Tahukah anda, satu daripada 10 orang merupakan pesakit batu karang di buah pinggang sepanjang hayat?

Kajian mendapati, kes batu karang di buah pinggang ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Batu karang di buah pinggang terjadi apabila paras bahan-bahan yang membentuk batu adalah tinggi di dalam buah pinggang. Bahan-bahan pembentuk batu ini – kalsium, asid urik dan oxalate – boleh bergabung sesama sendiri di dalam buah pinggang semasa air kencing dihasilkan.

Batu yang terhasil adalah dari pelbagai saiz. Yang kecil boleh melalui salur kencing ke pundi kencing seterusnya keluar semasa kencing. Manakala yang besar pula boleh mengakibatkan kesakitan dan bengkak buah pinggang sekiranya berjaya menyumbatkan salur kencing.

cegah batu karang

.

Simptom tipikal pesakit batu karang ialah sakit di bahagian pinggang yang teramat sangat sehingga membawa pesakit ke klinik atau hospital dengan kadar segera. Pesakit juga boleh mengalami sakit semasa membuang air kecil, kencing tidak lawas dan kencing berdarah.

Ada juga pesakit yang juga turut mengalami jangkitan salur kencing yang memerlukan rawatan antibiotik.

Selain dipreskripsi dengan ubat-ubatan, pesakit juga kebiasaannya akan dinasihatkan supaya minum air kosong secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari, sebaiknya 3 liter sehari.

Antara lain, National Kidney Foundation dan Dr. Allan Jhagroo berkongsi 6 tips mencegah batu karang di buah pinggang ini. Dr. Jhagroo merupakan pakar batu karang di buah pinggang di University of Wisconsin School of Medicine and Public Health.

cegah batu karang

Terlalu BANYAK manfaat air kosong untuk kesihatan selain mencegah batu karang di buah pinggang.

.

6 Tips Cegah Batu Karang Oleh Pakar Dr. Jhagroo

.

1# Berpeluh – Jangan Ambil Ringan

.

Ya, sememangnya bersenam, sauna dan yoga adalah baik untuk kesihatan menyeluruh.

Tetapi, membiarkan diri anda kehilangan air yang banyak tanpa digantikan secukupnya akan menyebabkan penghasilan air kencing berkurang. Ini memberi peluang kepada bahan-bahan tadi menghasilkan batu karang di buah pinggang.

Teruskan sahaja senaman secara berkala itu.

Cuma selepas bersenam, pastikan anda menghidrat semula dengan meminum air kosong secukupnya. Petanda yang terbaik ialah anda akan membuang air kecil dengan kerap (ini menunjukkan badan mendapat air yang cukup).

Kencing yang kerap dapat menyingkirkan bahan-bahan pembentuk batu karang dengan kerap, mengurangkan risiko terbentuknya batu karang.

.

2# Bukan Sahaja Oxalate

.

Oxalate terdapat di dalam pelbagai sumber makanan termasuklah sayur dan buah-buahan.

Di antara makanan yang kaya dengan oxalate ialah coklat, teh dan kekacang.

Tidak semestinya anda perlu mengelak terus dari mengambil makanan-makanan ini.

Kerana untuk membentuk batu karang, bukan oxalate sahaja yang ‘bersalah’. Telah diterangkan di awal entri bahawa pembentukan batu karang ialah hasil gabungan kalsium, oxalate dan asid urik kan?

Tips penting di sini ialah ambil kalsium dan oxalate pada masa yang sama supaya ‘mereka’ boleh bergabung sesama sendiri di dalam usus, dan bukannya di dalam buah pinggang.

.

cegah batu karang

.

3# Kalsium Juga Bukan Satu-satunya ‘Musuh’

.

Bila dengar sahaja KALSIUM penyebab batu karang, terus takut nak minum susu, ambil produk tenusu dan suplemen kalsium.

Menurut Dr. Jhagroo, “diet yang kurang kalsium sebenarnya meningkatkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.”

Jadi, tidak perlulah anda elakkan terus makanan dan minuman yang mengandungi kalsium termasuk suplemen. Kalsium kan amat penting untuk menguatkan tulang dan gigi, serta untuk fungsi otot dan sistem saraf? Kalau tak ambil kalsium, cepat osteoporosis pula kan naya?

Seperti yang telah diterangkan dalam point kedua, ambillah makanan/minuman berkalsium bersama-sama oxalate supaya bergabungnya kedua-dua ini di dalam usus, bukannya di dalam buah pinggang.

Dan yang lebih penting lagi, kurangkan juga pengambilan garam (sodium/natrium) juga untuk mencegah batu karang.

Baca tentang Ostematrix, suplemen kalsium yang telah terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan.

.

4# Tips Cegah Batu Karang di Buah Pinggang Berulang Lagi

.

Mempunyai pengalaman SAKITNYA apabila mempunyai batu karang d buah pinggang, pastinya sesuatu yang tidak diingini berlaku lagi bagi pesakit. Siapalah yang suka nak sakit kan?

Tetapi, apabila anda pernah mengalami batu karang di buah pinggang, anda sebenarnya mempunyai ‘peluang’ yang lebih tinggi untuk ianya terjadi lagi.

Walaupun pesakit agak ‘serik’ untuk mengalaminya lagi, berdasarkan kajian Dr.Jhagroo, 15% pesakit tidak mengambil ubat yang dipreskripsi. 41% pula tidak mengikut nasihat pemakanan yang diberikan doktor. Menyebabkan masalah batu karang ini berulang kembali.

Jadi, tips penting di sini ialah ambillah ubat yang dipreskripsi dan ikut cara pemakanan yang disarankan. Tidak perlu jadikan benda mudah, lebih komplikated ya? Semua ini untuk anda juga. =)

cegah batu karang

5# Amalkan Air Lemon

.

Air lemon ialah salah satu sumber yang kaya dengan asid sitrik yang bermanfaat untuk mencegah batu karang.

Asid sitrik baik untuk mencegah batu karang melalui 2 cara:

  1. mencegah kalsium bergabung dengan oxalate dan asid urik
  2. menghalang batu karang yang kecil menjadi lebih besar

Namun, hati-hati dengan pengambilan gula juga. Ini kerana gula ialah salah satu yang meningkatkan risiko terbentuknya batu karang selain bahan-bahan tadi.

.

6# Kurangkan Juga Makanan Yang Mengandungi Purine

.

Terdapat juga batu karang yang terbentuk hasil pengumpulan asid urik di buah pinggang.

Sumber makanan seperti daging merah, organ-organ dalaman dan makanan laut adalah kaya dengan purine. Purine yang tinggi akan menghasilkan asid urik yang lebih banyak, yang kemudiannya akan meningkatkan keasidan air kencing. Lebih berasid air kencing, maka lebih mudahlah batu karang membentuk.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah batu karang:

  • kurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan asid urik seperti yang telah disebutkan
  • elakkan pengambilan alkohol yang juga akan meningkatkan asid urik
  • pilihlah protein berasaskan tumbuhan

.

cegah batu karang

.

Kesimpulannya, kunci untuk cegah batu karang terletak pada diri anda sendiri. Pemakanan sihat dan seimbang bukan sahaja menyihatkan badan, tetapi juga membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan termasuklah batu karang.

Cegahlah sebelum kena, cegahlah sebelum menjadi lebih parah atau berulang.