tips hilangkan bau badan

Tips Hilangkan Bau Badan | Bau badan yang tidak menyenangkan bukan sahaja mengganggu orang yang berdekatan kita. Tetapi juga menjadikan kita sendiri rasa malu dan rendah diri. Rasa tak nak berhadapan dengan public pun ya kan?

Ada orang dah cuba macam-macam cara untuk hilangkan bau badan tapi tak pernah berjaya. Bermacam-macam deodorant dah dicuba tetapi semuanya hampa.

Tahukah anda, selain badan kuat berpeluh, tidak mandi pada waktu yang sepatutnya, bau badan juga boleh disebabkan oleh kandungan toksin yang tinggi dalam badan.

Kalau tak mandi dan berpeluh banyak selepas bersenam tu normal la ada bau badan sedikit. Hehe.

So kali ini, Ain nak share beberapa tips untuk menangani masalah bau badan yang boleh korang yang bermasalah ni boleh cuba. Tips simple-simple yang boleh buat kat rumah jer.

.

1# Deodorant Yang Sesuai

Kalau sebelum ini anda main cuba saja mana-mana deodorant yang berkenan di hati, apa kata kali in cuba anda pilih deodorant berdasarkan bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Mudah sahaja caranya. Abaikan deodorant yang mengandungi bahan aktif dalam deodorant-deodorant yang pernah anda gunakan sebelum ini tetapi tidak berjaya menghilangkan bau badan anda.

tips hilangkan bau badan

Salah satu tips hilangkan bau badan ialah pemilihan deodorant yang sesuai.

.

2# Homemade Deodorant

Daripada mencuba deodorant di pasaran, anda juga boleh cuba menghasilkan sendiri deodorant di rumah.

Homemade deodorant tidak menghalang anda berpeluh seperti kebanyakan deodorant di pasaran (antiperspirant). Sebaliknya berfungsi menghalang penyebab bau badan iaitu bakteria.

Ada pelbagai ‘resepi’ untuk membuat homemade deodorant. Cuba beberapa ‘resepi’ sehingga anda berjaya menjumpai yang sesuai untuk anda.

Cuma anda perlu berhati-hati dengan bahan yang akan digunakan, terutamanya jika anda alah terhadap bahan itu.

.

3# Mencuci Pakaian Lebih Kerap

Tips hilangkan bau badan yang ketiga ini bukan lagi tips baru bagi kita. Takkanlah kita sudah tahu kita bermasalah bau badan tapi masih tidak mencuci pakaian dengan kerap kan? Hehe…

Tumpukan perhatian lebih kepada bahagian yang menyentuh ketiah dan kaki (contoh sarung kaki) anda.

Anda yang mengalami masalah bau badan haruslah mendobi lebih kerap daripada orang lain. Lebih-lebih lagi jika pada hari itu anda berpeluah dengan banyaknya (cuaca sangat panas).

Satu cadangan lain ialah memakai satu lapisan pakaian di bahagian dalam supaya peluh tidah melekat di baju bahagian luar. Jadi, anda cuma perlu menukar baju bahagian dalam sahaja jika baju yang di luar masih tidak berbau.

Tapi tak perlulah pakai baju yang sama sampai seminggu kan? =P

fresh laundry shaklee

Gunalah pencuci pakaian dari sumber semulajadi yang dapat menghapuskan kekotoran dan bau busuk dengan berkesan. Baca tentang Fresh Laundry Concentrate.

.

4# Material Pakaian

Kajian mendapati, material pakaian bersenam seperti polyester dan spandex ialah pusat pengumpulan kuman!

Jika anda seorang yang sangat mudah berbau badan, pilihlah jenis kain yang semulajadi seperti cotton, linen dan wool.

.

5# Cara Mendobi Pakaian

Sekiranya pakaian anda terlalu busuk, apa yang boleh anda lakukan ialah mencampurkan secawan cuka ke dalam rendaman pakaian anda.

Selain cuka, soda juga boleh digunakan semasa merendam pakaian. Cumanya tidak perlu mencampurkan kedua ini kerana masing-masing akan cancel fungsi masing-masing.

Satu tips penting semasa mendobi pakaian ialah menterbalikan pakaian anda supaya lebih mudah kotoran dan bau ditanggalkan.

Dan elakkan menggunakan dryer yang menyebabkan bau badan pada pakaian lebih sukar untuk ditanggalkan.

tips hilangkan bau badan

Berhati-hati dalam memilih pelembut pakaian. Kita nak pakaian berbau wangi tapi boleh jadi sebaliknya disebabkan pelembut pakaian yang salah.

.

6# Perlukah Pelembut Pakaian?

Kadang kala ada juga bau badan yang disebabkan oleh penggunaan pelembut pakaian.

Ini kerana pelembut pakaian yang digunakan akan berada di permukaan pakaian anda, menghalang pengaliran udara dan penyejatan.

Maknanya, anda tidak mendapat udara yang secukupnya bagi menghalang kuman penyebab bau badan.

Bila sampai masa untuk mendobi pula, menyebabkan lebih sukar pencuci pakaian untuk sampai kepada kotoran dan bau badan untung menghapuskannya.

Ada jenis pelembut pakaian yang menyebabkan kerengsaan kulit juga kan?

.

7# Elakkan Makanan Penyebab Bau Badan

Dan tips hilangkan bau badan yang terakhir ialah mengelakkan makanan penyebab bau badan. Apa yang kita makan, itulah yang akan keluar.

Antara makanan yang boleh menyebabkan bau badan lebih busuk ialah yang mengandungi sulfur seperti kubis bunga, kubis biasa dan brokoli.

Kari dan rempah ratus yang lain juga mungkin penyebab bau badan anda.

Perhatikan apa yang anda makan dan adjust mengikut badan anda.

‘You Sweat What You Eat’ 

tips hilangkan bau badan

Alfalfa Complex merupakan herba semulajadi yang membersihkan darah dan menjalankan fungsi detoksifikasi badan. Sebab itulah boleh membantu menangani masalah bau badan ini.

.

Kesimpulannya, ada bau badan sikit-sikit disebabkan aktiviti fizikal itu adalah normal. Kita pun bukan dilahirkan berbau seperti ros yang wangi kan? =)