bayi tak nak menyusu

Bayi Tak Nak Menyusu Badan Apa Puncanya? | Sebagai seorang ibu, semestinya bimbang bercampur runsing kalau tiba-tiba bayi anda tak nak menyusu.

Tambahan pula kalau-kalau bayi bawah 6 bulan dan tak diberi makan lagi.

Kalau dah tak nak menyusu, apa lah yang masuk ke dalam perut bayi kan?

.

Punca Bayi Tak Nak Menyusu

.

Antara punca bayi tak nak menyusu secara tiba-tiba adalah seperti berikut:

  • Cuba check dalam mulut bayi anda. Kemungkinan bayi anda sakit mulut yang boleh disebabkan oleh gigi baru nak tumbuh ataupun ada jangkitan kulat (oral thrush)
  • Boleh jadi juga bayi ada jangkitan di dalam telinga. Ini kerana semasa menyusu, tekanan dalam telinga boleh meningkat. Jadi bayi tak nak menyusu.
  • Hidung bayi tersumbat akan menyebabkan bayi sukar bernafas semasa menyusu.
  • Susu badan berkurang. Boleh jadi juga let down reflex lambat. Bayi dah terlalu lapar, jadi bayi ‘merajuk’.
  • Ibu mengalami bengkak susu. Susu banyak, tapi disebabkan salur susu tersumbat, bayi tidak dapat menyusu dengan baik.
  • Bayi terkejut dengan reaksi anda apabila bayi tergigit puting anda.
  • Terdapat perubahan ketara pada jadual dan rutin menyusu bayi.
  • Perubahan pada bau badan ibu contohnya penggunaan deodoran dan sabun yang berbeza.
  • Rasa susu ibu berubah contohnya disebabkan perubahan hormon (ibu menyusu sedang haid).

bayi tak nak menyusu

Antara punca bayi tak nak menyusu tiba-tiba ialah gigi baru nak tumbuh.

.

10 Tips Yang Boleh Dilakukan Jika Bayi Tak Nak Menyusu

.

  1. Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah bertenang dan bersabar. Dapatkan sokongan dari suami dan ahi keluarga. Proses menyusu ialah proses semulajadi. Tak mungkin bayi menolak untuk menyusu tanpa sebarang sebab yang munasabah. Jadi, cuba cari punca kenapa bayi tiba-tiba tak nak menyusu.
  2. Terus memujuk bayi untuk menyusu semula.
  3. Sentiasa mengosongkan payudara secara rutin. Ini adalah untuk memastikan supply susu badan sentiasa cukup untuk bayi anda. Dan ini juga untuk mengelakkan susu merudum.
  4. Atasi masalah salur susus tersumbat dan bengkak susu. Anda boleh dapatkan nasihat yang lebih pakar dan pergi mengurut.
  5. Ibu boleh cuba menyusukan bayi semasa bayi mengantuk.
  6. Dapatkan nasihat doktor kanak-kanak untuk memastikan bukan berpunca dari jangkitan dalam mulut, telinga atau tekak.
  7. Cuba ubah posisi menyusu.
  8. Anda juga boleh cuba untuk menyusu sambil mendodoikan bayi.
  9. Bonding” semula dengan bayi anda dengan melakukan skin-to-skin.
  10. Menyusu di tempat yang tiada gangguan terutamanya bagi bayi berusia 6 hingga 9 bulan. Ini kerana pada usia ini, bayi lebih gemar untuk bermain dan ‘mengelat’ dari menyusu.

Akhir kata, apa jua masalah dalam penyusuan pasti ada penyelesaiannya. Anda cuma perlu sentiasa mencari ilmu yang betul dan dapatkan bantuan daripada yang lebih pakar.

Anda berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee? Apa kata pengguna Set Menyusu Shaklee?

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi penuh.