cara daftar anak sekolah rendah

Tahun lepas kami dah daftarkan Humaira (anak pertama) ke sekolah rendah untuk tahun 2019.

Jadinya, tahun ni giliran untuk daftarkan si Khayla (anak kedua) pula untuk masuk sekolah rendah tahun 2020.

Kalau parents yang ada anak 4-5 tahun (lahir tahun 2012 dan 2013), dah kena get ready dan alert time bila dah boleh daftar anak sekolah rendah ni.

Nak daftar ni bukan lagi sebulan nak start sekolah rendah baru nak register tau.

Bukan macam masuk tadika. Hihihi…

Cara ini boleh digunakan untuk pendaftaran sekolah rendah seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan info yang Ain jumpa online).

Apa kriteria untuk daftar anak sekolah rendah tahun 2019/2020?

  1. anak lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 (untuk persekolahan tahun 2019)
  2. lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 (untuk persekolahan tahun 2020)

.

Cara Daftar Anak Sekolah Rendah Secara Online

.

1# Layari laman web www.public.moe.gov.my untuk pendaftaran secara online.

Pengguna sedia ada (macam Ain pernah daftarkan Humaira tahun lepas), anda boleh terus ‘Daftar Masuk’ menggunakan nombor kad pengenalan anda.

Kalau tak ada akaun lagi, anda bolehlah klik pada ‘Pengguna Baru’ dan follow je step-step simple untuk sign up (rujuk gambar di bawah).

2# Klik ‘Sistem Pendaftaran Murid Tahun 1’.

3# Seterusnya klik ‘Permohonan Baru’

4# Semakan Semula

Selesai memasukkan butiran, anda akan di’log out‘ secara automatik.

Login semula.

Dan kali ini klik pada ‘Semakan Permohonan’ untuk memastikan nama anak anda berjaya didaftarkan.

Seterusnya, anda bolehlah berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah yang ingin dipohon itu.

Macam tahun lepas masa nak daftarkan Humaira, pihak sekolah mintak beberapa salinan sijil lahir, kad pengenalan kami.

Lagi satu, boleh cuba Semakan Semula tadi lepas beberapa hari untuk print out 2 jenis borang (maklumat anak dan maklumat kesihatan).

Ini pun perlu diberi pada pihak sekolah yang ingin dipohon tu.

Itu sahaja.

Selamat mendaftar anak-anak ya parents semua. =)

Categories

WhatsApp chat