barang keperluan bersalin

Sementara nak menunggu hari-hari bayi dalam kandungan dilahirkan, antara yang difikirkan pasangan ibu bapa ialah barang keperluan bersalin yang perlu dibawa ke hospital.

Kalau beg ke labor room tak disiapkan dengan lengkap, nanti tiba-tiba dah datang tanda-tanda bersalin, kan dah kelam kabut.

Lepas dah sampai tempoh matang (term) bayi, iaitu 37 minggu kehamilan, bila-bila masa saja bayi boleh keluar.

Bila Waktu Yang Sesuai Nak Prepare Barang Keperluan Bersalin?

Untuk soalah ini, jawapan adalah subjektif bergantung kepada pasangan ibu bapa.

Kebanyakannya mula menyediakan beg untuk dibawa ke labor room selepas 30 minggu kehamilan.

Ada juga ibu bapa yang membuat persediaan lebih awal, dan ada juga yang lebih lambat.

Personally, Ain sendiri sediakan beg keperluan bersalin ni selepas 30 minggu kehamilan.

Jom kita tengok apa barang keperluan untuk bersalin yang anda patut sediakan.

barang keperluan bersalin

Barang Keperluan Bersalin : Barang Bayi

Bayi selepas dilahirkan cuma perlukan pakaian sahaja.

Pakaian itu termasuklah:

  • baju
  • seluar
  • barut
  • topi
  • sarung tangan dan kaki
  • napkin atau pampers
  • selimut untuk bedung
  • wipes (mudah sangat nak cuci berak bayi yang seciput je awal-awal kelahiran)

Sediakanlah beberapa persalinan pakaian bayi.

Bagi Ain sekurang-kurangnya dua, dan seelok-eloknya tiga pasang.

Ada juga yang bawa sepasang sahaja sebab kalau perlu si ayah boleh bawakan kemudian.

Bukannya apa, bayi selepas bersalin ni adalah umpama sedang mengalami culture shock.

Selama berbulan-bulan lamanya bayi berada dalam environment tertutup di dalam rahim ibu, tiba-tiba sahaja berada di dalam environment terbuka yang sangat luas.

Jadi, untuk mengurangkan ‘ketakutan’ bayi, sebaiknya ibu selalu memeluk bayi.

Di sinilah juga fungsi pakai-pakaian bayi ini.

Topi untuk menutup kepala, selimut untuk membedung bayi supaya bayi rasa selamat.

barang keperluan bersalin

Kalau merancang untuk bersain di hospital swasta, bolehla bawa macam-macam barang lagi. Hehehe

Barang Keperluan Bersalin : Untuk Ibu

Untuk ibu pula, barang-barang yang ‘wajib’ disediakan dalam beg untuk ke labor room ialah seperti berikut:

  • buku merah – paling wajib bawa ke mana-mana sahaja sampai bersalin
  • sehelai baju dan kain batik – sepasang cukup untuk pakai masa balik nanti (dalam wad biasanya sudah disediakan pakaian)
  • tudung – nak pakai dalam wad & balik nanti (tudung yang sama pun tak mengapa)
  • stoking – selepas bersalin anda akan kesejukan lain macam
  • maternity pad – bawa je satu pek terus (pengalaman Ain sendiri, lepas bersalin, hampir setiap jam Ain akan tukar pad sebab dah fully soaked. Make sure beli MATERNITY pad ya, bukan pad biasa)
  • seluar dalam – paling mudah disposable panties sebab darah nifas banyak
  • baju dalam – fikir sendiri ya yang ‘dalam2’ ni nak bawa berapa helai heee

So ibu-ibu hamil yang sedang menghitung hari, macam mana dengan beg keperluan barang bersalin anda dan bayi?

Kalau ada tambahan barang-barang penting lain, boleh nyatakan di ruangan komen ya.

Anda Sedang Tercari-cari Set Berpantang Yang Baik Untuk Anda dan Bayi?