buang angin

Pernah tak, anda alami sakit perut menyucuk, rasa tak sedap badan, pening kepala pusing-pusing, sakit kepala yang kuat dan sebagainya, disebabkan tak dapat membuang angin yang rasa macam banyak sangat dalam badan tu?

Badan berangin ni boleh jadi dari pelbagai punca. Antaranya ialah seperti berikut:

  • cirit-birit atau sembelit
  • makan berlebihan
  • suka kunyah chewing gum (pada masa yang sama, anda juga telan angin)
  • merokok (toksin dalam rokok mengganggu saluran pemakanan)
  • makanan tertentu (orang-orang tua kata makanan ‘sejuk’ – tiada penjelasan saintifik tetapi ada benarnya)
  • minuman berkafein seperti kopi
  • ada masalah kesihatan contohnya GERD (gastroesophageal reflux disease)

.

Sebenarnya, ‘angin’ termasuk dalam proses pencernaan kita. Makanan yang kita makan, akan dicerna dan secara fisiologinya akan menghasilkan ‘angin’ ini.

Berdasarkan kajian, secara puratanya, seorang dewasa akan kentut kira-kira 13 hingga 21 kali dalam sehari. Wah, tak sangka sebanyak itu kita kentut dalam sehari kan, haha!

Yang menjadi masalah ialah apabila susah benar nak buang angin tu atas sebab-sebab tertentu. Maka akan jadilah simptom-simptom seperti yang disebutkan awal tadi.

Jadi, saya kongsikan 7 tips yang boleh anda cuba untuk atasi masalah badan berangin.

.

7 Tips Buang Angin Dengan Cara Mudah

.

1# Peppermint Bantu Buang Angin (Ada kajian rupanya!)

Berdasarkan beberapa kajian, minyak peppermint ialah langkah selamat dan berkesan untuk membantu membuang ‘angin’ berlebihan di dalam badan untuk jangka masa pendek. Untuk kesan minyak peppermint untuk jangka masa panjang pula masih memerlukan kajian lagi.

peppermint gingerplus

Peppermint GingerPlus diformulasi daripada 4 herba semulajadi (peppermint, halia, anise, fennel) yang sejak tradisi digunakan untuk melegakan ketidakselesaan perut.

.

2# Teh Chamomile

Bagi penggemar teh, anda boleh cuba minum teh chamomile sebelum makan dan sebelum tidur jika mengalami masalah susah nak melepaskan gas.

.

3# Ubat over-the-counter

Kalau kebetulan anda berada di luar pula, bolehlah cari ubat ‘angin’ dari farmasi seperti simethicone dan activated charcoal.

Simethicone bertindak dengan memecahkan gas-gas kecil, membentuk ‘buih’ yang lebih besar. Ini dipercayai mampu mengeluarkan gas terkumpul dengan lebih mudah melalui sendawa dan kentut.

Activated charcoal pula berfungsi dengan menyerap gas terkumpul dalam usus lalu melegakan perut kembung dan rasa badan berangin.

.

4# Cuka Epal

Berdasarkan pengalaman, cuka epal juga didapati boleh melegakan masalah angin dalam badan. Campurkan sesudu besar cuka epal ke dalam minuman anda, dan ambil sebelum makan sebanyak tiga kali sehari sehingga masalah anda lega.

buang angin

Ibu hamil antara yang kerap ada masalah badan berangin ni terutamanya di awal kehamilan (alahan mengandung).

.

5# Senaman

Senaman menggerakkan otot-otot usus untuk menggerakkan gas yang terkumpul. Apa lagi, kalau rasa macam susah nak kentut tu, cubalah buat senaman ringan. Di rumah sahaja pun boleh.

.

6# Enzim Lactase, Apa Tu?

Lactase ialah sejenis enzim yang berfungsi mencernakan laktosa dalam makanan atau minuman seperti susu.

Jika anda ialah penghidap lactose intolerance (alah kepada susu), cuba dapatkan suplemen yang mengandungi lactase dari farmasi untuk membantu masalah ‘angin’ anda.

.

7# Bunga Cengkih Pun Boleh Bantu Buang Angin Yer

Ha, bukan boleh dibuat tumis untuk masak-masak sahaja. Anda juga boleh mencuba titikkan 2-5 titik minyak bunga cengkih ke dalam minuman anda. Ambil selepas makan untuk melegakan ‘angin’.

Bunga cengkih dipercayai berupaya menggalakkan fungsi enzim pencernaan yang seterusnya mengurangkan gas dalam badan.

buang angin

Ni ha bunga cengkih. Jangan silap plak hehe.

.

Wallahuálam.

.

PERINGATAN: Jika simptom berterusan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Entri ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, mengubat atau mencegah sesuatu penyakit. 

Kategori

WhatsApp chat