Mendebarkan btol menunggu keputusan PRU 14 kali ni kan. Kalau kebiasaannya sebelum-sebelum ini, around 7-9 malam, kita dah dapat berita rasmi akan keputusan pilihanraya.

Tapi tidak untuk PRU kali ini. Sebabnya sejak sebelum pilihanraya lagi, dah ada hint-hint yang menunjukkan kemungkinan Barisan Nasional yang dah lebih 60 tahun memerintah akan jatuh!

Jadi, sementara pengiraan dilakukan, macam-macam berita yang disampaikan dari media sosial sepanjang malam! Sehingga jam 12 pagi pun, berita rasmi yang ditunjukkan di kaca TV seperti yang disebarkan di Whatsapp pukul 8 malam!

keputusan pru 14

Ain dah undi seawal 8 pagi 9 Mei 2018 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.

.

Pagi semalam, seawal 7 lebih pagi Ain dan mak Ain berjalan ke Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Nasib baiklah dekat sangat sekolah rendah ni, cuma 5 minit berjalan je dari rumah mak. Menjejakkan kaki ke sekolah ni, on off datanglah kenangan masa bersekolah rendah di sini dahulu. Dari darjah 2 hingga darjah 6 macam-macam kenangan dan wajah kawan-kawan baik menerpa ingatan.

Jam 7 lebih kami sangkakan agak awal juga. Tetapi sebaik sampai di khemah semakan, dah mula nampak orang ramai mula menyerbu sekolah. Selepas semakan, kami diberi kertas bertulis saluran dan nombor siri. Mak Ain saluran 3 dan Ain saluran 6.

Agak lega bila sampai sahaja ke kelas saluran 6, barisan masih boleh tahan. Ain beratur di pintu belakang kelas. Elok je depan Ain ialah junior sekolah rendah ni dulu. Wah, nasib baik ada kawan nak sembang. Tak la bosan sementara menunggu giliran nak mengundi. Setengah jam beratur dan bersembang, akhirnya selesai menunaikan tanggungjawab.

Kali ini ialah kali kedua Ain mengundi. Mula ada kesedaran untuk mengundi sejak penggal lepas. Penggal kali ini pula lain macam feeling dia, lain macam semangatnya. Sebab personally, Ain sendiri rasakan yang negara berada dalam keadaan yang membimbangkan. Kalau dah Ain yang bukan jenis up-to-date dengan poitik pun boleh rasa macam ni, apakan pula yang memang berpengalaman dalam bidang politik.

So, apa keputusan PRU 14 ni?

Back to the story…

Tunggu punya tunggu keputusan PRU 14 dari pukul 9 malam sampai 1 pagi lebih, akhirnya Ain tewas! Ngantuk sangat ooo, mata nak tutup tapi hati nak berjaga. Dah acaner tu kan? Haha!

Pukul 4 pagi terjaga terus teringat keputusan PRU. Dah announce ke belum. Dan akhirnya persoalan terjawab…

Berikut ialah jumlah kerusi parlimen yang dimenangi mengikut parti, seperti yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) :

  • Barisan Nasional (BN) 79 kerusi
  • Parti Islam Semalaya (PAS) 18 kerusi
  • DAP 8 kerusi
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) 105 kerusi
  • Warisan 8 kerusi
  • Parti Solidariti Tanah Airku 1 kerusi
  • Bebas 4 kerusi

.

Dengan ini, Pakatan Harapan memenangai simple majoriti untuk memerintah negara. Pertama kali dalam sejarah pemerintahan Malaysia, Barisan Nasional akhirnya tumpas di tangan pihak pembangkang!

Tahniah buat Pakatan Harapan yang memberi harapan baru buat rakyat Malaysia.

keputusan pru 14

Di atas ialah 10 manifesto yang Pakatan Harapan janji untuk sempurnakan dalam masa 100 hari dari pemerintahan PH di Malaysia.

Sesungguhnya keputusan PRU 14 ini membuktikan suara rakyat sangat berkuasa. Terimalah keputusan ini dengan berlapang dada, doakan yang baik-baik sahaja demi negara tercinta kita. 🙂