anak picky eater

“Anak saya ni apa pun tak mau makan. Nak minum susu botol je. Sehari sampai 4-5 botol minum. Nasi pun 2-3 suap je pastu tak nak dah.”

“Saya dah cuba bagi anak macam-macam tapi semua diluahkan semula. Dia tak nak makan lah doktor. Apa perlu saya buat ya?”

Demikianlah dilema ibu-ibu atau bapa-bapa dengan kerenah anak-anak yang picky eater. Bukan main memilih makanan – yang merapu macam biskut, coklat, jajan dan aiskrim bukan main laju lagi. Tapi kalau nasi berlauk pandang pun tak mahu.

Jangan cepat mengeluh ibu bapa sekalian. Pertama kita cari dulu apa punca anak picky eater.

Berdasarkan kajian, kebanyakan punca anak-anak makan memilih ialah ibu bapa sendiri!

Wah, macam mana pulak tu kan?

Sejak kecil lagi, ibu bapa lah yang pertama-tamanya memperkenalkan makanan dan minuman kepada anak-anak. Membesarkan anak ini, memerlukan ilmu sepanjang hayat. Ada kalanya kita rasa buntu tak tahu apa nak buat untuk kebaikan anak-anak. Macam tu juga dengan pemakanan anak-anak.

Anak-anak TIDAK PERNAH terus tahu jenis-jenis makanan dan minuman yang ada, sehinggalah anda memperkenalkannya.

Mari kita tengok satu-persatu apa ‘kesalahan‘ kita sebagai ibu bapa yang menyebabkan anak jadi seorang picky eater.

.

1# Kita Sendiri Adalah Contoh Tak Baik Untuk Anak-anak

Anak-anak ibarat kain putih yang bersih tanpa kekotoran dan apa-apa warna. Kitalah yang mencorakkan kain putih ini.

Kalau di mulut suruh anak makan itu ini, tapi di ‘belakang tabir’ kita sendiri makan fast food, minum air bergas dan sebagainya, dah macam mana tu?

Pulak tu, buatnya anak-anak ternampak plastik atau kotak fast food, ditanya pula mana untuk mereka?

Jadi, untuk mengubah tabiat pemakanan anak-anak, kita kenalah ubah dulu diri kita

sendiri. Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak.

Sebab itu dikatakan, punca penyakit ‘keturunan’ (contoh kencing manis, darah tinggi) ialah apa yang diperturunkan kepada anak-anak (cara pemakanan dan gaya hidup tak sihat). Mak ayah suka makan manis, anak-anak pun turut sama makan minum manis berlebihan. Macam mana la tak ‘mewarisi’ penyakit kencing manis tu.

So, nak anak anda tak makan memilih, anda sendiri perlu mengubah diri untuk makan semua benda berkhasiat. Tak nak anak-anak anda suka makan fast food yang boleh memudaratkan, elakkan diri sendiri suka makan fast food juga. Gitewww…

Fikirkan semua. Perubahan yang bakal anda lakukan adalah demi anak-anak yang utamanya. Anda pula automatik akan sihat juga secara tidak langsung. 🙂

.

anak picky eater

.

2# Anak-anak Lebih Gemarkan Snek

Dah siapa yang bagi anak-anak snek tu? Mereka sendirikah yang membeli atau meminta dari kedai?

Mestilah anda yang beri sebab kasihankan anak tak nak makan nasi!

Memberi anak-anak snek yang tinggi kandungan garam dan MSG boleh mengganggu perut anak-anak, menyebabkan ketagihan terhadap snek ini, dan menolak makanan berkhasiat dan lebih mengenyangkan, menjadikan mereka picky eater.

Anda yang beri, kemudian anda yang katakan anak anda makan memiih?

Lepas tu anda pula merungut berat anak tak naik-naik, saiz badan pun kecil berbanding kanak-kanak lain, setiap bulan pula asyik demam dan mudah jatuh sakit.

Ingat ya. Ibu bapa lah yang sepatutnya menentukan apa makanan atau minuman yang diberi kepada anak-anak. Bukan mereka yang tentukan apa yang mereka mahu makan atau minum.

Bertegas untuk kebaikan tidak pernah salah!

anak picky eater

Anak picky eater bukan alasan untuk anda beri makanan yang bukan-bukan kepada mereka.

.

3# Anak Tertekan

Boleh jadi juga anak anda tertekan kerana anda terlalu memaksa anak-anak anda makan.

Bila tiba masa makan, tidak perlu letakkan amaun makanan yang banyak untuk perut anak yang kecil. Berilah peluang anak-anak berfikir positif.

“Nasi ni sikit je pun. Mesti boleh habis punyalah”

Kata-kata semasa anak-anak sedang makan juga penting. Cubalah memuji melambung-lambung jika anak anda berjaya habiskan sesuatu.

Contoh, anak hanya makan ikan sahaja, tetapi tidak menghabiskan nasi. Puji sahaja dengan mengatakan contohnya, “wah, bagusnya adik habiskan ikan. Patutlah adik kuat. Tapi kalau dihabiskan nasi juga mesti lagi kuat dan sihat.”

Usaha untuk menjayakan sesuatu tak semestinya akan berjaya dengan cubaan pertama, kedua atau ketiga.

Anda sebagai ibu bapa perlu teruskan usaha dan terus bersabar dengan berdoa yang akhirnya pasti akan membuahkan hasil. Yang penting, anda terus mencuba.

.

4# Anda Paksa Anak-anak Makan

Ya. Memang anda mengharapkan anak-anak suka makan sayur dan buah. Tetapi dalam masa yang sama anak anda tak macam tu!

Akhirnya, anda naik berang dan paksa anak-anak makan makanan yang anda mahukan.

Kalau begitu apa kata anda pula yang dipaksa makan semua itu? Mestilah anda pun tak suka dipaksa kan?

So, berilah peluang untuk anak memilih. Kalau pilihannya tidak baik, jelaskan kenapa tak baik. Cadangkan juga kenapa makanan itu ini pula yang bagus.

Kata-kata yang diulang berkali-kali akan lebih mengaktifkan minda separa sedar anak-anak. Sebagai ibu bapa juga, sentiasa ingat yang anda perlu terus berfikiran positif.

anak picky eater

Nak menangani anak picky eater bukan sesuatu yang mudah. Ibu bapa memainkan peranan terpenting dalam hal ini.

.

Jadi…Apa Yang Anda Boleh Buat?

Tips-tips ini adalah untuk yang baru hendak memperkenalkan makanan kepada bayi contohnya yang berusia 6 bulan ke atas.

Mula-mula, bertenang dan katakan pada diri anda yang memperkenalkan makanan kepada bayi adalah suatu perkara baru. Perkara baru memerlukan masa dan that’s ok.

Anda boleh cuba makanan dengan perasa yang sama sekurang-kurangnya 15 kali untuk merangsang deria rasa bayi. Sebagai contoh, berikan bayi anda puri kentang sebanyak paling kurang 15 kali supaya bayi lebih biasa dengan rasa kentang itu dan menerimanya.

Ni ramai saja ibu bapa yang bila ditanya berapa kali dah mencuba bagi anak-anak makan? Kata mereka baru cuba 3-4 kali…

Selain itu, cuba flashback semula, masa anda beri bayi anda makan. Adakah selepas menyusu (atau minum susu)? Kalau bayi anda menolak makanan, kemungkinan juga bayi anda tak berasa lapar lagi.

Boleh juga cuba mencampurkan dengan makanan atau minuman lain yang memang mereka suka. Contohnya ialah mencampurkan jus oren segar bersama susu yang mereka minum.

meal shakes shaklee

Meal Shakes suplemen multivitamin untuk kanak-kanak yang tinggi serat dan membantu melengkapkan nutrisi harian anak anda.

.

Akhir kata, teruskan berusaha, teruskan mencuba dan teruskan berdoa. Siapa lagi nak pastikan kebaikan untuk anak-anak kalau bukan kita sebagai ibu bapa?

Sebelum meletakkan noktah pada entri ini, Ain mohon maaf kalau ada terkasar bahasa terguris perasaan. Ain juga seorang ibu, seorang manusia biasa yang banyak membuat silap.

Tapi Ain pasti, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? 🙂