apa itu healing crisis

Healing Crisis ialah tindak balas badan anda terhadap proses ‘pembersihan’.

Bayangkan selama bertahun-tahun lamanya badan anda mengumpul toksin setiap hari.

Jangan kata anda tak pernah ada toksin ya.

Sebab toksin boleh hadir dari mana-mana sahaja setiap hari.

Dari persekitaran yang tercemar, pemakanan tidak sihat, stress, bahan kimia (contoh : mekap) dan sebagainya.

.

Bukankah Badan Kita Sudah Ada Sistem Detox Sendiri?

.

Ya, badan kita sudah ada sistem detox tersendiri secara semuajadinya.

Kulit membuang toksin melalui peluh, kita bernafas keluar mengeluarkan karbon dioksida yang telah digunakan, hati dan buah pinggang menapis dan menyingkirkan bahan kumuh dan lain-lain.

Tapi ingat! Badan kita pun ada limit ‘kesabaran’ juga. Hehe…

apa itu healing crisis

Toksin yang berlebihan membebankan sistem detox badan tadi!

Akibatnya, badan tidak berupaya untuk menyingkirkan kesemua toksin tadi secara total.

Tinggallah yang lebih-lebih tu di dalam badan, menyebabkan simptom-simptom tak spesifik seperti pening, naik jerawat berterusan, berat badan makin naik, kerap perut berangin dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga kuman yang boleh menghasilkan endotoksin.

Endotoksin pula akan mengaktifkan respon keradangan badan, memburukkan lagi kesan yang anda akan rasa.

Sampai satu masa apabila anda telah ‘insof’ dan mula mengamalkan pemakanan sihat, tiba-tiba anda rasa semakin sakit pula.

Jerawat naik lebih subur di muka, kulit kegatalan yang teramat, sakit perut memulas-mulas teruk…semua ni adalah tindak balas badan untuk membuang toksin tadi. Inilah apa itu healing crisis.

.

Kenapa Jadi Macam Tu Ya?

.

Ceritanya macam ni. Apabila ‘rumah’ toksin tadi diganggu, toksin tadi akan ‘dihalau’ keluar masuk ke dalam darah.

Ini menyebabkan secara mendadak paras toksin dalam darah menjadi tinggi.

Lalu mekanisma semulajadi badan kita yang bijak ini, of course lah hendak menyingkirkan benda yang tak elok ini.

Sebab itu kebiasaanya, seseorang dikatakan mengalami healing crisis dengan simptom yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

Sebagai contoh, mereka yang ada resdung, apabila consume Alfalfa akan mula bersin tak henti-henti, tanda badan sedang ‘menerima’ Alfalfa itu.

Yang ada masalah berat badan berlebihan, lepas makan Herblax akan mengalami perut memulas dan pening kepala.

Dan banyak lagi.

Seteruk mana healing crisis seseorang, bergantung kepada diri sendiri.

Ada yang tidak mengalami apa-apa masalah langsung, ada juga yang mengalami simptom yang teruk!

.

So, Nak Buat Apa Kalau Alami Healing Crisis?

.

Jumpa doktor dahulu untuk exclude sebab-sebab perubatan.

Macam kalau alami cirit-birit, mungkin juga disebabkan jangkitan usus.

Untuk yang sakit kepala atau pening pula, disarankan check tekanan darah juga.

Tambahan kalau anda juga ada risiko darah tinggi (keturunan, kolesterol tinggi, usia).

Bila dah jumpa doktor check semuanya normal, ditambah pula sejarah baru sahaja mencuba apa-apa suplemen, besar kemungkinan anda mengalami healing crisis.

.

Apa Itu Healing Crisis : 9 Tips Menanganinya

.

Sekiranya anda yakin anda mengalami healing crisis, berikut ialah tips yang anda boleh lakukan:

  1. Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 2 liter sehari, sebaik-baiknya 3 liter sehari.
  2. Ambil dos suplemen itu separuh dari yang anda telah makan. Kalau ambil Alfalfa 6 biji jadi gatal teruk, boleh cuba ambil 2-4 biji dahulu sehingga anda dah rasa ok. Kalau nak stop sementara dahulu pun ok. Bila start balik, start dengan dos rendah.
  3. Tidur awal dan cukup untuk membenarkan proses penyembuhan berjalan lancar (tenaga difokuskan untuk penyembuhan sahaja). Semasa tidur juga, hormon cortisol, stress dan kesakitan yang boleh menyebabkan radang berada pada tahap yang lebih rendah.
  4. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran untuk melancarkan pencernaan.
  5. Mengamalkan probiotik kerana probiotik mengandungi bakteria ‘baik’ yang menyokong kesihatan usus.
  6. Detox dengan antioksidan dan polifenol kerana ‘mereka’ ini meningkatkan sistem imun badan untuk membunuh kuman jahat.
  7. Cuba ambil makanan yang mengandungi sulfur. Sulfur meningkatkan sistem antioksidan semulajadi badan seperti glutathione. Selain itu, sulfur juga mengandungi quarcetin yang membantu mengurangkan keradangan, memperbaiki proses detoksifikasi dan mengurangkan endotoksin di dalam darah dan tisu.
  8. Berpuasa merehatkan usus. Jadi, tenaga yang ada dapat difokuskan kepada penyembuhan krisis ini.
  9. Terimalah yang anda terpaksa ‘sakit’ dahulu sebelum betul2 sihat. Healing crisis ialah proses fisiologi yang normal.

Kesimpulannya, in short tentang healing crisis ialah…

You become worse before you become better

Pelangi pun hadir hanya selepas hujan. Tak hujan, tak ada la pelangi. Kan?

healing crisis

Apa Itu Healing Crisis : Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.