit dapat berfungsi dengan baik.

Antara lain, boleh juga anda mengurangkan pendedahan kepada sinar matahari dengan memakai topi, cermin mata hitam, baju berlengan panjang dan mengelak dari keluar ketika hari panas terik.

.

6# Lindungi Kulit Anda Dari Trauma

Tahukah anda, salah satu punca kedutan ialah kerosakan ke atas kulit wajah. Dan dengan keadaan kulit yang lebih ‘fragile‘ dengan peningkatan usia, akan lebih memburukkan keadaan.

Kajian mendapati, seseorang yang tidur dengan muka ditelangkupkan pada bantal akan mempunyai kedutan kekal di wajah, juga dikenali sebagai “sleep wrinkles“.

Jadi, logik juga jika dikatakan menggosok-gosok muka dengan kasar boleh menyebabkan wajah nampak lebih tua.

.

Tercari-cari rangkaian skincare “beyond organic” dengan bukti klinikal? Youth Shaklee terbukti secara klinikal memudakan 100% wanita yang dikaji dari pelbagai peringkat umur (20-60 tahun). Di mana 2/3 daripada mereka mendapat kulit sedekad lebih muda! Klik Testimoni Youth untuk bukti penggunaan di Malaysia.