cara banyakkan susu ibu selepas bersalin

Cara Banyakkan Susu Selepas Bersalin | Ibu-ibu tahu tak, yang susu ibu ada 4 tahap perubahan komposisi dari sebelum bersalin lagi sehinggalah selesai penyusuan bayi?

Ada yang dipengaruhi oleh usaha ibu, ada yang tidak perlu berusaha pun, susu akan dihasilkan.

Kolostrum

Beberapa minggu sebelum kelahiran, kolostrum mula dihasilkan. Kolostrum ini dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit tapi penuh berkhasiat untuk bayi.

Antara khasiat kolostrum untuk bayi yang baru dilahirkan tanpa ‘tentera’ di dalam badan ialah:

  • kaya dengan antibodi untuk sistem imun bayi di awal kelahiran
  • mengandungi protein sebagai sumber tenaga segera untuk bayi, selepas berhempas pulas semasa proses kelahiran
  • terdapat faktor pertumbuhan (growth factor) untuk pertumbuhan bayi
  • mempunyai efek lawas yang membantu penyingkiran mekonium (najis pertama bayi yang berwarna hijau kehitaman, berkilat dan melekit)
  • rendah lemak, karbohidrat dan garam

Pada masa ini, susu dihasilkan BUKAN berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘.

Jadi, anda tak menyusu atau mengepam pun, susu kolostrum ini akan tetap dihasilkan.

Tapi kalau awal-awal pun susu dah banyak, rugi kan kalau tak bagi bayi menyusu atau pam siap-siap buat stok? 🙂

Oleh kerana kolostrum sangat pekat, ibu-ibu semasa berpantang mudah tersumbat salur susu.

Jadi, anda digalakkan untuk terus menyusukan bayi di samping mengurut dan mengamalkan petua-petua melegakan salur susu tersumbat yang lain.

banyakkan susu selepas bersalin

.

Susu Transisi (Transitional Milk)

Selepas seminggu dua kelahiran, akan mula dihasilkan susu transisi.

Susu ini dihasilkan berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘. Jadi, waktu inilah anda sudah boleh mula ‘strategi’ banyakkan susu selepas bersalin dan buat stok ebm.

Lagi awal anda berusaha untuk banyakkan susu, lagi awal susu anda akan menjadi lebih banyak.

Pada masa inilah paling sesuai anda lakukan cara banyakkan susu selepas bersalin.

Ketika susu transisi dihasilkan, bayi sudah mula ada pertahanan dalam badan. Sebab itulah susu ini mengandungi lebih lemak dan laksosa.

Ini penting untuk memastikan:

  • bayi mempunyai paras gula yang normal
  • perkembangan otak yang optimum (lemak mempunyai peratusan lemak tertinggi dalam otak)
  • fungsi retina yang baik
  • paras tenaga bayi baik

.

Susu Matang (Mature Milk)

Subhanallah. Komposisi susu matang sangat menarik. Boleh berubah-ubah dan sentiasa cukup untuk bayi.

Anda tidak perlu bimbang kalau-kalau susu akan berkurang, kerana selagi ada ‘demand‘ (bayi terus menyusu, anda pun rajin pam), susu ini akan terus ada.

Foremilk dihasilkan di awal penyusuan bayi. Susu ini lebih cair, rendah lemak dan tinggi laktosa. Susu ini bertujuan melegakan dahaga bayi.

Hindmilk pula akan dihasilkan selepas foremilk. Susu ini lebih pekat, tinggi lemak, protein dan nutrien lain. Tujuannya untuk mengenyangkan bayi.

Semakin lama bayi menyusu, semakin banyak hindmilk yang akan bayi peroleh. Makanya, tidak perlu risaukan sekiranya bayi menyusu untuk tempoh yang lama. Kan ada je bayi yang jenis suka mengempeng lama-lama? Haa, inilah hikmahnya! =)

banyakkan susu selepas bersalin

Perbezaan ‘rupa’ kolostrum (paling pekat dan kekuningan), foremilk (paling cair) dan hindmilk.

.

Susu involutional

Selepas 6 bulan, apabila bayi sudah mula makan, susu ini akan dihasilkan. Susu ini hanya untuk menyokong bayi sebelum bayi sudah pandai ‘independent‘.

.

CARA BANYAKKAN SUSU SELEPAS BERSALIN

.

Kata kuncinya cuma satu, iaitu konsep ‘Demand dan Supply‘. Selagi ada demand, selagi itulah akan ada supply. Dan semakin banyak demand, semakin banyak lah akan ada supply.

Bersambung ke Part 2.

Anda menyusukan bayi pramatang? Baca entri Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Pramatang dengan klik link ini.

Kategori

WhatsApp chat