Cara daftar ahli Shaklee, kini lebih mudah dan lebih murah. Untuk mendaftar, anda cuma perlu:

  1. Melabur RM35 sahaja sebagai yuran pendaftaran, atau
  2. Dapatkan keahlian PERCUMA dengan belian minima 100uv (lebih kurang RM350+) dalam satu resit.

cara daftar ahli shaklee

Kalau anda belum tahu apa manfaat menjadi ahli berdaftar Shaklee, boleh rujuk entri 28 Kelebihan Daftar Shaklee ini.

.

3 CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

.

1# Walk-in Ke Home Office Atau Mana-mana Cawangan

Untuk mengetahui lokasi Home Office dan cawangan-cawangan Shaklee di seluruh Malaysia, rujuk di sini:

Lokasi Shaklee Home Office dan Senarai Cawangan-cawangan Shaklee di Seluruh Malaysia.

Apa yang perlu anda lakukan untuk mendaftar?

  1. Ambil nombor giliran dan tunggu di ruang menunggu.
  2. Apabila sampai giliran anda, anda akan diberi borang untuk mengisi maklumat peribadi anda (mungkin juga anda diberikan borang tersebut lebih awal).
  3. Pendaftaran dilakukan oleh staf bertugas.
  4. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, atau menggunakan kad debit/kredit.
  5. Anda akan diberi nombor ID untuk digunakan setiap kali membuat pembelian.

.

Kekurangan mendaftar dengan cara ini ialah, anda akan diletakkan di bawah mana-mana pengedar aktif terdekat secara rawak.

Kalau daftar dengan mereka yang anda kenal atau selesa, lebih mudah lagi untuk bertanya dan dapatkan konsultasi.

.

2# Cara Daftar Ahli Shaklee Secara Online

cara daftar ahli shaklee

  1. Untuk mendaftar sendiri secara online, klik link ini (Saya Nak Daftar Ahli)
  2. Klik butang “Join Now“.
  3. Masukkan SEMUA maklumat yang diminta.
  4. Anda akan menerima SMS dan email berkenaan nombor ID dan password sementara.
  5. Login menggunakan ID dan password sementara tadi di  laman web rasmi Shaklee di www.shaklee.com.my
  6. Anda akan diminta untuk terus menukar password dan melengkapkan makumat-maklumat lain seperti gambar IC untuk pengesahan dan sebagainya (Perhatian: Maklumat atau dokumen wajib yang tidak disertakan akan mengganggu proses pendaftaran).
  7. E-memberkit akan dimasukkan ke dalam Cart anda secara automatik. Kerana ID anda hanya akan diaktifkan selepas pembelian E-memberkit ini.
  8. Belian produk juga boleh dilakukan pada masa yang sama (pilih sebelum Checkout). Belian minima 100uv dalam satu masa melayakkan anda keahlian PERCUMA secara automatik.

.

Kelebihan mendaftar dengan cara ini ialah anda tidak perlu memberikan maklumat peribadi kepada orang lain.

Kekurangannya pula ialah, kemungkinan tidak sesuai untuk mereka yang kurang celik IT (contoh orang tua), oleh itu memerlukan guide dari pengedar.

Pengalaman saya sendiri, beberapa kali mereka yang mendaftar dengan cara ini tidak memberikan maklumat dan dokumen yang diwajibkan seperti gambar IC untuk pengesahan. Jadi proses mengaktifkan ID menjadi lebih rumit (contohnya, perlu email pihak Shaklee dan sebagainya).

Apa yang saya boleh cadangkan untuk anda, palangkan gambar yang disertakan contohnya “Untuk Daftar Shaklee” jika anda ragu-ragu.

.

3# Cari Pengedar Yang Boleh Dipercayai Untuk  Bantu Anda Mendaftar.

Untuk lebih memudahkan anda terutamanya jika anda sibuk dengan urusan harian, boleh whatsapp Ain 0164214704 untuk Ain bantu daftarkan.

Sama juga, anda boleh palangkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth