Baru jerebu beberapa hari badan anda sudah mula menunjukkan tanda mahu demam, dah mula sakit kerongkong, batuk dan selesema?

Tidak kiralah anda berada di kawasan dengan IPU rendah, tidak sihat atau membahayakan, di ‘musim’ jerebu ini, pemakanan sihat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Terutamanya buat golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung.

Pemakanan yang sihat membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk proses-proses di dalam badan. Ini termasuklah menghalang kerosakan oleh radikal bebas, memperbaiki sel, menyingkirkan patogen yang telah ‘dibunuh’ dan sebagainya.

tips pemakanan sihat semasa jerebu

Mereka yang berada di kawasan dengan IPU “sangat tidak sihat” dan “berbahaya” lebih berisiko kesihatan terancam. (IPU = Indeks Pencemaran Udara)

.

7 Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

.

  1. Pastikan pengambilan air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, iaitu bersamaan dengan 2 liter untuk mengelakkan badan dehidrasi yang boleh lebih memudaratkan kesihatan. Air juga penting untuk proses detoksifikasi bahan tercemar yang ‘terlepas’ masuk ke dalam badan.
  2. Banyakkan juga pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat untuk meningkatkan sistem imun.
  3. Cuba mengambil makanan yang dimasak sendiri di rumah untuk mengurangkan risiko makanan yang tercemar dengan udara berjerebu. Jika terpaksa, pilihlah kedai di bangunan tertutup.
  4. Kurangkan, atau sebaiknya elakkan, minuman berkafein dan beralkohol. Ini kerana minuman-minuman ini bersifat diuretik yang akan menyebabkan kita membuang air kecil dengan lebih kerap, lalu menyebabkan dehidrasi.
  5. Makanan tinggi garam juga sebaiknya dikurangkan, kerana dikhuatiri mengakibatkan kehausan berlebihan.
  6. Amalkan makanan tinggi kandungan vitamin C, vitamin E dan omega-3 untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  7. Lebihkan makanan dengan kandungan air yang tinggi seperti sup.

.

tips pemakanan sihat semasa jerebu

Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 ialah seperti ikan laut dalam, minyak zaitun, brokoli, kekacang dan telur.

.

Kita tidak mampu menghalang kehadiran jerebu. Kita juga tidak tahu bila jerebu akan mula reda dan hilang. Apa yang kita boleh lakukan ialah membina benteng pertahanan yang kuat untuk mencegah daripada penyakit yang lebih membahayakan.

Baca juga beberapa Tips Hadapi Jerebu Untuk Kekal Sihat dan Cara Pakai Mask Muka Yang Betul Semasa Jerebu.

.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat