tidur dengan handphone
Berdasarkan kajian, 44% orang mengamalkan tidur dengan handphone atau telefon bimbit diletakkan berhampiran dengan mereka semasa tidur.

Tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan!

Apa yang kebanyakan kita tahu, telefon bimbit membebaskan cahaya biru yang boleh membantutkan penghasilan hormon melatonin untuk merangsang rasa mengantuk dan kita akan tidur. Tetapi sebenarnya kesan tidur dengan handphone adalah lebih daripada ini!

Secara amnya, telefon bimbit dan kebanyakan gajet lain seperti televisyen, radio dan tablet, akan melepaskan sejumlah tenaga radiofrekuensi semasa menghantar dan/atau menerima maklumat.

Beberapa kajian mendapati, pendedahan berterusan kepada tenaga radiofrekuensi ini boleh mengancam kesihatan termasuklah:

  • dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti kanser otak, saraf akustik (saraf yang bertanggungjawab untuk pendengaran dan keseimbangan), dan kelenjar air liur
  • boleh menganggu kesuburan lelaki – menurunkan jumlah sperma, mengurangkan keaktifan sperma
  • mengakibatkan sakit kepala
  • mempengaruhi keupayaan belajar, memori dan perangai seseorang
  • mengganggu waktu dan kitar tidur anda.

Walaupun kesemua kajian ini tidak dapat dibuktikan sebaiknya, World Health Organization (WHO) telah memberi amaran tentang bahaya kesan tenaga radiofrekuensi ini pada tahun 2011. WHO menyatakan, penggunaan handphone berkemungkinan penyebab kepada pertumbuhan sel-sel abnormal (kanser) dalam manusia terutamanya kanak-kanak.

tidur dengan handphone

.

4 TIPS MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

.

Oleh kerana penggunaan telefon bimbit yang semakin meluas dan penting untuk kehidupan zaman ini, untuk tidak menggunakan ia sepenuhnya adalah mustahil.

Namun, kerana kesan penggunaan telefon bimbit di atas adalah sesuatu yang membimbangkan, apa yang anda boleh lakukan ialah seperti berikut:

.

1. Menggunakan handphone pada jarak sejauh mungkin dari diri anda.

Contohnya menggunakan headset atau bluetooth ketika bercakap telefon, dan membawa handphone di dalam beg berbanding meletakkan ia di dalam poket yang lebih dekat dengan badan anda.

.

2. Elakkan menggunakan handphone semasa ia mengeluarkan jumlah tenaga radiofrekuensi tertinggi.

Bagaimana anda nak tahu waktu handphone melepaskan tenaga radiofrekuensi tertinggi?

Iaitu semasa coverage tak berapa bagus, ketika bateri semakin ‘kong’, dalam kenderaan yang bergerak laju atau ketika anda sedang memuat turun sesuatu yang agak besar saiz failnya. Sewaktu kesemua inilah, handphone ‘berusaha’ berfungsi dengan baik (melepaskan tenaga radiofrekuensi lebih banyak dari biasa).

.

tidur dengan handphone

3. Tidur dengan handphone? Sebaiknya elakkan!

Kecuali anda telah tetapkan mode kepada ‘Airplane Mode’ dan letakkan sekurang-kurangnya 1 kaki jauh dari anda.

.

4. Jangan mudah terpengaruh dengan produk yang claim boleh menyekat tenaga radiofrekuensi.

Kenapa?

US Federal Trade Commision menyatakan, produk-produk seperti ini boleh mengganggu signal handphone. Jadi kehadirannya menyebabkan handphone terpaksa ‘bekerja’ lebih keras untuk menghantar dan menerima maklumat. Bekerja keras bermaksud, akan melepaskan lebih banyak tenaga radiofrekuensi yang kita tidak mahu.

.

Kesimpulannya, teknologi berfungsi memudahkan kehidupan. Tetapi ia juga boleh memudaratkan jika digunakan secara tidak terkawal.

macular degeneration

Handphone juga dikatakan salah satu punca penyebab macular degeneration, penyakit yang boleh mengakibatkan buta yang tidak boleh sembuh lagi.

.

Baca juga entri Tak Cukup Tidur – Bahaya Yang Mengundang.

.

Sumber:

  1. www.health.com
  2. www.livestrong.com
  3. www.healthline.com

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat