tips untuk jantung sihat

Jantung boleh dikatakan organ yang kuat bekerja dalam badan kita.

Berdenyut tanpa henti setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat, semasa kita sedar mahupun tidur.

Dan jantung akan terus bekerja untuk anda seumur hidup anda!

Jadi, memastikan jantung sentiasa sihat ialah keutamaan baik bagi lelaki atau wanita.

Berikut ialah 6 tips semulajadi untuk menjaga kesihatan jantung kita.

.

6 Tips Untuk Jantung Sihat

.

BERSENAM

Bersenamlah setiap hari kerana apabila anda bersenam, jantung akan mengepam dengan tekanan yang lebih tinggi.

Tekanan yang lebih tinggi ini akan menyebabkan lapisan dalam salur darah menghasilkan nitric oxide.

Nitric oxide ini kemudiannya akan menyebabkan salur darah ‘berehat’. Menjadikan salur darah lebih ‘besar’ supaya pengaliran darah ke kawasan itu lebih lancar.

Cuma 20-30 minit senaman sehari sudah mencukupi untuk memastikan jantung anda sihat.

.

PILIHLAH LEMAK ‘BAIK’

Makanan segera dan diproses tinggi kandungan lemak trans yang tidak baik untuk kesihatan.

Kebanyakan kita kurang mendapat asid lemak omega 3 yang cukup.

Asid lemak omega 3 ialah sejenis lemak baik yang banyak terdapat di dalam ikan.

Amalkan pemakanan ikan sebanyak 2 kali seminggu untuk manfaat omega 3 ini.

Anda boleh consider pengambilan suplemen omega 3 sekiranya dikhuatiri kekurangan nutrisi yang baik ini untuk kesihatan jantung.

.

MENGAWAL STRESS

Setiap hari pun kita tidak boleh lari dari stress kan?

Belajarlah mengawal stress dengan baik.

Mungkin anda boleh cuba legakan tekanan dengan bersenam, menjalankan hobi, membeli-belah dan apa saja perkara yang anda suka.

.

MENGEKALKAN BERAT BADAN SEIMBANG

Kajian membuktikan ukur lilit pinggang seseorang berkait rapat dengan kesihatan jantung.

Tak perlu bimbang jika anda overweight. Berusahalah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Penurunan berat badan walaupun sedikit sahaja, memberi impak yang besar terhadap banyak aspek kesihatan.

tips untuk jantung sihat

.

PEMAKANAN UNTUK JANTUNG SIHAT

Makanan yang ‘disukai’ jantung ialah makanan rendah karbohidrat.

Bukan itu sahaja. Titik beratkan lebih pengambilan ikan, protein, banyak serat dari sayur-sayuran, dan buah-buahan yang rendah kandungan gula,

Kurangkan pengambilan lemak trans (makanan segera, makanan diproses), daging merah dan lemak tepu. Jangan lupa kurangkan pengambilan gula juga.

.

EXTRA!

Ada juga kajian menunjukkan kesihatan jantung dapat ditingkatkan dengan perkara-perkara berikut:

  • mempunyai haiwan peliharaan
  • senyum dan mudah ketawa (mood gembira)
  • kerja-kerja kebajikan

Kesimpulannya, untuk kesihatan jantung amatlah penting mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Perubahan-perubahan kecil dalam rutin sehari-hari anda mampu memberi impak yang besar terhadap kesihatan jantung.

Berakhirnya kerja jantung, maka berakhirlah hidup anda.

 

Sumber