Tahukah anda, tangisan bayi baru lahir sehingga usia 3 bulan dipanggil reflex bunyi?

Hipotesis ini dikemukakan oleh seorang mezzo-soprano warga Australia, Priscilla Dunstan.

Hipotesis ini pernah disiarkan di dalam rancangan televisyen ‘The Oprah Winfrey Show‘ suatu ketika dahulu.

Menurut Dunstan, setiap daripada kita mempunyai reflex tertentu. Contohnya sendawa, sedu dan bersin.

Apabila bunyi bercampur dengan reflex ianya akan menghasilkan satu bunyi yang boleh dikenalpasti.

Contohnya ‘burp‘ ialah bunyi sendawa dan sebagainya.

Begitu juga dengan tangisan bayi baru lahir.

Mereka juga mempunyai reflex tertentu yang bercampur dengan bunyi tertentu. Dan seterusnya menghasilkan tangisan-tangisan yang berbeza.

Tangisan-tangisan bayi ini, menunjukkan bayi sedang ‘meminta’ keperluan mereka seperti lapar, mengantuk, tidak selesa dan lain-lain.

.

5 JENIS TANGISAN BAYI BARU LAHIR

.

Berdasarkan hipotesis Dunstan, terdapat lima jenis tangisan bayi baru lahir sehingga usia tiga bulan iaitu:

1) ‘Neh‘ yang bermaksud “saya lapar”. Tangisan ini dihasilkan apabila reflex menghisap diaktifkan dan lidah ditekan ke atas lelangit.

2) ‘Owh‘ yang bermaksud “saya mengantuk”. Tangisan ini dihasilkan apabila bayi menguap menandakan bayi letih dan mahu tidur.

3) ‘Heh‘ yang bermaksud “saya sedang tak selesa”. Tangisan ini dihasilkan daripada reflex pada kulit seperti bayi membuang air besar, atau tidak selesa dalam apa jua keadaan.

4) ‘Eairh‘ yang bermaksud “saya nak kentut”. Tangisan ini dihasilkan daripada udara yang terperangkap di dalam perut, sementara usus menjadi ‘ketat’ untuk memaksa udara itu keluar. Kebiasaannya, bayi akan melipat kaki ke arah badan untuk membantu proses ini.

5) ‘Eh‘ yang bermaksud “saya nak sendawa”. Tangisan ini dihasilkan apabila udara yang banyak terperangkap di bahagian dada bayi dan reflex badan cuba untuk mengeluarkan udara ini.

Dunstan menyatakan bahawa sejak kecil, beliau mempunyai memori fonografik (boleh mengingat sesuatu bunyi dengan spesifik).

Dan daripada pengalaman beliau di opera dan pengalaman sebagai seorang ibu, menjadikan beliau boleh membezakan tangisan-tangisan bayi ini.

Berikut ialah video dari Youtube mengenai Dunstan berkongsi tentang Bahasa Bayi Dunstan.

Video ini ialah daripada rancangan ‘The Oprah Winfrey Show‘ pada suatu masa dahulu.

Wallahu’alam. 🙂