cara banyakkan susu badan dengan cepat

Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat | Konsep nak banyakkan susu badan ni cuma satu sahaja iaitu ‘Demand dan Supply‘.

Dalam Part 1, ada diceritakan tentang penghasilan susu badan dan perubahan komposisinya.

Jadi kali ini Ain nak share pengalaman menyusu Ain sendiri.

Alhamdulillah Ain berjaya buat stok ebm seawal minggu pertama berpantang.

Dan Alhamdulillah juga, Ain berjaya fully menyusukan anak ketiga sampai sekarang (umur 2 tahun lebih).

.

12 Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat

.

1) MINDSET KENA POSITIF DAN TEPAT

.

Apa pun yang kita nak buat, kena ada niat dan mindset yang betul.

Fikirkan yang positif-positif sahaja,maka yang positif-positif sahaja yang akan hadir.

Niat ini ibarat alamat. Salah alamat, tak sampai surat tu ke tempat yang nak dituju.

Sama juga jika anda nak menyusukan bayi sepenuhnya.

Berniatlah seawal semasa mengandung lagi.

Dan setiap hari tetapkan mindset positif yang anda BOLEH menyusukan bayi anda sepenuhnya.

Kemudiannya, barulah anda boleh mencuba cara banyakkan susu badan dengan cepat yang lain.

.

2) MENYUSU/MENGEPAM SECARA KERAP DAN REGULAR

.

Ini berdasarkan konsep ‘Demand dan Supply‘ tadi.

Lagi banyak menyusu/mengepam, otak akan terima signal bahawa lagi banyak susu yang perlu dihasilkan.

Sebaik-baiknya, menyusulah atau mengepamlah setiap tiga jam secara regular.

.

3) BUAT POWER PUMPING & TANDEM PUMPING

.

Juga berdasarkan konsep ‘Demand dan Supply‘. Kenapa?

Power pumping boleh dilakukan secara:

  • single pumping : pam kanan 10 minit – pam kiri 10 minit – ulang sampai 3 kitaran dengan total sejam mengepam
  • double pumping : pam kedua-dua belah 10 minit – rehat 10 minit – ulang 3 kitaran dengan total sejam mengepam

Semasa bayi menyusu pula, anda boleh mengepam yang sebelah lagi. Seperti menyusukan bayi twin, inilah yang dinamakan Tandem Pumping.

Nampak kan bagaimana kedua-dua teknik ini berkait dengan konsep ‘Demand dan Supply’?

.

4) MINUM AIR KOSONG SEKURANG-KURANGNYA 3 LITER SEHARI

.

cara banyakkan susu badan dengan cepat

Gigih mengepam dan menyusu, tapi kalau tak jaga air kosong yang diminum sehari tak boleh juga.

Nak hasilkan susu yang banyak perlukan air yang banyak juga.

.

5) SELALU BERSYUKUR

.

Cara banyakkan susu badan dengan cepat yang mungkin kita lupa ialah dengan bersyukur selalu.

Dalam Islam sendiri ada ‘bagitau’. Banyak bersyukur menambah rezeki.

Dapat menyusukan bayi sepenuhnya juga satu rezeki.

Oleh itu, nak rezeki yang banyak kita juga harus bersyukur kepada Yang Maha Pemurah Lagi Maha Memberi.

Jadi, dapat hasil ebm sedikit ke banyak ke, syukur semuanya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Ahamduillah. 🙂

.

6) DOA SELALU & ZIKIR YA MATEEN

.

Busy itu satu alasan?

Ya. Memang betul.

Tapi kalau nak berjaya dalam apa pun (termasuk menyusukan bayi) alasan perlu ditolak jauh-jauh!

Kalau kita nakkan sesuatu, DOA.

Kita nak ada masa untuk mengepam masa oncall yang busy, DOA.

Kita nak siapkan kerja tepat pada masa sebelum boleh pam, DOA.

Nak ebm yang kita simpan selamat (tak blackout masa travel contohnya), DOA.

Doa ialah kekuatan umat Islam. Ingat tu. 🙂

.

7) AMALKAN MILK BOOSTER

.

Ada ibu milk booster nya nasi, ada yang buah longan, ada yang perlukan ubat Maxolon atau Domperidone.

Sebab badan anda berbeza-beza, carilah apa milk booster yang sesuai untuk anda.

Macam Ain dulu, Ain suka sangat makan Alfalfa Complex Shaklee.

Dah 5 tahun consume nonstop kecuali masa pregnant sahaja.

.

8) ENVIRONMENT YANG BAIK

.

Environment yang baik mencetuskan mood yang positif.

Mood yang positif pula membantu penghasilan hormon gembira yang boleh membanyakkan susu badan.

Jangan lupa senyum juga semasa mengepam dan menyusu.

Hei, menyusukan bayi ni bukan sesuatu yang stress tau.

.

9) TENGOK GAMBAR ATAU VIDEO ANAK SEMASA MENGEPAM

.

Umpama menekan suis lampu yang betul, sebuah bilik akan menjadi terang.

Pengalaman Ain sendiri (dan kebanyakan ibu-ibu menyusu lain pastinya), waktu mengepam ja Ain akan bukak gambar dan video anak.

Automatik terus let down reflex dan dapat susu yang banyak. Alhamdulillah.

.

10) ATASI STRESS DENGAN BAIK

.

Stress adalah musuh utama dalam dunia penyusuan.

Selain semasa haid boleh merudumkan susu badan, anda perlu bijak mengawal dan mengatasi stress.

Boleh amalkan B Complex sebagai agen mengurangkan stress anda.

cara banyakkan susu badan dengan cepat

11) JANGAN SKIP MENYUSU/MENGEPAM SECARA REGULAR PADA WAKTU MALAM

.

JANGAN!

Waktu malam ialah waktu penghasilan hormon menyusu yang paling tinggi.

Memang tidur itu sesuatu yang best.

Tapi jika anda mahu terus susu badan banyak, inilah salah satu yang perlu anda korbankan.

No pain, no gain. 🙂

.

12) ABAIKAN SEMUA YANG NEGATIF

.

Ada bunyi-bunyi orang sekeliling yang tak sedap didengar ke.

Atau terfikir apa saja yang negatif ke.

Contohnya terfikir kalau-kalau tak sempat nak pam ke.

Abaikan semua tu.

Ingat ya.

Apa yang kita fikirkan, itulah yang akan datang kepada kita.

Nak dapat menyusu sepenuhnya, fikirkan benda-benda yang BOLEH buat kita menyusu bayi kita sepenuhnya sahaja.

**********

Semoga dengan entri tentang Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat ini dapat membantu ramai ibu menyusu berjaya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga 2 tahun.

Aaaminnn.

Silakan share jika anda rasa bermanfaat. 🙂

Masih ragu-ragu dengan keberkesanan Set Menyusu Shaklee?

Jom terjah Testimoni Set Menyusu Shaklee kat link ni.