“Suami saya bukan merokok dalam rumah pun. Biasanya dia merokok di luar rumah. Boleh menyebabkan asthma attack anak saya jgak ke doktor?”

bahaya perokok pasif

Kebiasaannya, kita cuma mendengar tentang bahaya rokok kepada perokok itu sendiri dan bahaya terhadap yang menghidu asap rokok (perokok sekunder/secondary smoker). Bagaimana pula yang dikatakan perokok tertier (tertiary smoker)?

Perokok tertier merujuk kepada pendedahan terhadap lebihan nikotin dan bahan kimia lain dari rokok. Ini termasuklah:

  • pakaian perokok
  • lantai dengan habuk rokok
  • perabot di rumah yang terkena asap
  • permainan anak-anak
  • kenderaan yang dinaiki perokok
  • dinding bangunan
  • habuk rokok yang dhidu

Jika dikatakan perokok sekunder mempunyai risiko kesihatan yang setara dengan perokok sendiri, perokok tertier semakin mendapat perhatian akan risiko kesihatan mereka juga.

.

Bahaya Perokok Pasif Tertier

Merokok merupakan salah satu yang membahayakan kesihatan tetapi masih boleh dicegah.

Menurut American Heart Association (AHA), rokok mengandungi lebih 5000 bahan kimia termasuklah arsenik, formaldehyde dan tar – yang mana kesemua ini kerap dijumpai di bidang pemprosesan dan penghasilan barang.

Oleh kerana itu. untuk jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko kanser, masalah jantung dan kematian pramatang.

Bagi perokok pasif tertier, untuk mengelak dari perokok sepenuhnya adalah suatu cabaran. Lebih-lebih lagi sekiranya ada ahli keluarga yang merokok.

Sebaik sahaja anda bergelar seorang perokok, anda sekaligus merisikokan bukan sahaja bayi dan anak-anak kecil, tetapi juga setiap orang di dalam rumah anda termasuk pasangan dan ibu bapa anda.

bahaya perokok pasif

Bahaya perokok pasif : Antara bahan-bahan kimia bertoksik yang terkandung di dalam sebatang rokok. Lebihan bahan kimia inilah yang menggugat kesihatan ahli keluarga anda.

.

1# Kesan Ke Atas Kanak-kanak

Mayo Clinic menyatakan, kesihatan kanak-kanak antara yang paling membimbangkan. Hal ini demikian kerana kanak-kanaklah yang paling gemar menyentuh setiap benda di dalam rumah, menghidu dan memasukkan benda ke dalam mulut mereka.

Kanak-kanak yang terdedah dengan habuk rokok adalah lebih berisiko mengalami masalah:

  • asthma
  • jangkitan telinga
  • kerap sakit
  • pneumonia (jangkitan paru-paru)

Bukan itu sahaja, lebih membimbangkan ialah kanak-kanak itu sendiri lebih berisiko menjadi perokok apabila dewasa nanti.

.

2# Kesan Ke Atas Bayi Kecil

Berdasarkan kajian ini, menyatakan rokok ialah salah satu punca utama kes kematian mengejut bayi (sudden infant death syndrome, SIDS).

Selain itu, bayi ini juga lebih berisiko untuk mengalami masalah pernafasan dan imuniti yang lebih rendah (menyebabkan mereka kerap tidak sihat dan mudah dijangkiti).

bahaya perokok pasif

Kenapa perlu perjudikan nyawa anak anda sedangkan anda boleh memilih untuk katakan TIDAK?

.

3# Kesan Ke Atas Orang Dewasa

Jangan mendabik dada mengatakan anda sudah dewasa dan ‘imun‘ terhadap asap dan nikotin rokok. Sebagai perokok tertier, anda juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kanser di kemudian hari disebabkan pendedahan berulang-ulang dan berterusan dengan toksin rokok.

Of course, kanser paru-paru menduduki carta tempat pertama dalam senarai, diikuti pula dengan kanser-kanser lain seperti kanser pundi kencing, serviks, buah pinggang, mulut, pankreas dan tekak.

Untuk jangka masa pendek pula, anda mungkin lebih kerap sakit dan mengalami batuk yang lebih berpanjangan dari biasa.

.

4# Kesan Ke Atas Ibu Hamil

Ibu hamil yang menyentuh atau menghidu bahan kimia dari rokok pula, berisiko memindahkan bahan kimia tersebut kepada bayi dalam kandungan.

Disebabkan itu, bayi berisiko mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan.

Dan menurut American Academy of Pediatrics, merokok semasa mengandung meningkatkan risiko SIDS.

bahaya perokok pasif

Fikirkanlah masa depan bayi yang masih di dalam kandungan ibu. Ibu hamil juga menghadapi bahaya perokok pasif.

.

Cara Mencegah

Paling berkesan untuk mencegah kesan dan risiko-risiko kesihatan di atas ialah mengelak daripada terdedah kepada perokok sendiri. Jika anda seorang perokok, inilah masanya untuk anda berazam bersungguh-sungguh berhenti merokok terutamanya jika anda sudah berkeluarga dengan anak-anak yang bermasalah kesihatan.

Jika tidak, sebaiknya menukar pakaian dan membasuh tangan dengan bersih terutamanya sebelum menyentuh anak-anak kecil anda.

Bagi rumah anda yang telah terdedah dengan asap rokok pula, apa yang anda boleh lakukan untuk meminimakan pendedahan ini ialah seperti berikut:

  • basuh semua pakaian anda, alas kerusi, bantal dan selimut
  • mengemop lantai dengan teliti
  • scrub dinding dan siling
  • bersihkan karpet dan pelapik kaki (hantar dobi pun boleh)
  • membersihkan semua permainan anak-anak
  • mengelap perabot dan lain-lain

.

Kesimpulannya, merokok bukan sahaja membayahakan diri anda, tetapi juga orang-orang yang anda sayangi. Buatlah keputusan yang bijak demi insan-insan yang anda sayangi.

.

Klik gambar ini untuk baca pengalaman berhenti merokok dengan asbab suplemen.

Artikel asal dari Healthline