beza scan 2d 3d 4d 5d

Apakah beza scan 2D, 3D, 4D, 5D dan 6D? Jom baca.

.

Ultrasound Scan 2D

.

Scan 2D ialah scan 2 dimensi. Dengan kata lain, yang anda akan nampak hanyalah gambar hitam putih yang menunjukkan keratan rentas suatu bahagian.

Contoh bahagian kepala akan nampak bulatan/bujur, bukannya bentuk sfera seperti bola.

Dalam gambar ni, scan 2D ialah yang di sebelah kiri.

Anda mungkin tak faham, pebenda la gambar hitam putih ni. Tapi sebab melalui scan 2D boleh melihat keadaan dalaman bayi (organ-organ), scan ini memberi info berguna untuk doc.

Untuk pengetahuan, detailed scan juga merupakan scan 2D sahaja.

.

Ultrasound Scan 3D

.

Scan 3D (3 dimensi) pula ialah seperti anda snap gambar dengan kamera. Anda tahu bahagian ini ialah kepala, yang mana kaki, yang mana tangan.

Dalam gambar ni, scan 3D ialah yang di sebelah kanan.

Dengan scan 3D lah anda boleh melihat muka dan jantina bayi dengan lebih jelas (kalau bayi nak tunjuk lah hehe).

Cuma kelemahan scan ini, anda hanya dapat gambaran luaran bayi sahaja. Jadi berguna untuk mengesan kecacatan luaran bayi sahaja contohnya seperti cleft lip (sumbing) atau polydactyly (jari lebih).

.

beza scan 2d 3d 4d 5d

Imej hitam putih dalam semua gambar dalam entri ini ialah scan 2D. Di sebelah kanan ini ialah scan 3D.

.

Ultrasound Scan 4D

.

Scan 4D pula ialah scan 3D yang bergerak.

Gambar scan 3D/4D berwarna coklat kekuningan gitu.

.

beza scan 2d 3d 4d 5d

Beza scan 2D 3D 4D 5D 6D : Ini pula ialah scan 5D

.

Ultrasound Scan 5D

.

Scan 5D sebenarnya sama ja dengan scan 3D/4D. Bezanya cuma imej bayi nampak lebih real, gambar lebih ‘smooth’ dan cantik.

Biasanya anda akan dapat gambar yang berwarna pinkish.

.

Ultrasound Scan 6D

.

Tengok pula gambar scan 6D ni macam mana. Gambar adalah transparent. Jadi kalau bayi anda terlindung di sebalik uri, scan 6D ni boleh ‘tembus’.

Gambar scan 6D sangat cantik untuk yang mengandung awal kehamilan (8 minggu – 20 minggu). Macam gambar ni si ibu sedang mengandung 13 minggu lebih.

.

beza scan 2d 3d 4d 5d

Ini ialah scan 6D

.

Jadi, sudah faham beza scan 2D 3D 4D 5D dan 6D, bolehlah anda decide unuk buat scan yang mana nanti. Jangan lupa kongsikan info ini dengan family dan kawan-kawan anda, especially yang sedang hamil.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia
Set Hamil, Set Menyusu , Skincare YOUTH, Vivix