apa itu pcos

PCOS amat terkenal sebagai salah satu punca ketidaksuburan yang menghalang wanita-wanita daripada mengandung dan menimang cahaya mata. Kira-kira 1 daripada 10 orang wanita mengalami PCOS dan sebanyak 70% PCOS adalah tidak didiagnos! (iaitu, wanita itu tidak tahu pun yang dia mengalami masalah PCOS)

Dalam entri kali ini, mari kita kenali lebih dekat tentang PCOS, punca ia terjadi, komplikasi-komplikasi jika tidak dirawat dan cara mengatasinya.

.

Apa Itu PCOS?

.

PCOS ialah singkatan bagi Polycystic Ovarian Syndrome yang boleh didagnos apabila pesakit mempunyai 2 daripada 3 perkara ini – beberapa cyst dalam ovary (melalui ultrasound), paras hormon lelaki yang lebih tinggi daripada normal (ujian darah), masalah haid yang tidah teratur.

Sebenarnya perkataan “polycystic” itu sendiri bermaksud banyak cyst (poly = banyak).

Punca sebenar PCOS tidak dapat dikenalpasti. Namun, dipercayai berpunca daripada paras hormon lelaki (androgen) yang tinggi. Ini boleh disebabkan oleh faktor genetik, kerintangan terhadap insulin dan keradangan.

Mereka yang bermasalah obesiti mempunyai tahap kerintangan insulin (insulin resistance) yang tinggi, di mana sel-sel tidak dapat menggunakan insulin dengan baik. Apabila ini terjadi, permintaan terhadap insulin meningkat, merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih insulin (padahal tidak dapat digunakan dengan baik). Paras insulin yang tinggi inilah yang akan merangsang penghasilan hormon androgen yang banyak!

apa itu pcos

Salah satu simptom PCOS ialah munculnya rerambut di bahagian-bahagian seperti pada lelaki seperti misai dan janggut, kerana paras hormon androgen yang lebih tinggi dari normal.

.

Tanda-tanda PCOS

.

Oleh kerana itu, wanita yang mengalami PCOS kebiasaannya mempunyai tanda-tanda berikut:

  • gangguan haid (tidak teratur, haid tak datang, dan lain-lain)
  • mood swing
  • masalah jerawat
  • keletihan (kerana kerintangan insulin)
  • munculnya rambut seperti lelaki (contoh misai, janggut)
  • pertambahan berat badan dan masalah obesiti
  • keinginan seksual terganggu
  • sukar untuk hamil
  • tekanan darah tinggi
  • paras gula tinggi

.

Awas Jika Masalah PCOS Tidak Dirawat!

.

Wanita penderita PCOS bukan sahaja mempunyai masalah ketidaksuburan, tetapi juga berisiko masalah-masalah kesihatan yang lain:

  1. Sindrom Metabolik (metabolic syndrome), iaitu gabungan paras gula yang tinggi, tekanan darah yang tinggi, paras HDL (kolesterol “baik”) yang rendah dan paras LDL (kolesterl “jahat”) yang tinggi. Ini seterusnya meningkatkan risiko
  2. kencing manis dan,
  3. darah tinggi.
  4. Sleep apnea – berhenti bernafas secara tiba-tiba ketika sedang tidur tanpa disedari.
  5. Kanser rahim (endometrial cancer) yang boleh berlaku kerana lapisan dalam rahim yang tidak ‘meluruh’ (kerana PCOS mengganggu kitar haid, menyebabkan haid tidak datang).
  6. Kemurungan kerana munculnya rambut di bahagian-bahagian yang tidak diingini

.

apa itu pcos

.

Rawatan PCOS

.

CARA HIDUP SIHAT

Pesakit PCOS yang mempunyai masalah berat badan disarankan penurunan berat badan sebanyak 5-10%. Penurunan yang sedikit ini sahaja berupaya memperbaiki simptom-simptom yang dihadapi dan kitaran haid.

Dengan menurunkan berat badan juga dapat memperbaiki paras kolesterol, menurunkan kerintangan insulin, mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

Diet yang disarankan pula ialah diet rendah kalori, makanan dengan indeks glisemik rendah dan lebihkan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Amat digalakkan juga pesakit untuk melakukan senaman intensiti sederhana selama 30 minit, sebanyak tiga kali seminggu.

.

UBAT

Sekiranya mengubah cara hidup tidak berjaya membantu pesakit, antara ubat yang diberikan ialah:

  • Pil perancang yang mengandungi hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalkan keseimbangan hormon dan mengawal ovulasi untuk masalah haid
  • Tablet kencing manis seperti Metformin
  • Ubat untuk kesuburan seperti Clomiphene (Clomid)

Pembedahan (ovarian drilling) pula akan dipertimbangan untuk sesetengah pesakit.

.

SUPLEMEN

Pengambilan suplemen adalah sekadar menyokong nutrisi pesakit.

Rujuk entri Cadangan Suplemen PCOS Sebagai Ikhtiar untuk bacaan lanjut.

apa itu pcos

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth, Sungai Dua, Seberang Jaya, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak