Produk kosmetik bahaya ada di mana-mana sahaja. Yang telah berdaftar TIDAK SEMESTINYA selamat!

Terbaru, pada 24 Januari 2018, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan senarai kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Boleh klik di sini untuk membaca berita penuh.

Berdasarkan berita tersebut, terdapat tiga racun terlarang yang ditambah ke dalam produk kosmetik bahaya Malaysia tersebut.

Yang mana ketiga-tiganya boleh membahayakan kesihatan pengguna dan orang di sekitar yang ada contact dengan pengguna.

.

Produk Kosmetik Bahaya Yang Mengandungi HYDROQUINONE

.

Penggunaan hydroquinone memerlukan pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Hanya dengan nasihat professional kesihatan, ianya boleh digunakan secara selamat.

Pihak tidak bertanggungjawab, mencampurpalsukan hydroquinone ke dalam produk kosmetik untuk menghalang pigmentasi (depigmenrasi).

Jadi mereka yang taksub untuk putih akan mudah terpengaruh dengan produk ini.

Apa yang akan berlaku ialah, hydroquinone akan menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidak selesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, dan kulit akan menjadi lebih hipersensitif!

Apabila proses pigmentasi terhalang pula, akan mengurangkan perlindungan kulit dari sinar UV berbahaya.

Lalu, risiko kanser kulit menjadi lebih tinggi!

produk kosmetik bahaya

.

Produk Kosmetik Bahaya Yang Mengandungi TRETINOIN

.

Seperti hydroquinone, penggunaan tretinoin juga memerlukan pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kebiasaanya, produk yang mengandungi tretinoin akan dikatakan untuk merawat masalah jerawat dan mengurangkan kedutan.

Walau bagaimanapun, awas! Kerana tretinoin menyebabkan kemerahan kuit, mengelupas dan pedih, serta kulit menjadi hipersenstif terhadap cahaya matahari.

.

Produk Kosmetik Bahaya Yang Mengandungi MERKURI

.

Lebih membahayakan lagi, ialah penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik.

  • merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf
  • boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan

Kanak-kanak juga boleh ‘terkena tempias’ daripada merkuri ini. Iaitu apabila mereka menghidu merkuri yang disapu pada kulit dan meruap.

Bayi atau kanak-kanak juga boleh TERsentuh kulit yang disapu produk dengan merkuri ini, dan masuk ked alam badan apabila mereka memasukkan jari ke dalam mulut.

Antara lain, kesan penggunaan merkuri menyebabkan iritasi, ruam dan perubahan lain pada kulit.

*******

Nak cantik tak salah. Yang salah apabila terlalu taksub dan mudah percaya tanpa usul periksa. Dan yang merana ialah diri sendiri. Lagi menyedihkan kalau yang tersayang (bayi dan kanak-kanak) juga turut menjadi mangsa.

Tercari-cari skincare daripada sumber semulajadi yang terbukti selamat dari kajian klinikal? Boleh dapatkan info tentang Youth Skincare dahulu. 🙂

Saya pilih hanya yang organik, ada kajian klinikal yang terbukti selamat sahaja. Klik gambar untuk konsultasi suplemen kecantikan dari saya.

Categories

WhatsApp chat
%d bloggers like this: