petua hilangkan batuk

Tercari-cari petua hilangkan batuk yang berkesan? Teruskan membaca.

Batuk sebenarnya ialah satu mekanisma penting untuk melegakan tekak dari kahak. Namun, batuk berpanjangan dan mengganggu, pastilah sesuatu yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi batuk juga mungkin berpunca dari sesuatu yang lebih serius.

Tidak semua batuk memerlukan antibiotik untuk melegakannya. Baca entri tentang Berjaga-jaga Dengan Kesan Sampingan Antibiotik untuk maklumat lanjut. 

Secara amnya, kita mengalami batuk kerana alahan terhadap sesuatu, jangkitan virus atau kuman. Terdapat juga pesakit yang mengalami batuk kerana masalah gastroesophageal reflux, mempunyai penyakit asthma dan lain-lain lagi.

Selain merawat punca spesifik batuk, contohnya batuk yang berpunca daripada jangkitan kuman memerlukan antibiotik, anda juga boleh mencuba 7 petua hilangkan batuk yang akan anda kongsi di bawah.

.

7 Petua Hilangkan Batuk Cara Alami

.

1# MADU

Sejak zaman tok nenek moyang kita lagi, madu sudah pun terkenal sebagai ‘ubat’ untuk masalah batuk.

Anda pilih sahaja cara mana yang anda suka untuk mengambil madu untuk menghilangkan batuk anda :

  • campurkan 2 sudu kecil madu ke dalam teh herba atau air suam dan lemon
  • ambil madu begitu sahaja
  • sapukan madu ke atas roti untuk diambil sebagai snek

.

petua hilangkan batuk

.

Disokong lagi dengan satu kajian yang dijalankan ke atas 105 kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 18 tahun yang mengalami jangkitan salur pernafasan, simptom-simptom pada sebelah malam dan tidak sihat selama 7 hari atau kurang.

Dalam kajian ini membandingkan pengambilan madu, ubat batuk yang mengandungi dextrometorphan dan tidak diberi apa-apa.

Kesimpulan dari kajian ini mendapati, madu lebih berkesan mengurangkan batuk kanak-kanak, dan simptom di sebelah malam, berbanding ubat.

.

2# PROBIOTIK

Eh, bukan probiotik tu mikroorganisma ‘baik’ yang tinggal dalam perut ke?

Mesti anda terfikir apa kaitannya perut dan batuk kan?

Sebenarnya, probiotik tidak membantu menghilangkan batuk secara terus.

Betul kata anda, probiotik ialah mikroorganisma yang hidup di dalam perut. Kerja mereka ialah mengimbangi kuman baik di dalam salur pemakanan kita.

Apabila ini berlaku, ia akan menyokong pula sistem pertahanan badan kita.

Jadi bila sistem imun kita kuat, pastilah batuk pun lebih mudah dan cepat baik kan?

Lagipun, terdapat bukti yang mendapati bahawa kuman Lactobacillus berupaya mengurangkan risiko demam selesema.

So, jangan ambil ringan fungsi probiotik untuk hilangkan batuk anda ya.

.

3# BROMELAIN

Jujurnya, Ain sendiri pertama kali dengar perkataan ‘bromelain’ ini. Ada yang tahu apa itu bromelain?

Bromelain merupakan enzim yang terdapat di dalam batang dan buah nenas sahaja. Ianya mampu membantu membantutkan batuk dan melonggarkan kahak di dalam tekak.

Ambil sahaja sepotong buah nenas atau minum 3.5oz jus nenas segar sebanyak tiga kali setiap hari.

Nenas juga dipercayai dapat membantu melegakan masalah sinusitis. Namun, bukti-bukti klinikal tidak mencukupi untuk menyokongnya.

Oh ya, ELAKKAN memberi nenas (bromelain) kepada kanak-kanak, pesakit yang ada mengambil ubat cair darah dan antibiotik ya. Lebih baik kalau yang berpenyakit kronik tu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

petua hilangkan batuk

.

4# PEPPERMINT

Di dalam peppermint, terdapat menthol yang dapat melegakan kegatalan di tekak kerana batuk.

Buat anda yang batuk berkahak pula, peppermint juga bertindak sebagai pemecah kahak yang mengganggu.

Peppermint bukan sahaja boleh diminum tetapi juga boleh ditambahkan minyaknya ke dalam air panas untuk disedut wapnya.

Caranya ialah dengan menambahkan 3 hingga 4 titik minyak peppermint ke dalam setiap 150ml air panas. Kemudian, halakan muka anda di atas wap dari air tadi, tutupkan seluruh kepala anda dengan kain dan sedut sahaja wap itu.

.

5# THYME

Kajian mendapati, dedaun thyme yang dicampurkan dengan ivy membantu menghilangkan batuk dan bronkitis.

Daun thyme mengandungi bahan yang dipanggil flavonoids yang merehatkan otot-otot di tekak yang terlibat dengan batuk, dan mengurangkan keradangan.

Campurkan 2 sudu kecil daun thyme ke dalam secawan air panas, tutup sebentar untuk 10 minit, kemudiannya minum sehingga habis.

petua hilangkan batuk

.

6# KUMUR AIR GARAM

Dengar macam mudah sangat kumur air garam kan?

Air garam bukan sahaja baik untuk mengurangkan sakit gigi ya. Tetapi juga boleh membantu melegakan kegatalan tekak semasa batuk.

Anda cuma perlukan suku hingga setengah sudu kecil garam yang dicampurkan ke dalam kira-kira 8oz air suam. Seterusnya apa lagi, kumur-kumur sehingga habis.

Tapi awas ya. Petua hilangkan batuk dengan kumur air garam ini TIDAK sesuai untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana mereka masih tidak pandai berkumur-kumur. Kalau sudah pandai pun, ada baiknya ada pengawasan dari ibu bapa atau penjaga.

Lebih baik lagi, pilih sahaja petua-petua yang lain selain kumur air garam ini. Hehe…

.

7# VITAMIN C

Sebut sahaja vitamin C, mulalah terbayang buah-buahan yang berwarna-warni.

Ada pendapat mengatakan, kalau batuk elakkan mengambil buah-buahan kerana dikhuatiri akan lebih memudaratkan batuk itu.

Namun sebenarnya, buah-buahan kaya sekali dengan vitamin C yang bersifat antihistamine (anti-alahan) yang bermanfaat untuk melegakan batuk.

Vitamin C juga bertindak menguatkan sistem imun anda. Jadi, sebagaimana probiotik tadi bertindak, sistem imun yang lebih kuat pastinya dapat membantu menghilangkan batuk dengan lebih cepat.

.

petua hilangkan batuk

Sumber vitamin C terbaik pastinya dari makanan semulajadi. Pilihan lain yang ada ialah suplemen vitamin C yang telah diuji selamat dan berbaloi.

.

Kalau anda dah cuba 7 petua hilangkan batuk di atas atau petua-petua lain, tetapi masih batuk juga, ada baiknya anda dapatkan nasihat dan pemeriksaan di klinik berdekatan.

.

Bila Lagi Anda Perlu Berjumpa Doktor?

  • batuk masih berpanjangan terutamanya yang telah berbulan-bulan lamanya
  • kahak hijau atau kekuningan, pekat dan berbau busuk
  • demam tinggi yang masih tidak surut terutamanya lebih 3 hari
  • tanda-tanda dehidrasi seperti keletihan, pening, kurang air kencing, mulut terlalu kering
  • nafas lebih laju dan dada berombak-ombak
  • pernafasan anda berbunyi (sesak nafas)

.

Setakat ini sahaja perkongsian Ain tentang petua hilangkan batuk cara alami ini.

Jangan lupa, 3 prinsip utama untuk kesihatan – pemakanan seimbang, rajin bersenam, mengamalkan suplemen secara bijak.

Mencegah lebih baik dari mengubat.

Tak seronok kan sakit walaupun hanya batuk sikit-sikit?

Anda Serius Untuk Lebih Sihat?