manfaat buah naga untuk kecantikan

Pagi ni brunch buah naga la kita kat klinik ni. Buah naga ni one of my favorite fruits jgak. Selain rasanya yang sedap, mempunyai kandungan air yang banyak dan pewarna ungu semulajadi, rupanya ada banyak lagi manfaat buah naga untuk kecantikan dan kesihatan.

Mari kita berkenalan dahulu dengan buah naga.

Tergolong dalam kumpulan buah-buahan tropika eksotik, buah naga juga antara superfood yang memberi sangat banyak manfaat kesihatan.

Ianya boeh jadi manis atau masam, bergantung kepada species. Yang paling mudah dijumpai ialah yang bersaiz lebih kecil daripada tembikai susu, berwarna merah gelap, dilindungi oleh kulit keras seperti duri tetapi tidak tajam.

.

6 Manfaat Buah Naga Untuk Kecantikan dan Kesihatan

.

MELAMBATKAN PENUAAN

Antioksidan diperlukan untuk membantu menegang dan meremajakan kulit dengan melawan kerosakan oleh radikal bebas.

Dikatakan buah naga ialah sumber antioksidan yang baik kerana kandungan vitamin C di dalamnya.

Selain vitamin C, kandungan fosforus dan fosfolipid dalam buah naga juga merupakan komponen penting dalam lapisan pada sel (cell membrane). Inilah yang membantu mencegah penuaan pramatang.

Wah, mesti anda yang pentingkan keremajaan kulit lepas ni akan ‘berkawan baik’ dengan buah naga.

Untuk skincare yang melambatkan penuaan, boleh terus baca tentang Youth Skincare.

.

manfaat buah naga untuk kecantikan

Kalau rajin, buah naga juga boleh dijadikan masker untuk mencantikkan kulit wajah.

.

MENCEGAH KANSER

Di dalam buah naga juga mengandungi karoten, yang mana ianya berkait rapat dengan beberapa sifat ‘anti-carcinogenic‘.

Lycopene yang memberi warna kemerahan kepada buah naga pula, dikatakan menurunkan risiko kanser prostat.

Dalam kajian tahun 2011 yang telah disiarkan di Asian Pacific Journal of Cancer Prevention mendapati, pengambilan lycopene yang kurang dari 2,498 mikrogram sehari meningkatkan risiko kanser prostat.

Sementara pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih banyak, DAN aktif bersenam, boleh mengurangkan risiko ini secara signifikan.

Bukan isinya sahaja ya yang bermanfaat untuk mencegah kanser. Kulit buah naga sebenarnya kaya dengan polifenol. Polifenol juga dikatakan mampu melindungi badan dari kanser tertentu.

.

KESIHATAN KARDIOVASKULAR

Buat mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, anda bolehlah cuba mengamalkan buah naga mulai sekarang. Sebanya buah naga mampu menurunkan paras kolesterol ‘jahat’ sementara memperbaiki paras kolesterol ‘baik’.

Telah terbukti dalam kajian tahun 2010 yang telah disiarkan dalam jurnal Pharmacognosy Research yang mendapati, pengambilan buah naga boleh menurunkan risiko masalah jantung dan darah tinggi.

Dan di dalam buah naga juga terkandung lemak monosaturated yang baik untuk kesihatan jantung.

.

KENCING MANIS

Untuk pesakit kencing manis pula, kini anda boleh memilih buah naga sebagai sajian harian anda.

Kandungan seratnya yang tinggi boleh menstabilkan paras gula darah.

Oleh kerana buah naga juga salah satu sumber makanan dengan indeks glisemik rendah, ianya tidak akan meningkatkan paras gula darah secara mendadak seperti makanan dengan indeks glisemik tinggi.

.

manfaat buah naga untuk kecantikan

.

PENGHADAMAN

Selain membantu menstabilkan paras gula darah, serat di dalam buah naga juga membantu memperbaiki pergerakan usus.

Jadinya, anda yang selalu bermasalah sembelit kenalah rajin-rajin makan buah naga selepas ini.

Hei, kesihatan usus kena jaga tau. Perut kan tempat berkumpulnya macam-macam penyakit.

.

MENINGKATKAN IMUNITI

Kerana buah naga kaya dengan vitamin C, selain mencantikkan kulit, vitamin C juga memiliki keupayaan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Kehadiran beberapa mineral, vitamin B1, B2, B3, kalsium, fosforus, zat besi, protein dan niasin juga penyumbang kepada memperbaiki sistem imun badan.

Nah, begitu banyak sekali manfaat buah naga untuk kecantikan dan kesihatan rupanya. Apa lagi, mulalah mengambil buah naga sebagai sajian setiap hari ya. =)