3 Cara Daftar Vaksin Covid

3 Cara Daftar Vaksin Covid

Setakat hari ini, terdapat 3 cara daftar vaksin covid 19 yang boleh anda gunakan.

.

Cara Daftar Vaksin Covid 19 : Aplikasi MySejahtera

.

cara daftar vaksin covid

Cara yang paling disarankan untuk pendaftaran mendapatkan vaksin covid-19 ialah menggunakan aplikasi MySejahtera, kerana semua maklumat sudah berada di dalam rekod pangkalan data.

Untuk mendaftar, ikuti 6 langkah mudah ini menggunakan telefon bimbit anda:

  1. Pastikan anda mengemaskini terlebih dahulu aplikasi MySejahter anda melalui AppStore atau Google Play Store atau HUAWEI AppGallery, bergantung kepada jenis telefon bimbit anda.
  2. Klik logo “Vaksinasi Covid-19”.
  3. Klik “Vaksin untuk (nama anda)” serta sahkan maklumat anda. Pastikan semua maklumat sama dengan yang terdapat pada kad pengenalan anda termasuk Bin/Binti.
  4. Klik “DI SINI” untuk memberikan maklumat tambahan jika ada.
  5. Jawab soalan yang dikemukakan.
  6. Klik “HANTAR’ setelah selesai.

.

Pendaftaran melalui aplikasi ini hanya boleh dilakukan untuk pemilik telefon bimbit masing-masing sahaja. Iaitu anda tidak boleh mendaftarkan untuk orang lain menggunakan aplikasi MySejahtera anda. Kalau tolong daftarkan untuk orang A menggunakan telefon bimbit si A, ini boleh.

.

Cara Daftar Vaksin Covid 19 : Laman Web

.

cara daftar vaksin covid

Bagi anda yang tidak mempunyai telefon bimbit atau tidak memuat tutun aplikasi MySejahtera, anda masih berpeluang mendaftar untuk mendapatkan vaksin covid 19 iaitu melalui laman web.

Contohnya si anak nak daftarkan untuk ibu ayah yang tiada telefon bimbit.

Caranya:

  1. Layari laman web www.vaksincovid.gov.my.
  2. Klik “Daftar Sekarang” (Daftar Untuk Vaksinasi Hari Ini).
  3. Klik “Daftar Di Sini” (Pilihan 2).
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dan jawab semua soalan. Pastikan nama penuh anda seperti yang tertera pada kad pengenalan anda termasuk “Bin/Binti”.
  5. Klik “Hantar” setelah selesai.

.

Cara Daftar Untuk Dapatkan Vaksin Covid 19 : Talian Hotline

.

  1. Hubungi talian hotline vaksin covid-19 kebangsaan untuk pendaftaran untuk mendapatkan vaksin.
  2. Nombor telefon : 1800-888-828.
  3. Pegawai yang menjawab akan membantu anda untuk pendaftaran.

Selesai mendaftar untuk vaksinasi menggunakan mana-mana cara sekalipun, maklumat temujanji akan diberikan kepada anda mengikut fasa yang telah dikenalpasti :

  • Fasa 1 (Februari – April 2021)
    • Kumpulan utama 1 : Petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan swasta.
    • Kumpulan utama 2 : Petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting (essential) dan pertahanan.
    • Sasaran 500,000 orang
  • Fasa 2 (April – Ogos 2021)
    • Kumpulan utama 1 : Baki penjaga kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan
    • Kumpulan utama 2 : Warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU)
    • Kawalan wabak.
    • Sasaran 9.4 juta orang
  • Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022)
    • Kumpulan utama : Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara(.
    • Keutamaan diberikan kepada zon merah, zon kuning dan kemudian zon hijau.
    • Kawalan wabak.
    • Sasaran 13.7 juta orang atau lebih

.

Selain 3 cara di atas, terdapat juga program bantuan (outreach) bagi kawasan pedalaman dan luar bandar yang lebih sukar untuk mendapat akses ke klinik kesihatan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

.

Soal jawab tentang vaksin covid-19 : https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/lain_lain/faqvaksin/mobile/index.html

Soal jawab oleh Institute of Medical Research (IMR) : http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/faq/faq-vaksin-covid-19-oleh-imr

Soal jawab oleh Institute for Clinical Research (ICR) http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/faq/faq-on-covid-19-vaccine-study-in-malaysia-by-icr

Jangkitan virus mudah terjadi pada individu dengan sistem imun yang lemah contohya warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Selain mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat, dapatkan juga suplemen berkualiti dan selamat untuk menyokong sistem imun anda seperti vitamin antioksidan, polifenol dan lain-lain.

Hubungi Ain untuk dibantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Kisah Penderita Kanser Paru paru Tahap 4

Kisah Penderita Kanser Paru paru Tahap 4

kanser paru paru tahap 4

Ini ialah kisah benar ayahku yang meninggal dunia asbab kanser paru paru tahap 4. Segalanya berlaku terlalu cepat.

.

“Memang dah tak boleh buat apa-apa ke?”

Antara momen yang masih segar dalam kotak fikiranku ialah wajah ibuku ketika bertanyakan soalan ini. Perlahan getar suaranya. Matanya bulat, berkaca dek takungan air mata, memandang tepat ke dalam anak mataku menanti jawapan. Sambil tangannya menggenggam kemas lengan kananku menahan sebak.

Ya Allah, kalau selama aku bekerja di ICU suatu ketika dahulu, to break a bad news itu sudah menjadi rutinku apabila pesakit yang dirawat semakin tenat, tidak dapat diselamatkan atau ‘menunggu masa’ saja. Tak sangka sungguh kali ini aku terpaksa break the bad news to my very own family.

“Mak…”

Aku tarik nafasku sedalam-dalamnya. Berat sangat rasanya untuk membuka mulut menceritakan hal sebenar kepada seorang yang bernama ibu. Tetapi apakan daya, mak perlu tahu kebenarannya. Mak perlu tahu keadaan ayah. Mak perlu tahu kenapa kami adik-beradik bawa pulang ayah dari hospital seawal Subuh itu juga.

“Keadaan ayah dah tak elok, mak. Paru-paru kiri tu dah penuh dengan air, Dah buat tapping keluarkan 1.2 liter, tetapi repeat chest X-ray tak banyak beza, air penuh sampai atas, Xray tu memang putih terus paru-paru kiri. Dan bukan itu je mak. Kemungkinan organ-organ lain dah ‘kena’ pun ya. Banyak bacaan darah dah tak cantik. Garam-garam naik turun banyak, semua dah tak betul. Dalam keadaan macam ni, bila-bila masa je…….jantung ayah boleh berhenti….”

Suaraku sangat perlahan nak mengucapkan ayat terakhir tu. Huaaaa!!!! Aku menangis dalam hati…

“Sebab tu kami adik-beradik decide, daripada biar ayah sorang-sorang dalam wad time covid ni, tak ada siapa boleh jaga, tak ada siapa boleh melawat, baik kita bawa balik ayah. Ayah pun dah sebut-sebut nama adik-beradik dia nak jumpa. Ramai juga yang dah sampai ni. So Ain rasa, baik kita jaga ayah kat rumah, bagi ayah selesa sementara ada masa ni. Ok mak?”

Mak seperti sedang telan dalam-dalam apa yang aku sebutkan. Air mata mak tumpah. Mak angguk perlahan. Mak nampak redha dengan kenyataan ini. Aku dan kakakku peluk mak kuat-kuat. Kami bertiga menangis bersama.

“Annisa mintak maaf tak bagitau mak dulu. Kami kesian tengok mak tengah tidur. Mak dah banyak hari tak tidur jaga ayah. Mak letih, mak kena berehat juga. Kami mintak maaf mak,” kata kakakku pula dengan air mata mengalir di pipi.

“Takpe. Betul dah keputusan tu,” balas mak. Dan mak terus menangis, menarik nafas dalam-dalam seolah-olah sedang mengumpul tenaga untuk menjaga ayah di saat-saat akhir.

(Ya Allah, aku redho dengan ujian berat ke atas ayah ku ini. Pinjamkanlah kekuatanMu untuk ayahku mengharungi sakitnya, Pinjamkan kami kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Hapuskanlah semua dosa-dosa ayah asbab kesakitan yang Engkau berikan kepada ayah. Aku tahu, semua ini adalah yang terbaik untuknya. Terbaik untuk kami juga) Doaku dalam hati sesungguh-sungguhnya sambil air mata tak henti-henti mengalir.

Gambar google

.

Bagaimana Ia Bermula?

.

29 Januari 2021, Jumaat

Aku dapat wsap dari mak. Mak kata mak dan ayah nak dinner di rumah kami. Pelik juga rasanya kerana kebiasaannya kami akan jemput mak ayah makan bersama pada hari Sabtu, satu-satunya hari dalam seminggu yang aku cuti dan full time di rumah bersama keluarga.

Sementara aku menyiapkan meja makan, ayah menunjukkan ketulan di dada kiri belah bawah. Jelas sekali ketulan itu sehingga nampak ketara perbezaan dada kiri dan kanan ayah. Aku memeriksa ketulan itu – keras, tak boleh digerakkan, sakit apabila ditekan, saiznya pun agak besar lebih kurang separuh tapak tanganku (kira-kira 5cm x 4cm).

(“Ya Allah, harap-harap bukan benda yang ada dalam kepala aku sekarang”) bisikku dalam hati.

Aku mula ‘interview‘ ayah. Kata ayah, 2 minggu lepas mak yang mula perasan akan ketulan ini. Mak kata dada sebelah kiri nampak timbul berbanding dada kanan. Masa tu belum sakit lagi. Dalam sehari dua ni, baru ayah mula rasa sakit pada ketulan itu, membuatkan ayah bimbang dan tunjukkan kepadaku.

“Ayah, nanti kita pergi buat x-ray ya.” Serius bunyi suaraku. Aku nampak ada kebimbangan pada raut wajah ayah. Siapa sangka rupanya masa hidup ayah dah tak panjang. Dan rupa-rupanya, hari itulah kami melihat senyuman terakhir ayah…

.

Workouts Yang Membawa Kepada Diagnosis Kanser Paru paru Tahap 4

.

2 Februari 2021, Selasa

X-ray. Ada beberapa shadow yang membuat tidurku tak lena. Ada sedikit left pleural effusion juga, orang kita panggil ‘air dalam paru-paru’. Ketulan di dada yang sakit tu juga sangat jelas pada x-ray.

kanser paru paru tahap 4

Chest x-ray pertama ayah yang membuatkan tidur malamku tak lena.

.

3 Februari 2021, Rabu

Ujian darah. Result cantik.

.

5 Februari 2021, Jumaat

Ultrasound untuk rule out pathology dari abdomen. Organ-organ dalam abdomen normal. Cuma sonographer kata left pleural effusion agak banyak. Aku nampak wajah ayah yang semakin bimbang.

Ayah juga meminta aku membawa balik ubat tahan sakit untuk ayah. Pelik. Tak pernah-pernah ayah minta ubat tahan sakit sebelum ini. Setakat sakit sikit-sikit tu, biasanya ayah abaikan saja. Tapi tidak kali ini.

Kata ayah juga, ayah dah tak boleh tidur baring kerana sakit. Dah tu macam mana ayah tidur? Ayah tidur duduk bersandarkan 2-3 biji bantal. Itu pun on off akan tersengguk-sengguk ke depan ke kanan ke kiri. Tak lena ayah tidur.

Aku semakin pelik dan bimbang. Ini menunjukkan ketulan itu benar-benar mengganggu hidup ayah. Benar-benar menyakitkan. Semakin mengganggu dan semakin menyakitkan. Aku juga perasan muka ayah ada sedikit cengkung. Badan ayah juga dah nampak susut. Mak kata ayah dah kurang makan sebab risau.

Untuk langkah seterusnya, kami terpaksa menunggu minggu hadapan kerana esok lusa ialah Sabtu dan Ahad.

.

8 Februari 2021, Isnin

Ayah ke IPPT untuk bertanya jika boleh teruskan investigations di sana. Namun diberitahu perlu ke hospital untuk diagnosis. Jadi ayah ke Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya pula.

Ayah wsap aku satu surat rujukan. Ayah dirujuk ke Klinik Dada kerana apabila ditanya semula di HSJ, rupanya ayah pernah batuk on off dalam 2 tahun ini. Ayah juga pernah membuat chest x-ray tahun lepas tapi diberitahu normal. Batuk, sembuh, batuk, sembuh, batuk, sembuh, begitulah batuk ayah dalam 2 tahun sebelum ini. Simptom-simptom lain tak ada pula. Jadi, sampel kahak juga diambil untuk rule out tuberkulosis (TB) tetapi keputusan semuanya negatif.

.

9 Februari 2021, Selasa

Jumpa pakar di Klinik Dada Hospital Pulau Pinang, kerana kebetulan encik suamiku pengurus klinik dada di situ. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.

Untuk investigation lanjut dan report yang lebih cepat, ayah pilih untuk buat CT Scan Thorax dan Abdomen di Gleanegles Medical Centre (GMC). Buat scan pukul 11 pagi, report dijangka siap selepas pukul 2 petang.

Disebabkan masih awal selesai buat scan (pukul 11 lebih pagi), suamiku merasakan sempat untuk hantar ayah pulang dahulu sebab kesiankan ayah sakit-sakit. Tetapi ditakdirkan suami dan ayah terkandas dalam traffic jam pula. Rumah mak ayah di seberang. Jadinya sudah tidak sempat untuk suami masuk semula ke dalam pulau dan mengambil report scan petang itu.

.

10 Februari 2021, Rabu

Aku terima whatsapp dari suami tengah hari ini. Report CT scan dah diambil.

Setiap ayat dalam report kubaca. Ada beberapa gambar juga. Gambar yang tidak menyenangkan aku.

Mataku mula berkaca, antara hendak melepaskan air mata atau tidak. Lebih menghiris hati apabila encik suami memberitahu, report itu telah ditunjukkan kepada pakar dada. Dan kata mereka setakat ini 90% boleh dikatakan yang ianya adalah kanser paru-paru tahap 4. Cuma untuk pengesahan diagnosis kanser itu memerlukan sokongan dari sampel tisu (biopsy) juga.

Ya Allah, macam mana aku nak beritahu mak? Apa aku nak cakap kalau ayah tanya? Sedari pagi pula tu kedua mereka bertanya tentang ini. Kanser paru paru tahap 4? Ya Allah, apa perlu aku lakukan? Tolonggg pinjamkan aku secebis kekuatanMu…

Tanda-tanda awal beberapa jenis kanser. Kebanyakannya tiada simptom di peringkat awal. Simptom muncul kebanyakannya sudah di tahap banyak-banyak =(

.

To Break The Bad News

.

Aku bingung. Aku harap sangat semua ini hanyalah mimpi. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Jadi aku ikut sahaja kata suamiku untuk memberitahu mak dahulu tentang report CT scan itu.

Aku mendekati mak…

“Mak, report siap dah.”

“Haa, macam mana? Benda ‘tu’ (kanser) ke?” Suara mak serius. Muka mak nampak letih. Mungkin tak lena tidur beberapa hari. Physically stress, dan mentally juga. Ya, seperti aku. Tapi mak mesti lebih bimbang. Mak mesti lebih stress lagi.

“Nampaknya macam tu mak. Ada banyak ketul dan dah spread merata-rata. Air kat paru-paru pun banyak, sini tulis moderate. Yang kat dada ayah tu dari situ juga. Dan pakar Aloy kata, setakat ni 90% boleh kata yang tu kanser paru-paru stage 4. Macam mana kita nak bagitahu ayah ni mak?”

Perlahan-lahan aku menceritakan apa yang terkandung dalam report itu sambil mengalirkan air mata. Tak tertahan lagi rasanya. Mak si isteri apatah lagi. Mula-mula mata cuma berkaca. kemudiannya mak menangis semahu-mahunya. Tersedu-sedu. Mujur ayah sedang berehat dalam bilik di atas. Aku harap ayah tak dengar. Mak kata, nanti kena beritahu ayah. Ayah kena tahu semuanya.

Petang itu, sepatutnya aku masuk klinik untuk sesi petang dan malam. Tetapi baru 1km lebih memandu, aku berhentikan kereta di tepi jalan. Aku menangis sesungguh-sungguhnya. Aku tak berdaya untuk bekerja dengan kepala teringatkan ayah yang sedang sakit dan report scan ayah yang begitu. Terus aku wsap staf klinik untuk carikan doktor locum.

Mak ada minta aku beritahu adik-beradik yang lain juga. Jadi, masih di dalam kereta, seorang demi seorang aku telefon. Aku ceritakan dari awal sampai report scan ini dengan suara terketar-ketar dan teresak-esak. Aku tahu kakak dan dua adik lelakiku terkejut amat dengan berita ini. Selama ini pun, ayah nampak sihat, rajin bersenam (berbasikal, naik turun bukit) dan bukan perokok. Pendek kata, tiada risiko pun untuk kanser paru-paru.

Kemudian aku telefon suamiku. Aku tunggu suamiku pulang untuk sama-sama beritahu ayah report ini.

Sampai di rumah mak ayah, ayah nampak bersedia untuk menerima keputusan CT scan. Aku rasa aku dah puas menangis tadi. Aku rasa lebih bersedia untuk memberitahu ayah tentang report scan ini. Untuk lebih mudah faham, aku ‘translate‘ report dalam bentuk lukisan. Setiap ayat dalam report aku terjemahkan dalam bahasa pasar. Tiada satu pun yang tertinggal. Dan ayah mendengar dengan penuh perhatian kesemuanya.

kanser paru paru tahap 4

Lakaran lukisan aku sambil membaca report CT scan kepada ayah. Ada banyak mass pelbagai saiz di paru-paru kiri dan air dalam ‘sarung’ paru-paru (pleura) yang moderate juga.  =(

.

Selesai membaca report, kami semua terdiam seketika. Aku tak sanggup nak mengucapkan diagnosis “kanser paru paru tahap 4” kepada ayah ketika itu. Air mata mak dan aku pula, bagaikan kering untuk sementara setelah puas menangis tadi.

Tiba-tiba ayah bersuara, “Kalau betul benda ‘tu’, ni dah kanser paru paru tahap 4. Tapi ayah rasa bukan.”  kata ayah kemudian mengetap bibirnya.

Apabila seseorang menerima berita buruk atau kehilangan, salah satu step sebelum boleh menerima kenyataan ialah denial. Aku faham. Ayah cuba menidakkan kenyataan. Aku tidak berani untuk bersuara. Aku tidak mengiakan, tidak juga menidakkan. Aku pandang muka ayah, muka mak, muka suami. Kami masih membisu.

“Ok Ainniah, terima kasih banyak. Nak Maghrib dah. Ayah naik dulu.”

Dan kami semua berpandangan sesama sendiri tanpa kata sambil ayah berlalu masuk ke bilik. Aku tahu, hati ayah sedang menangis. Begitu juga hati kami yang lain di situ. Allahu…

.

Ayah Sangat Kuat Semangat

.

Awal-awal tu ayah nampak sedih, banyak termenung, dah tak senyum, muka penuh kerisauan. Kata encik suamiku, ayah menangis sebaik diberitahu tentang report CT scan tadi. Kebetulan suamiku memindahkan air purifier ke dalam bilik mak ayah. Ayah menangis di hadapan suamiku.

“Aloy, ayah tak takut mati. Ayah cuma risau kalau ayah tak dapat sembahyang masa tengah sakit ni,” kata ayah sambil termenung jauh dengan wajah sedih, air mata ayah jatuh jua…

Tapi aku tak ingat berapa hari selepas itu, mak kata ayah sangat kuat semangat. Ayah dah boleh terima kenyataan yang ayah ada kanser paru-paru tahap 4. Ayah ada umumkan dalam wsap group family ayah. Ayah minta maaf dan minta doa adik-beradik semua. Ayah nak buat biopsy yang diperlukan untuk pengesahan diagnosis. Ayah nak dapatkan rawatan.

Agak lega bila mak beritahu begitu. Jadi, kami anak beranak sudah tentunya menyokong lebih dari 100%!

.

15 – 20 Februari 2021

Isnin, 15 Februari 2021 ialah hari elective admission ayah ke wad dada Hospital Pulau Pinang untuk biopsy dan memasukkan tiub untuk mengeluarkan air dalam paru-paru kiri. Prosedur dijalankan awal pagi esoknya. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya.

Namun, sekuat-kuat semangat ayah, kuat lagi serangan kanser itu. Semasa aku melawat ayah di wad pada hari ketiga kemasukan (sehari selepas prosedur tadi), raut wajah ayah nampak letih. Ayah macam tengah berperang. Tapi ayah tak henti-henti mendengar dan berzikir (nampak mulut ayah kumat-kamit). Ayah dah tak mahu bercakap kecuali jika perlu sahaja. Ayah dah tak berdaya menjawab panggilan telefon. Makan juga dah banyak kurangnya. Badan ayah nampak susut sangat.

Sejak dipasang tiub untuk keluarkan air dari paru-paru kiri, setiap hari juga sebanyak 1.5 liter air dikeluarkan. 5 hari bersamaan dengan 5 darab 1.5 liter, iaitu 7.5 liter! Tapi disebabkan ayah tak sesak nafas secara klinikal, doktor membenarkan ayah discaj pada hari ke-6 iaitu 20 Februari 2021, walaupun repeat chest xray selepas tiub dicabut menunjukkan air di paru-paru kiri telah memenuhi separuh paru-paru. Kata doktor, tiub itu tidak boleh dibiarkan lebih lama kerana ada risiko jangkitan. Doktor juga berpesan supaya segera ke hospital jika ada sesak nafas.

Untuk keputusan biopsy pula, bagi sampel yang dihantar urgent paling cepat akan mengambil masa kira-kira 3 hari untuk siap. Itu pun jika sampel straight forward. Jika sukar untuk mendapatkan conclusion, akan ambil masa yang lebih panjang kira-kira 10 hingga 14 hari.

Selagi keputusan biopsy belum siap, selagi itulah ayah tak dapat memulakan rawatan. Keputusan biopsy akan mengesahkan diagnosis, menentukan prognosis (orang kita panggil “chance” of terus hidup) dan rawatan. Jadi, tiada pilihan lain, kami terpaksa menunggu dengan sabar.

kanser paru paru tahap 4

Inilah ‘rupa’ air yang keluar dari tiub yang dimasukkan ke dalam pleura (‘sarung’ paru-paru) ayah yang didiagnos kanser paru paru tahap 4 di HPP.

.

21 Februari 2021, Ahad

Mak nampak ayah mula mengalami sesak nafas, tetapi ayah cuba menidakkan.

Aku sewa mesin oxygen concentrator dari HQ PutraCare untuk menyokong pernafasan ayah. Cara mesin ini beroperasi ialah dengan mengambil oksigen dari sekeliling yang akan di-concentrate-kan dahulu sebelum sampai kepada pesakit. Jadi, aku tidak perlu bimbang kandungan oksigen akan habis seperti jika menggunakan tong oksigen.

Aku tak ingat exactly bila, tapi mak kata ayah dah mula tanya pasal anak-anak semua dah ada ke. Ayah juga ada sebut nama adik-beradik dia minta datang nak jumpa. Dan rupanya ayah juga telah buat wasiat dan beri amanah itu ini kepada adik lelaki pertamaku (ini aku tahu selepas ayah dah tiada).

Ayah dah dapat rasa yang hidup ayah dah tak lama. Allahu…

.

22 Februari 2021, Isnin

Aku dapat panggilan dari mak mengatakan ayah nampak semakin penat. Aku syak air dalam paru-paru dah semakin banyak. Jadi aku cadangkan untuk bawa ayah ke hospital. Mak kata ayah tak nak ke hospital. Mak minta aku pujuk ayah. Aku segera singgah rumah mak sebelum masuk klinik pagi itu.

Aku periksa ayah. Aku terangkan keadaan paru-paru ayah yang dah lebih 3/4 dipenuhi air (sambil menangis dalam hati). Aku pujuk ayah supaya ke hospital. Aku kata, kita kena keluarkan air dari paru-paru ayah supaya ayah kurang penat. Lepas tu kita balik, tunggu result biopsy dan buat treatment. Ayah setuju, tapi dengan syarat ayah nak pergi hospital selepas aku balik kerja rehat pukul 2 petang nanti.

Aku masuk klinik dengan kebimbangan yang amat dan sudah tentunya dibanjiri air mata sepanjang perjalanan ke klinik dan semasa pesakit tiada. Harapnya tiadalah pesakit yang perasan mataku yang merah dan sedikit sembab. Petang itu aku pulang dengan tong oksigen juga supaya ayah boleh gunakan dalam perjalanan ke hospital.

Asalnya kami adik-beradik berbincang untuk bawa ayah ke Hospital Pulau Pinang. Tapi memandangkan sudah petang kemungkinan traffic jam tinggi, dan prosedur untuk admission pula akan memakan masa yang panjang, akhirnya kami decide untuk bawa ayah ke Hospital Seberang Jaya yang hanya 5 minit perjalanan dari rumah. Lebih mudah juga untuk bergilir jaga ayah di wad nanti jika perlu.

Sebelum ayah berangkat ke hospital, aku pasangkan oksigen pada ayah. Ayah nampak lebih lega sebaik dipasangkan oksigen. Aku peluk ayah erat-erat.

“Ayah kena kuat tau. Kami tunggu ayah balik sini.” Masih ku ingat wajah lemah ayah memandangku sambil mengangguk lemah dengan mata yang sayu.

Arwah ayah sepanjang hidup tidak pernah mempunyai apa-apa penyakit kronik. Ayah rajin bersenam, istiqomah ambil suplemen yang diperlukan, rajin naik turun bukit treking dengan mak dan kawan-kawan, tidak merokok. Doktor pun pelik sebab tiada risiko. Inilah takdir yang harus kami terima dengan hati yang redho. Allah sayang ayah. Gambar ini gambar masa hari lahir ayah yang ke-67 (23 Disember 2020), kali terakhir cucu-cucu sambut birthday atok mereka.

.

23 Februari 2021, Selasa

Sekitar pukul 1 pagi, aku diberitahu oleh doktor perubatan yang memeriksa tentang keadaan ayah. Apa yang diberitahu bolehlah disimpulkan begini…

Air dalam paru-paru kiri ayah banyak, perlu dikeluarkan. Mereka akan buat urgent pleural tapping malam itu juga. Selain itu, keputusan darah ayah banyak yang dah tak cantik. Fungsi buah pinggang sudah mula merosot, banyak garam-garam dalam darah parasnya sudah tidak menentu (ada tinggi ada rendah), cardiac enzymes juga mula meningkat, fungsi hati juga sudah terjejas. Kata doktor itu, ada kemungkinan sel kanser telah merebak ke bahagian abdomen juga. Dan disebabkan ini jantung ayah boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja. Keadaan ayah sudah tenat. Doktor meminta aku memberitahu keluarga dan bersedia untuk apa saja kemungkinan.

Allahu, aku rasakan aku dah lemas dalam lautan dalam! Tolong aku Ya Allah.

Kira-kira pukul 3 pagi pula, suamiku yang berada di hospital menelefonku. Katanya, ayah dah menjalani urgent pleural tapping. Sebanyak 1.2 liter air dikeluarkan. Repeat chest xray tidak berapa cantik. Aku menangis semahu-mahunya apabila melihat filem chest xray ayah yang putih di keseluruhan paru-paru kiri (air penuh di paru-paru kiri).

Masa ayah dah tak panjang. Kami adik-beradik nak bawa pulang ayah. Di saat-saat akhir ini, pastinya ayah nak jumpa adik-beradiknya, nak sentiasa ditemani keluarga, dan nak berada di rumah. Aku berjumpa doktor untuk menandatangani surat discaj secara AOR (At Own Risk). Walaupun doktor itu tahu yang aku juga seorang doktor, beliau tetap menjalankan tugas memberi penerangan risiko-risiko dengan jelas. Thanks Dr.

Aku sampai rumah bersama ayah selepas azan Subuh. Ketika inilah mak datang menghampiriku dan bertanyakan soalan di awal entri ini.

.

Terima Kasih Allah, Tunaikan Semua Permintaan Ayah di Saat-saat Akhir Sebagai Penderita Kanser Paru paru Tahap 4

.

Awal-awal lagi, aku rasa ayah dah tahu yang ayah akan deteriorate dan kemudian pergi meninggalkan kami. Ayah ada meminta beberapa barang keperluan pesakit bedridden – katil adjustable (yang boleh lipat-lipat tu), kerusi roda, kerusi roda untuk memudahkan membuang air, walking frame dan sebagainya. Terima kasih Allah, semuanya ada depan mata dan ayah ‘puas’ gunakan sehingga nafas terakhir ayah.

Ayah juga ada sebut nama adik-beradik ayah nak jumpa. Alhamdulilah, mudah saja semua memohon kebenaran merentas negeri time covid19 ni. Dalam tangisan yang tak henti-henti, kami rasa puas hati melihat semua anak menantu ayah dan adik-beradik ayah bergilir-gilir meneman dan menjaga ayah. Kami puas dapat tunaikan apa yang ayah nak.

Pendek kata, aku terlalu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan untuk ayah walaupun masa ayah dah tak lama. Setiap kali melihat ayah, setiap kali itu jugalah air mata ini mengalir deras. Terima kasih keluarga besarku, sokongan kalian amat aku hargai.

Berada dalam medical line ni, aku faham apa yang sedang berlaku pada ayah. Bila pakcik-pakcik aku tanya berapa lama ayah boleh bertahan, aku tiada jawapan pasti. Yang aku tahu…tak lama…sudah tidak lama lagi…

Setiap kali memerhatikan kesakitan ayah yang teramat sangat dan semakin sakit dan semakin sakit dari hari ke hari, doaku setiap kali melihat ayah sejak AOR dari HSJ cumalah yang ini,

“Ya Allah, tolongggggg ampunkan semua dosa ayah asbab sakit yang Engkau beri ayah ini. Terimalah solat dan amalan-amalan ayah sepanjang hidupnya. Dan jika mati itu baik untuk ayah, Engkau mudahkanlah ayah pergi.”

Sungguh. Berat sangat untuk tuturkan doa ini. Tetapi apakan daya, aku akur yang ayah milik Allah. Tiada seorang atau satu benda pun milik kita di dunia ini. Sampai waktu, Allah akan ambil semuanya, Allah pasti ambil tepat pada masanya. Melihat ayah kesakitan yang teramat sangatlah meruntunkan jiwa.

Malam itu sukar untuk aku lelapkan mata. Bila sudah terlena, terjaga pula pada pukul 3 pagi dalam tangisan. Aku teringatkan ayah. Doa tadi kupanjatkan berkali-kali dalam tahajjudku. Telekungku dibasahi air mata. Aku tahu, doa yang bersungguh-sungguh ketika tahajjud adalah ibarat anak panah yang mengenai sasaran. Tolongggg makbulkan doaku ya Allah. Tolongggg ampunkan dosa-dosa ayah. Tolongggg terima semua solat dan amalan ayah. Tolonggg ambil ayah dengan mudah. Aku tahu Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Lembut sangat sayangkan ayah.

Aku tertidur semula semasa menyusukan Ucu, anak bongsuku.

“Doa ketika solat Tahajjud ialah ibarat anak panah yang tepat mengenai sasarannya.” (Imam As-Syafié)

.

Masanya telah tiba…

.

24 Februari 2021, Rabu

Panggilan telefon seawal 8 pagi lebih membuatkan aku bergegas bersiap untuk ke rumah mak. Aku menaiki kerata ayahcik yang sampai di hadapan rumahku tanpa diduga dengan muka serius.

Cepat,” kata ayahcik. Aku dapat merasakan ayah semakin nazak.

Kurang dari 5 minit aku sampai rumah mak. Aku lihat ayah dah gasping (tercungap-cungap) dengan mata tertutup. Ada ramai orang membacakan Yaasin di sekeliling katil ayah. Aku menghampiri ayah, memegang ayah dan membisikkan apa yang patut. Aku pegang tangan ayah. Aku tahu ayah sedang on the way ke ‘sana’.

Ya Allah, tolonggg mudahkan semua. Tolonggg mudahkan ayah, Ya Allah.” Doaku sesungguh-sungguhnya dalam hati sambil mulut membaca surah Yaasin untuk ayah dengan suara tersedu-sedu kerana menangis.

Belum sempat ku habiskan bacaan Yaasinku, aku perasan dengan ekor mataku yang ayah menarik nafas terakhirnya dengan perlahan-lahan sekali. Ayah dah tidak lagi bernafas selepas itu. Kerut kesakitan pada wajah ayah juga sudah tiada. Ayah nampak begitu tenang sekali. Allah dah ambil ayah. Allah dah ambil ayah dari kami untuk selama-lamanya.

Perlahan-lahan aku menghampiri ayah. Dengan takungan air di kedua mataku, aku memeriksa ayah.

Tiada lagi kedengaran denyutan jantung melalui stetoscope. Tiada lagi bunyi udara keluar masuk dalam paru-paru. Kaki dan tangan ayah kesejukan. Kulit ayah pucat. Nadi juga sudah tidak dapat dirasakan. Akhir sekali, anak mata ayah begitu besar sekali dan tidak bertindak balas dengan cahaya (pupils dilated). Air mataku tumpah lagi. Aku meminta suamiku memeriksa pula untuk double confirmation.

Ya, di hadapan kami ketika itu tinggal jasad kaku ayah sahaja. Ayah dah pergi. Ayah dah tidak sakit lagi. Suamiku kemudian menghubungi ambulans untuk mengeluarkan surat kebenaran pengkebumian.

kanser paru paru tahap 4

Ayah pergi meninggalkan dunia yang fana ini di hadapan mata kami pada hari Rabu, 24 Februari 2021, pukul 9.50 pagi. Secara rasminya, kematian diumumkan pada pukul 10.30 pagi oleh pihak ambulans. Jenazah ayah dibawa ke Masjid Seberang Jaya untuk dimandi dan disolatkan. Kemudian dikebumikan sebaik selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jaya. Al-Fatihah…

.

Dua hari selepas ayah pergi, keputusan biopsy ayah siap. Kesimpulan yang tertulis pada report biopsy,  “Poorly differentiated carcinoma with unknown primary origin” dah hasil siasatan terhadap air dari paru-paru pula menunjukkan yang ianya “malignant pleural effusion“, mengesahkan diagnosis yang arwah ayah menghidap kanser. Secara keseluruhannya, ayah meninggal dunia asbab kanser paru paru tahap 4.

Untuk maklumat ringkas, poorly differentiated carcinoma ialah jenis sel kanser gred tinggi yang berkebolehan bertumbuh dan merebak dengan lebih cepat. Ianya merupakan sel kanser yang ‘jahat’. Ada sebab kenapa Allah pilih ayah meniggalkan kami dengan asbab ini. Kami redho.

Dari Dia kita datang. Kepada Dia juga kita akan kembali.

Terima kasih kepada yang membaca entri ini sampai habis. Saya, Ainniah Zulkefli memohon, minta sedekahkan Al-Fatihah seikhlas hati untuk arwah ayah saya, Allahyarham Zulkefli bin Mohd Adam.

Semoga ayah tenang di sana. Semoga Allah cucuri rahmat yang banyak buat ayah. Semoga Allah mudahkan kehidupan alam kubur ayah sampai hari akhirat. Semoga Allah tempatkan ayah di syurga tertinggi, syurga Firdaus. Dan semoga Allah temukan kita sekeluarga semula di sana nanti. Aaamiiin ya rabba ‘aalamiiin….

Kesan Kemoterapi Kanser & Panduan Tangani

Kesan Kemoterapi Kanser & Panduan Tangani

kesan kemoterapi kanser

Kesan kemoterapi kanser boleh dihadapi oleh pesakit ketika atau selepas rawatan. Dalam entri “Rawatan Kanser : Äpa Itu Kemoterapi?” yang ditulis sebelum ini, ubat kemoterapi yang digunakan bukan sahaja membunuh sel-sel kanser yang membahagi dengan cepat tetapi juga sel-sel sihat yang lain. Kesan ini kebiasaannya melibatkan sel-sel darah, sel rambut, kulit, saraf dan lain-lain.

 Antara kesan yang biasanya terjadi dan tips untuk menangani adalah seperti berikut.

 

Loya dan Muntah

Kesan kemoterapi kanser yang paling kerap dan paling awal berlaku ialah rasa loya dan muntah-muntah.

Di bahagian otak kita yang dipanggil medulla oblongata, terdapat zon yang dipanggil Chemo Trigger Zone (CTZ). Semasa kemoterapi, ubat kemo yang masuk ke badan akan ke bahagian ini untuk mula ‘bekerja’.

CTZ yang dirangsang akan merangsang pula pusat kawalan muntah (Vomiting Center), mengakibatkan reflex loya dan muntah. Langkah terbaik untuk menangani ialah memberi ubat tahan muntah kepada pesakit semasa rawatan kemoterapi.

Apabila selesai rawatan dan pesakit pulang ke rumah, berikut ialah tips yang boleh dilakukan:

  • Makan 5-6 kali sehari dengan kuantiti yang kecil setiap kali untuk membenarkan pencernaan dan penyerapan zat-zat, serta mengurangkan muntah.
  • Kunyah perlahan-lahan.
  • Elakkan minum air yang banyak sebelum makan. Sebaiknya minum sejam sebelum makan.
  • Minuman yang disarankan : jus epal, teh hijau, air halia, air perahan buah lemon.
  • Elakkan makanan dengan bau yang kuat dan boleh memualkan.

.

“Chemo-Brain”

Kira-kira 75% pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi mengalami masalah ini apabila kesan sampingan melibatkan otak. Antaranya:

  • masalah untuk fokus
  • sukar berfikir
  • mudah lupa
  • kesukaran untuk membuat keputusan yang wajar
  • mood swing
  • kemurungan

Walau bagaimanapun, kesan-kesan sampingan ini biasanya berlanjutan untuk sementara sahaja.

Tips tangani ialah:

  • Pastikan ada orang yang menjaga dan membantu urusan harian pesakit.
  • Tulis diari atau plan untuk keesokan atau hari-hari seterusnya supaya tidak terlupa.
  • Amalkan pemakanan kaya omega-3 dan lecithin untuk menyokong kesihatan otak dan sistem saraf.

.

Rambut Gugur (Allopecia)

Tidak semua pesakit yang menjalani kemoterapi akan mengalami masalah rambut gugur tetapi kesan sampingan ini kerap berlaku kerana sel rambut juga merupakan sel dengan kadar pembahagian yang tinggi.

Selain mengalami keguguran rambut, kening dan bulu mata, kulit kepala pesakit juga boleh dirasakan seperti sakit dan sensitif kerana kekeringan.

Tips menangani:

  • Bersedia lebih awal dengan menyediakan tudung, sarung kepala, topi atau rambut palsu.
  • Gunakan syampu yang lembut terhadap kulit, sebaiknya yang berasaskan sumber semuajadi, bebas bahan kimia.
  • Sapu losyen pelembap pada kulit kepada jika perlu.
  • Boleh juga gunakan ice pack di kepala supaya salur darah mengecut (vasoconstriction) untuk mengurangkan ubat kemoterapi yang sampai ke kulit kepala semasa kemoterapi.

.

kesan kemoterapi kanser

(Gambar dari Google)

.

Kesan ke Atas Kulit dan Lapisan Mukosa

Pesakit mudah mengalami ulser, kulit kering dan keradangan kulit. Oleh itu, mereka juga boleh mengalami kesukaran untuk makan dan minum kerana sakit.

Elakkan minuman panas dan berasid. Di peringkat awal, pilihlah makanan yang lembut seperti bubur.

.

Cirit atau Sembelit

Cirit-birit berlaku kerana tubuh badan sedang dalam proses menyingkirkan sel-sel yang telah termusnah selepas kemoterapi. Ada juga yang mengalami masalah sembelit selepas kemoterapi.

Tips menghadapi cirit-birit:

  • Minum air kosong dengan kerap untuk hidrasi badan.
  • Segera jumpa doktor untuk pemeriksaan jika berlanjutan.
  • Ambil makanan dan buah-buahan tinggi kandungan air seperti sup dan bubur untuk membantu hidrasi.
  • Banyakkan makanan tinggi serat (sayur-sayuran dan buah-buahan) untuk melancarkan sistem pencernaan.

.

kesan kemoterapi kanser

Pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi memerlukan sokongan fizikal, mental dan emosi yang berterusan dari keluarga, serta rakan-rakan. Mereka cenderung mengalami kemurungan (Gambar dari Google)

.

Keletihan (Anemia)

Apabila bilangan sel darah merah (red blood cells) terjejas, pesakit akan mengalami masalah kurang darah merah yang dipanggil anemia. Antara tanda-tandanya ialah kulit dan bibir kelihatan pucat, mudah dan cepat keletihan, sesak nafas serta jantung berdebar.

Masalah anemia boleh dipastikan melalui ujian darah yang dipanggil Full Blood Count, FBC.

Tips tangani:

  • Banyakkan mengambil makanan kaya zat besi seperti sayur berdaun hijau, yang diambil bersama vitamin C (untuk meningkatkan penyerapan zat besi).
  • Pertimbangkan suplemen yang mengandungi zat besi, vitamin B12, vitamin C untuk menyokong pembinaan sel darah merah yang baru, sebaiknya diambil sebelum rawatan kemoterapi lagi.
  • Suplemen yang mengandungi coenzim Q10 membantu menjana tenaga dari mitokondria yang merupakan pusat jana kuasa tenaga tubuh.
  • Tidur sebentar pada siang hari.
  • Senaman ringan ikut kemampuan tubuh contohnya brisk walk.

.

Risiko Jangkitan Lebih Tinggi (Leucopenia)

Ini terjadi kerana sel darah putih (white blood cells) termusnah semasa kemoterapi. Sel darah putih berfungsi sebagai ‘tentera’ atau sistem pertahanan tubuh. Paras sel darah putih juga boleh dipastikan melalui ujian darah FBC tadi. Bacaan kurang dari 4 menunjukkan pesakit mengalami leucopenia.

Tips tangani:

  • Mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap.
  • Memastikan luka sentiasa bersih jika ada, paling kurang dressing sekali setiap hari.
  • Sentiasa mempraktikkan kebersihan tangan.
  • Mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan terutamanya jika demam.

.

Risiko Masalah Pendarahan (Thrombocytopenia)

Sama ada pesakit mudah mengalami pendarahan, lebam yang cepat membesar atau pendarahan yang mengambil masa yang lama untuk dihentikan, ini adalah berpunca dari kekurangan sel darah beku (platelet) akibat kemoterapi, dipastikan melalui ujian FBC apabila bacaan platelet kurang dari 140.

Tips pencegahan:

  • Elakkan membuat kerja yang berisiko pendarahan.
  • Pastikan lantai tidak licin untuk mengelakkan terjatuh.
  • Segera mendapatkan rawatan jika mengalami pendarahan.

.

Perubahan Deria Rasa

Tips jika pesakit merasa makanan seperti besi (metallic taste) : cuba makan menggunakan peralatan dari plastik (pinggan, sudu, garfu, dan sebagainya).

.

KESAN JANGKA MASA PANJANG KEMOTERAPI

.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku selepas beberapa bulan atau tahun kemoterapi ialah:

  • lebih sensitif terhadap cahaya matahari
  • kerosakan tisu paru-paru
  • masalah jantung
  • ketidaksuburan (bagi kedua-dua pesakit lelaki dan perempuan)
  • gangguan fungsi buah pinggang
  • kerosakan saraf (peripheral neuropathy) yang mempengaruhi deria rasa dan kesakitan
  • risiko kanser kembali =(

kesan kemoterapi kanser

NOTA PENTING:

  1. Sesungguhnya, kesan-kesan sampingan yang dikongsikan ini bukanlah sesuatu yang indah untuk dihadapi.
  2. Apabila seorang pakar perubatan berkeputusan untuk menjalankan rawatan kemoterapi ke atas seorang pesakit kanser, ketahuilah bahawa manfaat yang akan diperoleh oleh pesakit adalah jauh lebih baik berbanding kesan-kesan sampingan yang berkemungkinan (benefits outweigh risks).
  3. Entri ini sekadar perkongsian secara umum dan TIDAK BOLEH menggantikan konsultasi doktor.
  4. Pesakit dan ahli keluarga dinasihatkan mendapatkan nasihat dan pandangan dari doktor yang merawat tentang diagnosis, pilihan-pilihan rawatan, manfaat dan risiko setiap satu, serta kesan-kesan sampingan yang berkemungkinan.
  5. Amalkan pemakanan seimbang nutrisi, gaya hidup sihat dan pemilihan suplemen yang dijamin selamat. Kerana pencegahan itu sentiasa lebih baik berbanding merawat. Semoga bermanfaat. =)

Pesakit kanser mempunyai keperluan nutrisi yang jauh lebih tinggi berbanding orang sihat lain.

Selain mengamalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan, amalkanlah gaya hidup sihat.

Pertimbangkan suplemen dari sumber semulajadi yang dijamin selamat dan berkualiti untuk mengisi lompong nutrisi demi menyokong kesihatan pesakit.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Cara Buat Sanitasi Sendiri di Rumah

Cara Buat Sanitasi Sendiri di Rumah

cara buat sanitasi sendiri

Cara Buat Sanitasi Sendiri di Rumah

Baru-baru ini, bila suami saya disahkan positif covid-19, pihak KKM ada datang ke rumah kami untuk sanitasi. Pada malam yang telah diberitahu, datanglah mereka lengkap dengan PPE dan alat penyembur di tangan masing-masing. Ada dua orang yang melakukan penyemburan larutan disinfeksi.

Lega sangat rasanya dah selesai proses sanitasi di seluruh rumah dan kereta kami. Nak berhadapan dengan musuh yang kita tak nampak dengan mata kasar ni suatu cabaran. Tetapi bila tahu yang ‘mereka’ sudah ‘mati’ dek sanitasi, syukur ke hadrat Illahi.

Selesai mereka pulang, saya pun masuklah ke rumah untuk mematikan lampu dan kipas. Ya Allah, melekitnya rasa lantai seluruh rumah. Mujurlah selipar yang memang saya pakai di dalam rumah ada di tepi pintu masuk sahaja

Esok, kenalah mula membersihkan rumah seorang diri. Marilah diri sendiri tarik nafas dalam-dalam paling kurang 3 kali untuk kumpulkan semangat dan tenaga! Haha!

.

Kerja Membersihkan Rumah Selepas Sanitasi Tak Mudah

.

Nak membersihkan seluruh rumah seorang diri selepas sanitasi tak mudah. Pengalaman saya sendiri, saya kutip semua pakaian yang telah disembur, buka semua cadar dan sarung bantal, tuala, selimut semua untuk dibasuh. Total dalam 3 hari itu rasanya adalah 8 kali pusing mesin basuh tu.

Rumah pula dah penuh dengan kain-kain yang dibasuh sebab ampaian sedia ada tak cukup untuk disidai kesemuanya. Nak hantar ke dobi pula mestilah tidak boleh sebab ada gelang cantik berwarna pink (gelang wajib kuarantin) di tangan haha.

Lantai pula saya mop sampai 4 kali di ruang bawah sebab masih rasa melekit dan bercapuk-capuk lantai tu. Tingkat atas, saya mop 2 kali sahaja sebab dah tak larat nak mengemop haha.

Nasib baiklah sebelum kerja-kerja membersihkan, saya sudah telan air Performance Drink yang membantu membekalkan tenaga segera dan menghidrat tubuh. Malam itu pula, saya ambil Ostematrix lebih dari biasa untuk bantu merehatkan otot-otot yang bekerja lebih 3 hari itu.

Bahagian-bahagian yang kerap disentuh juga saya lap dengan kain yang dibasahkan dengan Dettol. Tombol pintu, mangga, suis lampu, meja, kerusi dan sebagainya – boleh dikatakan semua yang boleh lap saya lap lah. Sebab nak pastikan hampir kesemua permukaan dinyahkuman.

Nak berperang dengan musuh yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar memang mencabar. Masa ni memang rindu sangat-sangat dengan Basic H, cecair multipurpose dari sumber semulajadi yang dah lama menyepi sejak covid-19.

Bila ditanya pegawai sanitasi PKD, rupanya boleh sahaja kalau nak buat sanitasi sendiri di rumah atau di tempat kerja. Asalkan mengikut langkah yang disediakan oleh KKM. Yeay!

cara buat sanitasi sendiri

Ada nampak, habis satu dapur saya sidai cadar-cadar haha (ampaian penuh dengan baju). Bila hidung rasa sesak dengan bau cecair penyembur dan Dettol satu rumah, mencuci pakaian dengan Get Clean Fresh Laundry ni memang best. Bau wangi tanpa bahan kimia berbahaya. Terus hidung rasa lapang. Suka!

.

Cara Buat Sanitasi Sendiri Di Rumah

.

Berdasarkan maklumat dari pegawai sanitasi dan laman web rasmi KKM, berikut ialah langkah yang disarankan untuk anda yang nak buat sanitasi di rumah atau tempat kerja:

  1. Sediakan peralatan yang diperlukan seperti mop, baldi, kain lap, larutan disinfeksi, sabun pencuci, botol penyembur, penutup hidung dan mulut, sarung tangan, apron plastik dan lain-lain.
  2. Pakai PPE yang bersesuaian seperti penutup muka dan hidung (untuk mengelakkan sentuhan di bahagian mulut, hidung dan mata), apron plastik, kasut boot dan sebagainya ketika proses disinfeksi.
  3. Cara penyediaan larutan disinfeksi:
    • Larutan sodium hypochlorite 5%, dibancuh pada nisbah 1:9 (1 bahagian sodium hypochlorite + 9 bahagian air) untuk mendapatkan kepekatan 0.5%.
    • Contoh larutan yang mengandungi sodium hypochlorite ialah Chlorox, CIF, Mr. Muscle. Rujuk label produk untuk pastikan kepekatan. Bancuhan terakhir hendaklah mempunyai kepekatan sodium hypochlorite 0.5%.
    • Sanitizer yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% ethanol atau 70% isopropyl alcohol, tidak perlu dicairkan lagi.
    • Cecair antiseptik Dettol (rujuk label pada botol contohnya 1 penutup botol itu dibancuh ke dalam 2.4 liter air sebelum digunakan untuk sanitasi).
    • Setiap bancuhan hanya boleh digunakan sekali sahaja.
  4. Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas sanitasi.
  5. Lap permukaan dengan larutan disinfeksi terutamanya yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu/kipas, remote controller, kunci dan lain-lain.
  6. Mop lantai dengan larutan disinfeksi.
  7. Sembur larutan disinfeksi pada lantai berkarpet.
  8. Kawasan yang telah disanitasi hanya boleh digunakan pada hari esoknya.

.

Berdasarkan garis panduan disinfeksi dan pembersihan oleh JKN Selangor, berikut merupakan senarai disinfektan bahan aktif dan kepekatan yang berkesan untuk membasmi covid-19 dengan masa kontak:

  • hydrogen peroxide 0.5% (1 minit)
  • benzalkonium chloride 0.05% (10 minit)
  • chloroxylenol 0.12% (10 minit)
  • ethyl alcohol 70% (10 minit)
  • iodine dalam iodophor 50ppm (10 minit)
  • isopropanol 50% (10 minit)
  • povidone-iodine (1% iodine) (1 minit)
  • sodium hypochlorite 0.05-0.5% (5 minit)
  • sodium chloride 0.23% (10 minit)

cara buat sanitasi sendiri

Pemakaian Personal Protective Equipment, PPE adalah penting semasa pembasmian dijalankan. Lindungi diri sendiri terlebih dahulu.

Kesimpulannya, jika anda ingin buat sendiri sanitasi di rumah anda, pastikan keselamatan diri anda terjaga (pakai PPE, penutup hidung dan mulut serta lain-lain) dan ikut sahaja garis panduan serta cara buat sanitasi sendiri yang saya kongsikan ini.

Saya sendiri kalau diberi pilihan nak upah orang yang buat sanitasi saja kalau KKM tak datang sembur. Tapi memandangkan pada masa itu dah memang kena kuarantin, jadi salah satu cara nak isi masa ialah bersihkan rumah.

Saya sangat suka kemas sendiri rumah saya. Walaupun rasa macam nak patah pinggang buat sendiri semuanya, tapi puas hati, Alaa, kan ada Ostematrix. Telan 6 biji (dos lebih sebab demand lebih) sebelum tidur, sangat membantu saya tidur lena dan otot-otot ‘berehat’ dengan baik insyaaAllah. =)

Di kala ramai kehilangan pekerjaan dan mengalami masalah ekonomi sejak pandemik covid-19, bisnes online semakin rancak.

Pilihlah bisnes online yang mampu bertahan untuk jangka masa panjang dan terjamin.

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Rawatan Kanser : Apa Itu Kemoterapi

Rawatan Kanser : Apa Itu Kemoterapi

apa itu kemoterapi

Apa Itu Kemoterapi?

“Jiran saya baru sahaja menjalani rawatan kemoterapi kerana didiagnos kanser usus tahap 3. Kesian sangat bila dia menceritakan tentang kesan sampingan yang dihadapi. Tak boleh ke kalau tak jalani rawatan kemoterapi tu? Sebab nampak macam lagi teruk jadinya?”

.

Apa Itu Kemoterapi?

.

Kemoterapi ialah gabungan dari perkataan “chemo” (chemical) dan “therapy“, yang merupakan rawatan serius dan agresif menggunakan satu atau lebih agen antikanser yang kuat untuk membunuh sel-sel yang membahagi dengan kadar yang cepat seperti sel kanser.

Ubat kemoterapi ‘bekerja’ di seluruh tubuh pesakit. Jadi bukan hanya akan mempunyai kesan terhadap sel kanser, tetapi juga terhadap sel-sel sihat lain yang juga membahagi dengan cepat, lalu menghasilkan kesan sampingan tertentu.

Apabila doktor yang merawat berkeputusan untuk menjalankan rawatan kemoterapi untuk seseorang pesakit, ianya bermaksud, kebaikan kemoterapi itu berkemungkinan besar adalah jauh lebih baik berbanding kesan-kesan sampingan yang akan dihadapi (benefits outweigh risks/side effects).

Ringkasan 2 fungsi utama kemoterapi seperti berikut:

  1. Merawat kanser
      • Membunuh sel-sel kanser
      • Mengawal kanser dari merebak ke bahagian atau organ lain, atau melambatkan pertumbuhan sel kanser
      • Mengecilkan saiz kanser yang menyebabkan sakit
  2. Merawat penyakit bukan kanser, contohnya:
      • Penyakit sel darah atau sumsum (bone marrow) contohnya leukemia : kemoterapi digunakan untuk menyediakan pesakit sebelum bone marrow transplant
      • Penyakit berkaitan sistem imun : kemoterapi membantu mengawal sistem imun yang terlebih aktif (overactive) seperti lupus atau rheumatoid arthritis

.

Rawatan kemoterapi juga digunakan untuk mengecutkan saiz kanser sebelum rawatan radioterapi atau pembedahan, dikenali sebagai terapi neoadjuvan. Manakala kemoterapi yang bertujuan memusnahkan sel-sel kanser yang masih ada selepas radioterapi atau pembedahan dikenali sebagai terapi adjuvan.

Tempoh masa, ubat apa yang digunakan, tempoh kitaran sesuatu kemoterapi adalah ‘personalized‘ bagi setiap pesakit. Ini bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi dan tahapnya, tujuan rawatan, jenis ubat yang akan digunakan, tahap kesihatan pesakit serta bagaimana tindak balas tubuh pesakit terhadap kanser.

apa itu kemoterapi

Ranking kanser di Malaysia antara tahun 2012 sehingga 2016.

.

Bagaimana Kemoterapi Dijalankan?

.

Bergantung kepada jenis dan tahap sesuatu kanser, ubat kemoterapi boleh disalurkan kepada pesakit melalui pelbagai cara:

  • pengaliran intravena melalui jarum yang dicucuk ke dalam salur darah pesakit (intravenous infusion)
  • ubat pil atau kapsul untuk ditelan
  • suntikan ke dalam otot (intramuscular injection)
  • sapuan krim atau gel (untuk kanser kulit tertentu)
  • target bahagian badan tertentu contohnya ke dalam perut (intraperitoneal), ke dalam ‘sarung’ paru-paru (intrapleural), ke dalam air tulang belakang (intrathecal) dan lain-lain.
  • atau pun rawatan terus ke sel kanser, sebagai contoh menyuntik ubat kemoterapi ke dalam salur darah (artery) yang secara langsung ‘memberi makan’ kepada sel kanser.

.

Persediaan Sebelum Kemoterapi

.

Adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan fizikal dan mental pesakit berada pada tahap optimum sebelum kemoterapi dijalankan.

  • Ujian darah untuk menentukan fungsi organ-organ seperti ujian sel-sel darah dan fungsi hati. Seperti yang telah disebutkan, kemoterapi akan turut memberi kesan terhadap sel-sel sihat yang lain contohnya sel darah merah (red blood cells), sel darah putih (white blood cells) dan sel darah beku (platelet). Fungsi hati yang baik sebelum rawatan kemoterapi penting kerana hati ialah organ yang akan ‘bekerja keras’ untuk memusnahkan ubat kanser selepas rawatan nanti.
  • Pesakit juga disarankan untuk menjalankan pemeriksaan gigi untuk memastikan tiada jangkitan gigi dan gusi sebelum kemoterapi. Selepas kemoterapi, pesakit akan mempunyai tahap imuniti yang agak rendah (kerana sel darah putih yang berkurang). Sekalipun jangkitan yang disangkakan ‘kecil’ sahaja di gigi atau gusi, boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada pesakit selepas kemoterapi.
  • Prosedur memasukkan kemoport (jika perlu)
  • Menguruskan bantuan yang mungkin diperlukan selepas kemoterapi – contoh : untuk membuat kerja rumah, membeli stok dapur yang cukup, dan sebagainya
  • Ambil tahu tentang kesan sampingan yang berkemungkinan (tidak sama untuk setiap pesakit).
  • Sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan rapat (sokongan fizikal, emosi dan mental pesakit).
  • Digalakkan menyertai kumpulan sokongan. Sesungguhnya, pesakit tidak keseorangan dan dengan adanya kumpulan sokongan lebih mudah untuk meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat.

apa itu kemoterapi

Kesan sampingan kemoterapi bukan sedikit, bergantung kepada tindak balas tubuh masing-masing. Baca entri Kesan Sampingan Kemoterapi dan Cara Menanganinya.

.

Sebagai penututp, entri ini BUKAN bertujuan menggantikan konsultasi doktor. Untuk konsultasi tentang masalah kesihatan anda, sila rujuk doktor yang merawat untuk pemeriksaan lanjut untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.

Isi kandungan dipetik dari WebMD, Mayo Clinic, Medical News Today, Ministry of Health Malaysia, Healthline.

Didiagnos menghidap atau merupakan ahli keluarga pesakit kanser bukanlah sesuatu yang mudah. Terutama sekali selepas menghadapi rawatan kemoterapi yang kebanyakannya memberi kesan sampingan yang tidak menyenangkan.

Pemakanan sihat dan pengambilan suplemen dari sumber semulajadi dan dijamin keselamatannya mampu menyokong baikpulih tubuh pesakit yang ‘sensitif’ ketika itu.

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

vitamin c untuk covid-19

Vitamin C Untuk Covid-19? Sejauh mana keberkesanannya?

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak lebih setahun ini, sehingga kini masih belum dijumpai rawatan khas untuk pesakit yang dijangkiti.

Pesakit yang dijangkiti kebanyakannya mengalami demam tinggi, batuk, sesak nafas serta sakit badan. Terdapat juga kes yang disahkan positif mengalami jangkitan dengan simptom yang lebih teruk, melibatkan kerosakan paru-paru akut (acute lung injury) atau acute respiratory distress syndrome (ARDS) yang seterusnya mengakibatkan kegagalan organ-organ dalaman lain serta kematian.

Telah dilaporkan, semua ini terjadi berpunca dari sistem imun tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, dipanggil “cytokine storm“, yang mana respon imuniti tubuh terganggu dan menjadi hiperaktif.

Sementara menantikan kajian dan penyelidikan tentang vaksin yang selamat, pelbagai usaha ’empirikal’ dilakukan untuk menyelamatkan pesakit termasuklah pemberian vitamin C secara intravena kepada pesakit-pesakit covid-19 yang kritikal.

Amnya, vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik, penting untuk menyokong mekanisma pertahanan tubuh yang normal dan berfungsi dengan baik. Vitamin C ialah sejenis antioksidan dengan ciri-ciri anti-keradangan, berupaya mempengaruhi imuniti selular serta membantutkan keradangan, meningkatkan fungsi imuniti sel dan memperbaiki penghasilan bahan untuk kesihatan salur darah (vasopressor).

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah ialah bukti keberkesanan vitamin C yang diberi secara intravena kepada pesakit Covid-19 yang kritikal. Ini adalah berdasarkan bukti yang ada sehingga 16 November 2020.

.

.

Bukti Keberkesanan Intravena Vitamin C Untuk Covid-19

.

Kes 1

Satu kes yang dijalankan melibatkan 17 pesakit yang disahkan positif SARS-CoV-2 yang mana kesemua mereka dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan sekurang-kurangnya 30% oksigen (FiO2). Ujian darah untuk memeriksa tahap keradangan juga diambil sebelum dan selepas rawatan dengan vitamin C.

17 pesakit ini telah diberi vitamin C secara intravena sebagai salah satu rawatan. Dos vitamin C yang diberi ialah sebanyak 1g setiap 8 jam untuk tiga hari berturut-turut.

Hasilnya, didapati penurunan signifikan bacaan yang menunjukkan keradangan dan kebergantungan kepada oksigen juga menunjukkan trend menurun.

.

Kes 2

Seorang warga emas berusia 74 tahun dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas telah diambil swab didapati positif SARS-CoV-2.

Pada hari keenam di unit isolasi, pesakit mengalami ARDS dan septic shock (kegagalan jantung kerana jangkitan). Bantuan pernafasan telah diberi, ubat untuk menyokong jantung dimulakan, serta diberi vitamin C dos tinggi secara intravena.

Dalam 5 hari, keadaan klinikal pesakit menjadi lebih baik dan berjaya bernafas sendiri tanpa bantuan pernafasan lagi.

.

Kes 3

Kajian dijalankan di kalangan pesakit covid-19 yang kritikal, membandingkan mereka yang dirawat dengan vitamin C dos tinggi dengan yang tidak dirawat dengan vitamin C.

Latar belakang klinikal, komorbid (penyakit kronik), tahap jangkitan serta skor semasa dimasukkan ke hospital adalah sama untuk semua pesakit. 12 daripada 14 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan ventilator.

Hasil kajian mendapati,:

  • Kadar kematian (mortality rate) kumpulan yang menerima vitamin C jauh lebih rendah (14.3%) berbanding yang tidak menerima vitamin C (71.4%)
  • Jumlah hari yang memerlukan sokongan ventilator adalah lebih pendek bagi kumpulan yang menerima vitamin C berbanding tidak dirawat dengan vitamin C (14 hari berbanding 19.6 hari)
  • Pesakit yang diberi vitamin C lebih cepat dapat diturunkan kebergantungan kepada oksigen (16 hari berbanding 23.5 hari)

.

vitamin c untuk covid-19

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C yang boleh anda amalkan untuk kesihatan.

.

Sebagai kesimpulan, teruskan patuh kepada SOP, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, gaya hidup sihat untuk bersama-sama berusaha memutuskan rantaian covid-19 dan melandaikan graf pendemik ini. Tanggungjawab ini tanggungjawab kita bersama, tak kira siapa anda.

.

Sumber : Covid-19 Malaysia.

Ingin mendapatkan vitamin C organik yang telah melalui kajian klinikal oleh saintis-saintis, dipastikan selamat serta bebas bahan kimia berbahaya?

SR Vita C Plus 500mg dihasilkan pada tahun 1981, berasaskan tumbuhan dengan sistem pelepasan berperingkat (“sustained release“) yang pertama.

Hubungi saya segera untuk dapatkannya.

Ainniah Zulkefli

Pengguna SR Vita C Plus 500mg sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Q&A Ujian Covid di IPPT Bertam

Q&A Ujian Covid di IPPT Bertam

Memandangkan kes harian covid sekarang sangat banyak, dan ujian saringan covid pun ambil masa yang lama (beberapa hari) untuk dapat keputusan, orang Penang especially area seberang yang nak result cepat, bolehlah consider untuk buat ujian covid di IPPT Bertam.

Husband Ain walk-in, dapat result lepas 24 jam. Ain buat appointment, dapat result dalam 12 jam.

ujian covid di ippt bertam

LOKASI

IPPT ialah singkatan bagi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.

Landmark : Dari exit Tol Bertam, ambil kiri dan terus sahaja. Satu jalan ke USM & LPPKN. Dan berhampiran Mydin Bertam. IPPT terletak di sebelah kiri.

Boleh juga Waze “Institut Perubatan dan Pergigian Termaju“.

.

TEMUJANJI ATAU WALK-IN?

Dua-dua pun boleh, macam dah diberitahu di atas.

Temujanji lebih memudah dan menjimatkan masa. Boleh juga bayar siap-siap secara transfer. Nanti pi sana terus buat swab test.

Boleh tanya saya untuk dapatkan nombor untuk dihubungi untuk aturkan temujanji.

Untuk walk-in pula, boleh pergi seawal 9 pagi. Pergi awal, siap awal.

.

JENIS UJIAN

Boleh pilih rt-PCR atau RTK antigen.

Ringkasan perbezaan antara rt-PCR dan RTK antigen ialah seperti berikut:

  • Kedua-dua test adalah untuk mengesan antigen dari sample yang diambil (nasopharyngeal swab).
  • Ujian rt-PCR mengambil masa beberapa jam untuk mendapat keputusan. Manakala ujian RTK antigen mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
  • Keputusan rt-PCR adalah lebih tepat dan merupakan ‘gold standard’ untuk diagnosis covid-19.
  • Rt-PCR disarankan untuk close contact kepada kes positif, mempunyai simptom, mempunyai sejarah ke kawasan res zones dan yang berisiko tinggi.
  • Untuk yang tak ada risiko di atas seperti saringan masuk universiti contohnya, boleh je buat RTK antigen.

.

HARGA

RM350 untuk rt-PCR
RM180 untuk RTK-Antigen

.

CARA PEMBAYARAN

Yang buat temujanji ada pilihan untuk buat pembayaran secara online transfer atau cash pada hari ujian dibuat.

Yang walk-in pembayaran secara cash. Tak pasti boleh bayar guna credit/debit card atau tak sebab pesakit untuk ujian covid tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan

.

PROSEDUR

  1. Buat temujanji atau walk-in (perlu beritahu indikasi untuk buat test).
  2. Check in dengan apps My Sejahtera dan saringan suhu si pintu masuk.
  3. Pembayaran sebelum test (tempat akan diberitahu oleh staf).
  4. Ujian secara drive-thru di khemah khas saringan covid di belakang bangunan.
  5. Lepas swab terus balik.
  6. Anda akan dihubungi bila keputusan siap.

. 

Kes negatif boleh pick up keputusan ujian dan resit pembayaran sebelum jam 12 tengah malam. Kes positif pula akan dimaklumkan ke PKD berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Di negeri lain ada juga ke IPPT atau tempat yang boleh buat ujian covid selain di hospital dan pejabat kesihatan daerah?

Rujuk Laman Web Rasmi Covid-19 Malaysia untuk maklumat lanjut tentang senarai hospital dan klinik swasta berdaftar untuk ujian saringan covid-19.

7 langkah cuci tangan yang betul

Teruskan patuh kepada SOP dalam usaha memutuskan rantaian covid-19 dan melandaikan graf pandemik. Ini tanggungjawab kita bersama. Baca juga 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul.

COVID-19 Dan Penyusuan Susu Ibu

COVID-19 Dan Penyusuan Susu Ibu

covid 19 dan penyusuan

Baru-baru ini, saya ada menerima soalan dari seorang kenalan yang bertanyakan tentang covid-19 dan penyusuan. Soalannya berbunyi begini,

“Assalamualaikum Ain. Nak tanya ni. Kalau ibu menyusu suspected covid-19, dah buat swab test, kena kuarantin, masih boleh teruskan menyusu baby ke? Depa kata kena kuarantin dari baby, boleh bagi EBM saja. Tu pun kena jaga SOP masa pam dan handle EBM semua. Ada sorang ni pulak kata jangan menyusu terus. Stressnya rasa kalau tak boleh menyusu. Sudahlah jauh dari baby! Macam mana ya?”

Sebagai seorang ibu menyusu, saya sangat faham keinginan untuk terus menyusukan bayi sehingga paling kurang 2 tahun umur bayi. Dan saya juga faham, betapa kecewanya hati seorang ibu menyusu kalau ada yang beritahu perlu berhenti menyusukan bayi atas sebab-sebab tertentu.

.

Saranan Penyusuan Susu Ibu

.

Dari segi agama Islam, di dalam Al-Quran ada dinyatakan saranan menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah Al-Baqarah, ayat ke 233)

Dari segi perubatan pula, World Health Organization (WHO) – dan American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan eksklusif bayi sehingga 6 bulan, kemudian diteruskan dengan penyusuan bersama-sama pemberian makanan komplementari sehingga bayi berusia setahun dan ke atas. Ini penting untuk membekalkan anak kecil dengan nutrisi yang ideal serta menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia juga menyatakan yang sama, iaitu, “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Ya. Susu ibu adalah makanan terbaik paling ideal bagi seorang bayi kecil sejak dilahirkan. Susu ibu adalah selamat, bersih dan mengandungi banyak antibodi sangat bermanfaat untuk membantu melindungi dari pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak.

Namun, pandemik covid-19 yang melanda satu dunia kini tidak mengenal siapakah mangsanya. Mana-mana ibu menyusu juga boleh dijangkiti virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita ini.

Persoalannya, adakah ibu menyusu yang disahkan positif covid-19 masih boleh terus menyusukan bayi mereka? Bagaimana pula jika hanya suspected sahaja? Dan bagaimana pula jika bayi sahaja disahkan positif covid-19 sedangkan si ibu mempunyai keputusan ujian negatif?

manfaat susu ibu kepada bayi

Pelbagai manfaat susu ibu kepada bayi. Bagaimana pula jika ibu atau bayi disah atau disyaki positif covid-19? Adakah penyusuan boleh diteruskan?

.

Kajian May 2020 Tentang Covid 19 Dan Penyusuan

.

Berdasarkan maklumat di laman web rasmi WHO, pada bulan May 2020 yang lalu telah dijalankan kajian ke atas 46 ‘pasangan’ ibu menyusu dan bayi – kesemua ibu menyusu manakala 13 orang bayi ini telah disahkan positif covid-19.

Sampel susu ibu telah diambil dari kesemua ibu untuk menguji kehadiran virus covid-19 di dalamnya. Didapati virus covid-19 adalah negatif di dalam 43 sampel manakala baki 3 sampel menunjukkan kehadiran partikel virus covid-19.

Daripada 3 sampel susu ibu yang positif covid-19 ini, bayi-bayi mereka diuji sama ada dijangkiti covid-19 atau tidak. Hasilnya, cuma seorang bayi sahaja yang disahkan positif. Namun, sumber jangkitan tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Walaupun di awal kajian, sebanyak 13 bayi disahkan positif covid-19, namun di penghujung kajian hanya satu sampel susu ibu yang mempunyai partikel virus covid-19 yang bayinya juga positif covid-19. Itu pun sumber jangkitan tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Hasil kajian ini juga mendapati:

  • Kehadiran antibodi IgA telah dikesan di dalam susu ibu yang pernah dijangkiti covid-19, menunjukkan yang penyusuan susu ibu melindungi bayi dari jangkitan dan kematian.
  • RNA virus covid-19 yang dijumpai di dalam susu ibu adalah tidak sama dengan virus covid-19 ‘hidup’ yang berkebolehan menjangkiti. Untuk jangkitan berlaku, memerlukan virus ‘hidup’ yang boleh sampai ke sel target dan mengatasi sistem pertahanan bayi pula.
  • Bayi dan kanak-kanak berisiko rendah untuk dijangkiti covid-19. Jika dijangkiti pula, kebanyakannya ialah ‘mild‘ atau tiada simptom.

.

Dengan itu, bagi ibu menyusu yang disyaki atau telah disahkan positif covid-19, saranan dari WHO adalah untuk menerus atau memulakan penyusuan sebagai langkah untuk melindungi bayi dari jangkitan. Iaitu apabila kebaikan penyusuan melebihi potensi risiko jangkitan terhadap bayi.

.

SOP Penyusuan Bagi Ibu/Bayi Menyusu Yang Disah Atau Disyaki Covid-19

.

Data dari hasil kajian ini juga sebenarnya tidak mencukupi untuk memberi kesimpulan tentang transmisi virus covid-19 melalui susu ibu. Walaupun WHO menyarankan ibu meneruskan penyusuan walaupun disah atau disyaki covid-19, sebagai langkah berjaga-jaga sebaiknya ibu menyusu turut mematuhi SOP yang ditetapkan.

Centers for Disease Control (CDC) menyarankan:

  1. Ibu menyusu mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh bayi.
  2. Memakai penutup hidung dan mulut ketika menyusukan bayi.
  3. Mencuci tangan sebelum dan selepas menggunakan pam dan botol susu.
  4. Membersihkan kesemua bahagian pam dan botol selepas menggunakan.

.

Berdasarkan maklumat dari CDC juga (setakat 3 Disember 2020):

  • Penyusuan didapati bukan sumber jangkitan covid-19.
  • Kajian mendapati, virus SARS-CoV yang ditambah secara eksperimen ke dalam susu ibu, telah dinyahaktifkan melalui proses pasteurization
  • Amalkan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan yang disarankan.

covid 19 dan penyusuan

Sentiasa amalkan norma baharu bagi memutuskan rantaian jangkitan covid-19 – kerap cuci tangan, penjarakan fizikal 1 meter dan patuhi SOP.

.

Sumber: WHO, CDC

Ibu menyusu juga digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang, mengamalkan cara hidup sihat serta mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi bagi menyokong kesihatan menyeluruh, sistem imun ibu dan bayi yang disusukan.

Set Menyusu Shaklee menyediakan keperluan nutrisi lengkap ibu dan bayi menyusu. Saya ialah salah seorang pengamal set ini sejak anak pertama sehingga anak keempat. Alhamdulillah, kesannya sangat memuaskan hati (Klik untuk baca).

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil halal Shaklee 2021 adalah seperti di dalam gambar di bawah, oleh sebuah badan antarabangsa yang dipanggil Islamic Services of America yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

semak status halal shaklee

status halal shaklee

Kenapa Halal Produk Shaklee Datangnya Dari Islamic Services of America (ISA), Bukannya Dari JAKIM? Apa Itu ISA?

.

Islamic Services of America (ISA) ialah sebuah badan yang memberi sijil halal kepada produk tempatan dan produk yang akan dieksport ke luar negara lain.

Terdapat banyak badan yang memberi tanda halal sesuatu produk di US. Tetapi ISA ialah badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh melebihi 70 buah negara.

ISA diiktiraf oleh LP POM-MUI (Indonesia), JAKIM dan DVS (Malaysia), MUIS (Singapore) sejak tahun 1980-an.

Negara-negara Asia Tenggara ini sangat mementingkan sijil halal dari produk-produk yang dihasilkan di negara masing-masing, apatah lagi produk-produk yang diimport.

Mother Mosque of America‘ juga mengiktiraf ISA. Masjid ini merupakan sebuah masjid yang masih kukuh sehingga hari ini, terletak di Iowa.

Tambahan pula, ‘Muslim American Society‘ dan pusat-pusat Islam di Amerika telah mengiktiraf ISA sebagai badan yang mengekalkan integriti dan standard halal produk-produk.

sijil halal shaklee 2021

.

Cara Semak Badan-badan Yang Diiktiraf Sebagai ‘Certifier’ Sijil Halal Seluruh Dunia Termasuk Sijil Halal Shaklee 2021?

.

1) Layari laman web rasmi JAKIM MALAYSIA di www.halal.gov.my. Kemudian skrol ke bawa sehingga anda sampai kepada butang Foreign Halal Certification Body (FHCB). Klik ia.

.

2) Skrol ke bawah lagi sehingga anda terjumpa ikon PDF seperti di dalam gambar di bawah. Klik untuk muat turun fail yang mengandungi senarai badan yang diiktiraf memberi sijil halal kepada produk luar negara.

.

3) Anda akan dibawa ke fail ini : “The Recognised Foreign Halal Certification Bodies and Authorities“. Terbaru, senarai telah diupdate pada 1 Disember 2020.

.

4) Cari badan yang diiktiraf di United States of America (Shaklee berasal dari USA). Anda akan menjumpai yang Islamic Services of America (ISA) terdapat dalam senarai.

Anda juga boleh menyemak produk import dari negara lain juga.

.

Bagaimana pula dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia? Adakah semua produk Shaklee diluluskan KKM dan mempunyai nombor MAL masing-masing?

Rujuk entri Cara Semak Kelulusan KKM untuk maklumat lanjut.

 

 

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth