Betul ke Shaklee bahaya? Dok dengar ada orang makan Shaklee 7 bulan hati rosak la, makan 2 bulan cyst jadi lagi besar la, baru makan tak habis sebotol lagi jerawat makin banyak la…ye ke semua tu?

Kali ini saya nak cerita satu kisah benar tentang mak ayah saya sendiri. Biar semua tahu BETAPA BAHAYANYA MAKAN SHAKLEE ni!

Ok.

Ini mak ayah kesayangan saya.

Tahun ni (2018) ayah umur 65 tahun, mak pula 59 tahun. Siapa tak sayang mak ayah kan?

betul ke shaklee bahaya

Di kala orang lain seusia mak ayah didiagnos pelbagai penyakit kronik, kena makan ubat setiap hari dan most of the time ‘sakit’, mak ayah saya Alhamdulillah bebas penyakit-penyakit ‘orang tua’ dan cergas berjalan ke sana ke mari serta rajin bersenam (berbasikal, naik turun bukit – saya pun kalah!).

Faktor keturunan BUKAN penghalang untuk kita terus sihat tau. Jangan jadikan keturunan ‘alasan’ kita sakit. Mak ayah saya dua-dua ada family history darah tinggi & penyakit jantung.

Tapi, selagi boleh kawal apa yang mak ayah mampu kawal untuk sihat, mak ayah buat.

Mak ayah saya bukanlah jenis ‘jaga makan’ sangat especially ayah haha. Tetapi sebab anak depa ni doktor & tak nak sakit macam orang lain, awareness pasal kesihatan tu Alhamdulillah ada.

Exercise pula no problem. Seminggu beberapa kali naik turun bukit Tokun tu ha. Kadang naik beskal dengan kawan-kawan ayah juga.

.

Mak Ayah Naik ABC

betul ke shaklee bahaya

Betul ke Shaklee bahaya? Kalau bahaya saya tak berani nak bagi mak ayah saya makan.

.

Ini gambar mak ayah saya tahun lepas masa naik Annapurna Base Camp (ABC). ABC ni antara bukit2 yang ‘berjiran’ dengan Gunung Everest (read: Everest ya, bukan Bukit Larut hihi).

Nak naik ABC ni bukan senang tau. Dengan cuaca sejuk mencabar semangat, jalan licin bersalji, pakai jaket tebal lagi, nak gendong beg lagi…kalau ajak saya memang tak nak!

Tapi saya kagum sangat sebab mak ayah boleh buat!

Lagi kagum sebab yang lain-lain dalam group mak ayah tu semua muda-muda. Lagi muda dari mak ayah. Mak ayah ialah lelaki dan perempuan paling berusia dalam kumpulan tu. Tengok sendiri gambar depa kumpul ramai2 ni.

betul ke shaklee bahaya

Kawan-kawan mak ayah masa naik ABC tahun lepas.

 

betul ke shaklee bahaya

Semua pun nampak jauh lagi muda dari mak ayah kan?

.

Mak ayah saya pengguna Shaklee sejak 2 tahun lepas (sebelum naik ABC ni lagi). Mak ayah konsisten BEBERAPA vitamin antaranya Vivix, Omega Guard, Vitamin C, Ostematrix dan ESP (mak saja).

.

Apa pengakuan mak ayah lepas consume Shaklee?

Badan rasa beza sangat sejak makan Shaklee. Rasa lagi sihat. Recommended sangat untuk orang lain. Mak ayah nak teruskan.”

Mak ayah saya setiap bulan beli sendiri vitamin-vitamin kat branch (dekat saja dengan rumah).

Personally, saya nampak ada baaaanyak Shaklee effect yang mak ayah dapat. Tapi yang saya paling bersyukur:

  • kolesterol ‘degil’ mak turun dari 6.88 jadi 5.88 lepas 2 bulan follow detox cara Shaklee & consume Vivix. Latest kolesterol 5.2 (first time normal sejak berpuluh2 tahun!).
  • ayah dapat rasa mata ayah makin sihat (pernah diagnos glaucoma, kena laser & ayah sangat down sebab risau sangat takut2 jadi buta, muka hari2 monyok ja)
  • badan mak dah jaaaaarang sangat berangin. Kalau tak dulu tu asyik2 belahak (sendawa), kepala pusing, pening2 & sakit badan. Kesian sangat tengok! Ambil masa beberapa hari pula tu nak baik semula.

betul ke shaklee bahaya

.

Kalau betul Shaklee bahaya, kenapa saya berani bagi mak ayah makan Shaklee?

.

Sebab Shaklee bukan sembarangan suplemen lah saya berani cadangkan mak ayah ambil beberapa jenis vitamin untuk menyokong kesihatan.

Shaklee ialah syarikat nutrisi yang sangat ‘obses’ dengan kualiti produk. Sanggup belanja paling kurang 1juta dolar setahun untuk penyelidikan sahaja, buat beratus-ratus ujian kualiti, buat ujian untuk semak keselamatan setiap satu bahan yang digunakan.

Setiap produk Shaklee juga adalah ‘beyond organic’. Maksudnya, kalau sekian-sekian standard diperlukan untuk dapat title ‘organik’ tu, yang Shaklee punya adalah 3 kali ganda lebih dari standard yang ditetapkan kat US.

Siap ada Innovation Center khas untuk buat R&D. Yang kerja di situ pula saintis-saintis yang hebat-hebat.

Yang saya share ni cuma beberapa point kelebihan produk Shaklee. Nak tahu lebih lagi boleh baca kat entri Keistimewaan Shaklee : Selamat, Terbukti, Berkesan ni.

Kalau orang tanya, takpe ke bagi mak ayah makan beberapa vitamin bertahun-tahun macam ni?

Jawapan saya, kalau Shaklee InsyaaAllah selamat dan boleh. Makin bermanfaat untuk lebih sihat. Rujuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere untuk bacaan lanjut.

betul ke shaklee bahaya

Shaklee sendiri sarankan tiga perkara ni – eat healthily, exercise regularly, supplement wisely.

.

Ya. Memang banyak lambakan suplemen mengarut-ngarut sekarang ni (Saya masih skeptikal dengan suplemen hehe).

Jadi buat pilihan yang bijak. Tanya pada yang TAHU pasal Shaklee.

Kalau tanya orang yang anti-Shaklee, of course ada pelbagai perisa & MSG yang boleh merosakkan badan. Kita pun makan dan makan je la sebab sedap rasanya walaupun sebenarnya bawa mudarat dalam diam. 

Kalau nak percayakan sesuatu cerita pun, janganlah membabi buta. Kita manusia ada otak untuk fikir mana betul mana salah, mana logik mana fantasi. Mana patut klik button share, mana patut hide dan unfriend or unfollow.

Kan?

So korang rasa betul ke Shaklee bahaya? Tepuk dada, tanya hati dan akal. =)

betul ke shaklee bahaya

Jaga-jaga dengan fitnah akhir zaman. Kalau Shaklee bahaya macam mana boleh bertahan lebih 20 tahun sejak masuk Malaysia tahun 90an? Macam mana produk pertamanya masih wujud lebih 100 tahun (Vitalea pertama kali dihasilkan pada tahun 1915)

Perlukan bantuan untuk masalah kesihatan atau kecantikan anda atau orang yang anda sayang?

Hubungi saya segera untuk konsultasi penuh dan cadangan vitamin terbaik untuk anda.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth