Biasanya korang cuci tangan berapa saat je yer?
Ain kalau nak cepat tak sampai setengah minit siap dah cuci tangan. Tapi kalau kerja hospital dulu, bila nak buat dan selepas prosedur, memang kena practice 7 langkah cuci tangan yang betul tu, which ambil masa sekurang-kurangnya 2 minit.
Dalam sedar atau tidak, tangan kita merupakan anggota paling kotor kerana sentiasa menyentuh apa sahaja. Sebab itulah kaedah mencuci tangan yang tidak betul menyebabkan penyakit berjangkit mudah tersebar terutamanya penyakit yang boleh berjangkit melalui sentuhan seperti Hand Foot Mouth Disease dan cirit-birit.
Kalau kita perasan di hospital-hospital juga amat menekankan perkara ini. Lebih-lebih lagi di ICU disediakan satu hand rub untuk setiap pesakit. Ini menunjukkan betapa pentingnya menjaga kebersihan tangan agar penyakit tidak mudah berjangkit.
Kali ini Ain nak share 7 langkah cuci tangan yang betul. Benda simple tapi ramai yang mengambil ringan akan hal ini.
.
7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul
.
.
.
.
.
.
.
Haa, simple je kan 7 langkah ni? Lepas ni bolehla praktikkan terutamanya masa anak tengah tak sihat dan ada adik-beradik yang ramai.
Jangan kerana tangan badan binasa. 🙂
.