bahaya lemak trans

Bahaya lemak trans, sudah ramai yang sedia maklum, Tetapi adakah anda tahu terdapat makanan seharian anda yang mengandungi lemak ‘jahat’ ini?

Yang jarang-jarang makan makanan tidak sihat itu tidak mengapalah lagi kan. Bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan sesuatu sumber makanan itu makanan yang diambil (hampir) setiap hari tanpa mereka sedar yang ianya mempunyai kandungan lemak trans yang tinggi?

.

Apa Itu Lemak Trans?

.

Lemak trans ialah lemak yang terhasil daripada penambahan hidrogen ke dalam minyak sayuran yang menukarkan cecair lemak kepada bentuk pepejal pada suhu bilik (proses ini dipanggil hidrogenasi).

Ianya boleh didapati di dalam produk haiwan secara semulajadi, di dalam shortening dan produk marjerin, makanan segera, makanan yang telah diproses (processed foods) serta yang telah dibakar (seperti roti dan pastri).

Lemak trans sangat digemari oleh pengeluar makanan kerana berupaya memanjangkan jangka hayat produk. Teksturnya yang berkrim dan kurang berminyak boleh membuatkan sesuatu produk seperti pastri nampak lebih menarik dan menyelerakan. Ia juga boleh diguna semula di dalam memasak terutamanya untuk menggoreng dan membakar, jadinya menjimatkan kos bahan mentah.

Namun, di sebalik ‘kebaikan’ bagi pengeluar makanan yang telah disebutkan, sebenarnya terlindung bahaya lemak trans kepada kesihatan pengguna sehingga boleh membawa maut dalam diam!

jenis lemak

Pada tahun 2015, Food and Drug Administration, FDA telah mengeluarkan lemak trans dari senarai makanan “Generally Recognized as Safe (GRAS)”

.

Keburukan Lemak Trans Yang Anda Perlu Tahu

.

Pernah suatu ketika dahulu, salah seorang anak saya pertama kali merasa French fries. Ketika itu berlangsungnya kenduri saudara-mara kami. Biasalah, kalau kenduri akan ada makanan ‘merapu’ untuk budak-budak huhu…

Boleh dikatakan semua makanan yang mengandungi lemak trans sedap rasanya. Budak-budak pula, apa lah yang mereka tahu tentang kandungan nutrisi, yang mana baik yang mana buruk. Kalau sedap mereka akan suka, dan lagi lah banyak yang mereka makan. Dan ya, ketika itu anak saya memang makan banyak French fries tu.

Petang itu, dalam perjalanan pulang ke rumah, anak saya mengadu sakit perut dan hendak membuang air besar. Seingat saya, ketika itu anak saya baru berusia 3 tahun dan masih memakai pampers. Jadi, kami berhenti di R&R untuk mencuci dan menukar pampersnya.

Terkejutnya saya bila mendapati anak saya berak berdarah! Tidak pernah-pernah anak saya alami sakit perut sehingga berak berdarah begitu. Saya risau dan terus memantau anak saya. Alhamdulillah hanya sekali dua sahaja najisnya berdarah. Selepas itu dah seperti biasa sahaja.

Dalam kes ini, salah satu keburukan lemak trans ialah ianya lebih sukar untuk dicernakan.

Terutamanya bagi kanak-kanak kecil yang perut mereka masih ‘fragile‘, jika diberi berlebihan akan lebih mudah mengalami sakit perut, sembelit dan tak mustahil boleh mengalami masalah usus jika terlalu melampau pengambilannya.

Setakat itu sahajakah keburukan lemak trans?

Tidak. Ada bahaya yang lebih menakutkan lagi. Sebab itulah ianya telah di-ban dari digunakan dalam makanan oleh FDA.

.

Bahaya Lemak Trans Juga Adalah Kerana Ianya Bersifat Pro-radang

.

Keradangan (inflammation) adalah punca bagi kebanyakan penyakit seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Keradangan berlaku apabila bahagian tubuh terasa panas, kemerahan dan membengkak – gejala yang mungkin kita anggap biasa. Dalam jangka masa panjang, keradangan mengakibatkan kecederaan yang tidak kelihatan di dalam tisu, saluran darah dan sendi-sendi, serta tidak mustahil kegagalan organ.

Contohnya, keradangan pada otak menyebabkan hubungan antara sel-sel otak menjadi lemak, mengakibatkan kecelaruan minda. Memori boleh menjadi lebih lemak dan tempoh fokus juga menjadi lebih pendek.

Dan ada kajian juga mendapati, keradangan yang berterusan di otak meningkatkan risiko migrain dan Alzheimer.

Kalau terjadi inflamasi pada jantung pula, akan meningkatkan risiko darah tinggi, degupan jantung tidak menentu dan serangan jantung.

Contoh lain lagi, inflamasi pada sendi pula menyebabkan sakit sendi, kekejangan dan bengkak sendi.

.

Lemak Trans Meningkatkan Paras Kolesterol “Jahat” LDL

.

Umumnya, kolesterol terbahagi kepada kolesterol “baik” (HDL, high density lipoprotein) dan “jahat” (LDL, low density lipoprotein; TGL, triglycerides).

LDL dinamakan kolesterol “jahat” kerana peningkatan parasnya membawa keburukan kepada kesihatan kita.

  • Menjadikan salur arteri menjadi lebih keras (kurang kenyal) dan lebih mudah tersumbat, menyebabkan risiko masalah kardiovaskular akan semakin meningkat (darah tinggi, strok, serangan jantung)
  • Meningkatkan kerintangan terhadap insulin (insulin resistance). Lalu, paras gula yang meningkat merisikokan pesakit kepada penyakit kencing manis. Untuk jangka masa panjang, kencing manis merupakan penyakit kronik yang membawa pelbagai komplikasi ‘advanced’ yang lebih menakutkan seperti kegagalan buah pinggang (perlu dialisis), kerosakan mata, masalah kulit, kerosakan saraf dan kehilangan anggota akibat amputasi.

.

Selain itu, lemak trans lain juga akan meningkatkan lemak visceral dan obesiti, menyebabkan pertambahan abnormal bakteria ‘jahat’ di dalam usus, meningkatkan risiko kemurungan, mengganggu kesuburan dan banyak lagi.

bahaya lemak trans

Antara makanan yang tinggi kandungan lemak trans ialah seperti dalam gambar ini.

.

Bagaimana Untuk Kenalpasti Makanan Yang Mengandungi Lemak Trans?

.

Pada tahun 2015, lemak trans tidak lagi termasuk dalam kategori makanan “Generally Recognized as Safe (GRAS)” oleh FDA.

Dari buku Family Health Modern Diseases, hasil tulisan Dr. Bruce Miller, ada menyatakan, pengeluar makanan sebolehnya tidak akan menggunakan perkataan “lemak trans” pada pembungkus makanan, sebaliknya menggunakan perkataan-perkataan yang lebih “suci murni” untuk mengaburi mata pengguna.

“The following fancy words on food labels indicate the presence of trans fatty acids:

  • zero trans fats
  • hydrogenated vegetable oil
  • partially hydrogenated oil
  • vegetable shortening
  • cholesterol free
  • cooked in vegetable oils
  • low in saturated fats
  • made with 100% vegetable oil
  • vegetable oil and fat
  • vegetable oil”

.

Tudia. Tertipu sungguh rasanya bila tahu kebenaran ini. Rasanya saya sendiri sudah banyak kali juga membeli makanan dengan beberapa label ini. Ku sangkakan makanan sihat, tetapi rupa-rupanya ada lemak trans yang tersembunyi!

Selain label-label tadi, menurut Mary G.Enig (pakar nutrisi yang mengkaji aspek nutrisi lemak dan minyak), makanan rapu (junk foods), makanan yang telah diproses (processed foods) dan makanan segera (fast foods) mempunyai kandungan lemak trans yang tinggi. Kata beliau, sebagai contoh ialah French fries yang mengandungi kira-kira 40% lemak trans!

bahaya lemak trans

.

Kesimpulannya, banyakkan membaca tentang nutrisi dan lebih cakna tentang kesihatan diri. Belajarlah membaca label makanan sebelum membeli. Elakkan makanan segera, makanan yang telah diproses dan makanan rapu untuk mengurangkan pengambilan lemak trans yang membahayakan.

Kurangkan keradangan kronik sebagai usaha mengurangkan risiko kanser dan penyakit-penyakit kronik lain.

Baca juga Manfaat Kesihatan Omega-3, lemak “baik” yang diperlukan tubuh untuk mengekalkan kesihatan anda.

.

Sumber:

  1. Food and Drug Administration, FDA
  2. Family Health Modern Diseases by Dr. Bruce Miller
  3. Dr Jocker