Tahukah anda, terdapat cara mencarum KWSP sendiri secara sukarela, terutamanya bagi anda yang bekerja sendiri di sektor swasta atau bekerja di sektor kerajaan tetapi tidak mengambil pencen?

cara mencarum kwsp sendiri

Sejak saya berhenti kerja dari sektor kerajaan pada tahun 2014, automatik saya telah berhenti mencarum di KWSP. Saya diuji dengan pelbagai masalah kewangan dan dalam masa yang sama anak-anak pun semakin bertambah.

Jadi, saya terfikir jika ini berterusan, bagaimana dengan keadaan kewangan keluarga selepas umur persaraan saya nanti, bagaimana dengan peruntukan untuk pendidikan anak-anak nanti, bagaimana jika berlaku kecemasan dan sebagainya. Semua ini memberi kesedaran kepada saya untuk merancang simpanan untuk kegunaan di masa hadapan.

Takkan dah umur 60, 70 nanti pun kita masih perlu bekerja  untuk mendapatkan pendapatan?

Saya membuat sedikit bacaan tentang cara mengatur kewangan untuk jangka masa panjang, bertanya sana sini dan kawan-kawan yang lebih arif. Tidaklah saya katakan saya sangat pandai tentang ini haha. Saya cuma kongsikan apa yang saya telah buat sahaja. Manalah tahu berguna untuk anda juga.

Jadi, salah satu yang saya buat setelah bekerja sendiri ialah kembali mencarum dengan KWSP.

Bagi anda yang bekerja sendiri atau tidak membuat potongan gaji untuk mencarum, ini cara mencarum KWSP sendiri secara online. Lebih spesifik lagi, ialah cara mencarum KWSP melalui Maybank2u.

Oh ya, yang sudah sedia ada membuat potongan gaji untuk mencarum pun masih boleh mencarum dengan cara ini juga. Ada lebihan duit, apa salahnya buat simpanan untuk masa depan.

.

Cara Mencarum KWSP Sendiri Melalui Maybank2u

.

Menambah Akaun KWSP Dalam Sistem Maybank2u

  1. Login seperti biasa di laman web rasmi Maybank
  2. Klik pada ‘Investment‘.
  3. Kemudian pilih pula ‘EPF‘.
  4. Klik ‘Add‘ untuk memasukkan maklumat akaun KWSP anda. Anda dikehendaki mengisi nombor KWSP, kad pengenalan dan nama anda.
  5. Setelah klik ‘Continue‘, akaun KWSP anda sudah berada dalam rekod Maybank2u.

cara mencarum kwsp sendiri

.

Mencarum KWSP

  1. Untuk membuat caruman pula, sekali lagi klik ‘Investment‘ dan kemudian ‘EPF‘ seperti awal-awal tadi.
  2. Seterusnya, pilih ‘EPF registered payment‘.
  3. Anda akan diminta untuk membuat pilihan EPF Account Type – sama ada Self Contribution atau i-Saraan. Rujuk laman web rasmi KWSP untuk maklumat lanjut tentang Self Contribution dan i-Saraan.
  4. Selepas klik ‘Continue‘, masukkan amaun yang anda mahu mencarum dan ‘Continue‘ lagi.
  5. Akan keluar paparan yang menyatakan ‘Successful‘ jika caruman berjaya dibuat.
  6. Semak baki akaun KWSP anda di aplikasi i-Akaun selepas beberapa hari untuk memastikan caruman anda berjaya.

cara mencarum kwsp sendiri

.

Mudah kan?

Kini, anda sudah tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat KWSP untuk mencarum. Segalanya di hujung jari asalkan ada smart phone yang berfungsi dan line internet yang baik. Tinggal mahu buat atau tidak sahaja.

Mencarum di KWSP layak mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000. Baca juga tentang 21 Pelepasan Cukai LHDN Yang Anda Perlu Tahu.

Kita tidak tahu bagaimana masa depan kita nanti. Tidak salah jika kita mahu sediakan payung sebelum hujan.

Tercari-cari cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan untuk simpanan masa depan?

Shaklee membuka peluang untuk sesiapa sahaja mendapatkan pendapatan tanpa batasan. Ramai telah buktikannya!

Hubungi saya untuk dibantu. Atau daftar ekspres secara online.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Categories

WhatsApp chat