Kalau anda sangkakan tidur 8 hingga 10 jam sehari itu ialah tidur yang cukup, tanggapan anda itu sebenarnya salah!

Tidur yang cukup bukan 100% bergantung kepada berapa jam yang anda dapat tidur setiap hari. Tetapi kualiti tidur juga penentu kecukupan tidur anda.

.

Kitaran Tidur

.

Sepanjang tidur, badan kita melalui peringkat berbeza dalam kitar tidur.

Tidur lena (deep sleep) contohnya, ialah peringkat yang anda perlukan untuk bangun pagi dengan rasa segar dan fully recharged.

Amnya, kitar tidur boleh dibahagikan kepada 2 kategori – REM (rapid eye movement) dan bukan REM (non-REM).

Bukan REM (non-REM)

.

Semasa anda mula-mula masuk tidur, peringkat bukan REM ini akan diaktifkan.

Fungsi-fungsi badan seperti denyutan jantung, kadar pernafasan, wave dalam otak dan lain-lain, akan mula menjadi perlahan. Otot-otot juga akan mula ‘berehat’ dan sesekali akan twitch.

Seterusnya, suhu badan akan mula menurun, pergerakan mata akan terhenti dan sistem-sistem badan juga akan mula ‘berehat’.

Deep sleep terjadi di penghujung peringkat bukan REM ini :

  • denyutan jantung dan kadar pernafasan adalah pada tahap paling perlahan
  • wave dalam otak menjadi paling perlahan
  • anda tidak mungkin boleh dibangunkan dengan mudah semasa deep sleep ini

.

Rapid Eye Movement (REM)

.

Di peringkat ini pula, seperti namanya “rapid eye movement“, pergerakan mata dari kiri ke kanan dan sebaliknya menjadi cepat.

Selain itu, akan terjadi juga perkara-perkara di bawah:

  • anda mengalami mimpi di peringkat ini
  • jantung berdenyut lebih laju sehingga menghampiri kadar semasa sedar
  • pernafasan juga berlaku pada kadar yang lebih cepat
  • otot-otot terus ‘berehat’ sehingga boleh dikatakan anda mengalami ‘lumpuh’ sementara ketika ini

Kepentingan Deep Sleep

.

Walaupun deep sleep terjadi sepanjang 45 hingga 90 minit bagi setiap kitar tidur, mendapat deep sleep yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan.

Salah satunya ialah metabolisma gula dalam otak meningkat semasa deep sleep. Ini menyokong memori jangka pendek dan jangka panjang, sekaligus menyokong pembelajaran setiap hari.

Di samping itu, semasa deep sleep juga akan dirembeskan hormon-hormon penting. Sebagai contoh kanak-kanak tidur lebih lama, lebih banyak deep sleep, lebih banyak terhasilnya hormon pertumbuhan yang membantu pertumbuhan sihat mereka.

Antara lain, manfaat deep sleep termasuk juga :

  • recharge tenaga
  • penghasilan sel-sel baru
  • meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
  • menggalakkan pembaikan tisu dan tulang
  • menguatkan sistem imun

.

Jadi, kalau anda tidak mendapat deep sleep dan tidur yang cukup, untuk jangka masa panjang apakah akibatnya?

.

Oleh kerana deep sleep ialah peringkat di mana maklumat yang diperoleh akan diproses, tidur tidak atau kurang berkualiti menyebabkan maklumat ini tidak dapat ditukarkan kepada memori.

Ia juga dikaitkan dengan penyakit Alzheimer (nyanyuk), serangan jantung, kencing manis dan strok!

Jadi, jika setiap pagi anda bangun keletihan walaupun telah tidur berjam-jam lamanya, anda mungkin tidak mendapat deep sleep yang sepatutnya.

7 Tips Dapatkan Tidur Yang Cukup dan Berkualiti

.

Untuk anda yang telah sekian lama rasanya tidak mendapat tidur yang lena, bolehlah cuba tips-tips ini :

  1. Mandi air suam sebelum tidur kerana suhu suam-suam membantu tidur lena.
  2. Tidur dan bangun pada waktu yang (hampir) sama setiap hari untuk mencipta ‘jam’ sendiri.
  3. Senaman ringkas 20 hingga 30 minit sehari membantu tidur yang lena. Cuma elakkan bersenam sebelum tidur.
  4. Elakkan mengambil minuman berkafein sebelum tidur. Lebih baik ambil air kosong sahaja sekiranya dahaga sebelum tidur.
  5. Jadikan sesuatu sebagai rutin sebelum tidur contohnya membaca buku.
  6. Tutup lampu dan hindari bunyi bising dalam bilik tidur untuk environment yang sesuai untuk tidur lena.
  7. Cuba tukar bantal baru yang lebih selesa sekiranya bantal itu penyebab anda tidak dapat tidur dengan baik.
  8. Ambil kalsium dan magnesium sebelum tidur. (Baca Ostematrix, sumber kalsium lengkap terbaik)

.

Kaitan Kalsium dan Tidur

.

Insomnia ialah keadaan di mana anda mengalami kesukaran untuk tidur atau kekal tidur lena untuk jangka masa yang anda rasa ‘cukup’ rehat.

Kebanyakan pesakit yang mengambil pil tidur untuk jangka masa panjang, boleh mengalami pelbagai kesan sampingan.

Ubat yang berada di dalam darah lebih lama mengakibatkan hangover. Risiko kemalangan juga menjadi lebih tinggi. Lebih teruk lagi boleh mengganggu memori dan kebolehan bekerja dan di rumah.

Dari perspektif nutrisi, beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti mineral yang berfaedah untuk membantu tidur yang cukup.

James F. Balch, MD, di dalam bukunya bertajuk “Prescription forĀ Nutritional Healing” menyatakan;

“Kekurangan kalsium dan magnesium menyebabkan anda terjaga selepas beberapa jam dan sukar untuk melelapkan mata semula.”

Kalsium berkait rapat dengan kitar tidur. Dalam satu kajian mendapati paras kalsium adalah tertinggi semasa fasa deep sleep. Dari kajian itu juga mendapati, masalah tidur terbukti berkaitan dengan kekurangan kalsium apabila fasa tidur kembali normal selepas kalsium berada pada paras normal.

Sementara itu, William Sears, MD, pula menulis, “Kalsium membantu otak menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan yang merangsang tidur iaitu melatonin”.

.

Bagaimana Pula Kaitan Magnesium dan Tidur?

.

Simptom utama kekurangan magnesium ialah insomnia yang kronik. Di mana pesakit mengalami masalah terjaga dari tidur berkali-kali.

Satu kajian dijalankan, membuktikan diet tinggi magnesium berkait rapat dengan tidur lena dan tidak mudah terganggu.

Magnesium dikatakan membantu tidur kerana ia mengaktifkan neurotransmitter yang bertanggungjawab memberi rasa tenang dan ‘relax‘.

Oleh yang demikian, untuk hasil yang terbaik, disarankan pengambilan kalsium dan magnesium untuk membantu tidur yang lena.

.

Sumber:

  1. Medical News Today
  2. Healthline
  3. Magnesium dan Masalah Tidur

Categories

WhatsApp chat