berat badan ketika hamil

Berdasarkan kajian, hanya 32% ibu hamil sahaja yang mempunyai kenaikan berat badan yang disarankan.

Sementara 48% ibu hamil naik berat badan berlebihan dan 21% kurang naik berat badan.

Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat semasa hamil sememangnya baik untuk anda dan bayi di dalam kandungan. Tetapi anda harus sentiasa beringat, yang kalori berlebihan boleh menyebabkan pertambahan berat badan berlebihan semasa hamil.

Ibu-ibu yang mengandung sebenarnya cuma memerlukan lebih 300 kalori sahaja sehari berbanding wanita yang tidak hamil.

Namun, ada juga ibu hamil yang mengalami masalah yang sebaliknya – penurunan berat badan ketika hamil.

Kedua-dua situasi ini sudah tentulah bukan sesuatu yang sepatutnya berlaku.

Ibu hamil yang kurang naik berat badan dikhuatiri melahirkan bayi yang bersaiz lebih kecil.

Bayi dengan kurang berat badan ini lebih bermasalah untuk memulakan penyusuan, lebih berisiko kepada jangkitan dan bantut tumbesaran.

Manakala ibu hamil yang mengalami kenaikan berat badan berlebihan pula dikhuatiri melahirkan bayi yang besar.

Yang mana bayi yang besar berisiko mengalami komplikasi semasa bersalin dan seterusnya terpaksa dilahirkan melalui pembedahan. Bayi besar juga berisiko mengalami masalah obesiti apabila semakin besar nanti.

.

Jadi, berapakah kenaikan berat badan ketika mengandung yang dikatakan ‘sihat’?

.

Untuk menjawab persoalan ini, dapatkan dahulu apakah BMI (Body Mass Index) anda sebelum hamil.

Kiraan BMI adalah seperti berikut : Berat (dalam kilogram) / (Tinggi dalam meter x Tinggi dalam meter)

Contohnya jika berat anda ialah 60kg, dan tinggi anda ialah 1.6m, BMI anda ialah 60 / (1.6 x 1.6) = 23.4 (normal BMI).

berat badan ketika mengandung

Saranan kenaikan berat badan SEPANJANG KEHAMILAN adalah berdasarkan BMI anda sebelum hamil atau ketika buka buku antenatal:

  • Underweight (BMI < 18.5) : 12.5 – 18kg
  • Normal weight (BMI 18.5 – 24.9) : 11.5 – 16kg
  • Overweight (BMI 25 – 29.9) : 7 – 11.5kg
  • Obese (BMI 30 dan ke atas) : 5 – 9kg

.

Bagi pertambahan berat SETIAP MINGGU SEMASA TRIMESTER KEDUA & KETIGA pula ialah seperti berikut:

  • Underweight (BMI < 18.5) : 0.55kg (0.44 – 0.58kg) / minggu
  • Normal weight (BMI 18.5 – 24.9) : 0.42kg (0.35 – 0.5kg) / minggu
  • Overweight (BMI 25 – 29.9) : 0.28kg (0.23 – 0.33kg) / minggu
  • Obese (BMI 30 dan ke atas) : 0.22kg (0.17 – 0.27kg) / minggu

.

Pertambahan berat badan yang disarankan ini berbeza pula sekiranya anda mengandungkan ANAK KEMBAR:

  • Normal weight (BMI 18.5 – 24.9) : 17 – 25kg
  • Overweight (BMI 25 – 29.9) : 14 – 23kg
  • Obese (BMI 30 dan ke atas) : 11 – 19kg

.

Ke manakah berat badan ketika mengandung ‘pergi’ selain berat bayi anda?

.

Lihat gambar di bawah.

berat badan ketika mengandung

Bagi ibu hamil dengan BMI normal sebelum hamil, kira-kira :

  • 0.5kg ialah pertambahan berat payudara
  • 0.7kg ialah berat plasenta
  • 1.6kg ialah pertambahan berat uterus (rahim)
  • 3.5kg ialah berat bayi
  • 1 – 1.5kg pula ialah berat air ketuban
  • dan kira-kira 4kg ialah pertambahan berat darah dan cecair

.

6 Tips Naik Berat Badan Ketika Mengandung Seperti Yang Disarankan

.

So ada yang dah risau berat badan terlebih atau kurang dari yang sepatutnya?

Jom cuba 6 tips kat bawah ni.

Mana tahu berat yang lebih tu boleh control.

Dan yang kurang berat tu akan naik berat cantik next checkup nanti.

  1. Amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua nutrisi – karbohidrat, protein, dan serat
  2. Monitor kenaikan berat badan anda, aim berapa kg patut naik next checkup
  3. Hadkan pengambilan gula ringkas dan lemak tepu (seperti kek, coklat dan sebagainya)
  4. Kawal pengambilan kalori seharian (kalau dapat kira lagi bagus)
  5. Senaman 150 minit seminggu (Rujuk entri Senaman Yang Selamat Ketika Hamil)
  6. Paling penting, berbincanglah dengan doktor sakit puan anda

.

berat badan ketika hamil

.

Sumber:

  1. Centers for Disease Control and Prevention
  2. WebMD

Set Hamil Shaklee melengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.