“Morning sickness dan evening sickness tak larat sampai lembik” (Azniwati Azniwati)
“Makan ke minum memang muntah tak sampai 10 minit. Pergi mana2 bawak je plastik gulung tu sampai la masuk 9 bulan baru dapat merasa kenyang apa yang dimakan” (Nur Ain)
“Sickness” (Syarina Azreen Osman)
“Loya. Makan muntah makan muntah” (Eiha Zain)
“Kalau Ifa, alahan doc Ain!” (Noor Afifah Mohd Baharuddin)
“Hyperem. Itu la yang paling saya tak tahan” (Maznee Md Sapar)
Nampak sangat kebanyakan wanita, bila hamil, masalah first yang menerjah ialah alahan mengandung.
.
Info Ringkas Tentang Alahan Mengandung
.
1. Bila UPT dah positif tu, tiba2 ibu hamil alami pening2, sakit kepala, loya tekak dan muntah2, itulah alahan mengandung.
2. Punca terjadinya alahan mengandung ialah kerana faktor perubahan hormon
3. Alahan mengandung ni secara amnya tidak membahayakan tetapi kebanyakannya mengganggu. Muntah sekali dalam sehari pun kadang rasa tak seronok, apakan pula muntah berkali2 setiap hari!
4. Alahan mengandung berlaku semasa trimester pertama, boleh berlanjutan semasa 3 hingga 4 minggu, dan kebanyakannya hilang apabila memasuki trimester kedua.
5. Masalah alahan semasa mengandung yang teruk dipanggil hyperemesis gravidarum (HG) – loya dan muntah yang berterusan, makanan minuman (even air kosong) apa pun tak boleh masuk, lalu boleh mengakibatkan dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan & penurunan berat badan melebihi 5%.
6. Hanya kira-kira 0.3 – 2% sahaja kes HG yang memerlukan admission ke hospital untuk drip (Ain la tu salah seorang – 2 kali pregnant, ketone 3+ (bermaksud sangat dehydrate), turun 4kg, admit 4 hari).
.
So, Apa Nak Buat Kalau Ada Alahan Mengandung?
.
Berdasarkan kajian, vitamin B6 (pyridoxine) membantu ibu hamil yang mengalami alahan mengandung.
Halia juga terbukti berkesan membantu ibu2 yang mengalami alahan ini.
Ubat tahan muntah Metoclopromide (Maxolon) telah terbukti selamat untuk diambil ibu mengandung. Berdasarkan kajian, ianya TIDAK meningkatkan risiko kecacatan kongenital, low birth weight, kelahiran pramatang dan kemstian bayi dalam kandungan.
Baca juga entri tentang Ubat Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung.
Antara lain, saranan diet ibu hamil yang mengalami alahan ialah seperti berikut:
- Makan apabila lapar, tak kira waktu rutin
- Makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap
- ELAKKAN makanan berminyak, pedas & bau meloyakan (ikut masing2, ada yang tak boleh bau ikan la, kari la, dan sebagainya)
- Ambil tablet zat besi hanya selepas hilang alahan sahaja (salah satu kesan sampingan zat besi ialah loya dan muntah)
- Digalakkan mengambil teh herba, halia dan peppermint untuk membantu menangani loya tekak
Berdasarkan kajian juga, pengambilan vitamin2 prenatal sebelum kehamilan akan mengurangkan risiko loya dan muntah disebabkan alahan mengandung.
So yang sedang merancang tu make sure ambil prenatal vitamins sebaik-baiknya 3 bulan sebelum conception ya.
Last but not least, kalau dah teruk sangat tu, mintak sahaja suami atau family bawa ke hospital untuk drip, monitoring & investigation yang perlu.
.
.
.
Nak jadi seorang ibu bukanlah satu tugas yang kecil.
Anggap je semua ni ‘preparations’ untuk menghadapi dugaan yang lebih besar lepas baby dilahirkan, nak membesarkan mereka & yang paling penting nak jadikan mereka MANUSIA.
Peringatan untuk diri sendiri yang leka dan alpa juga.
Kena jugaklah morning sickness ni … masuk 4 bulan hilang, selera apa lagi semakin menjadi jadilah nafsu makan…..Sampai sekaranglah berat tak turun turun hihi