Dark circle di bawah mata sememangnya suatu mimpi ngeri bagi kaum wanita.

Masakan tidak, kerana dark circle ini boleh mengganggu penampilan kita. Silap haribulan kita dipanggil panda pula!

.

Kenapa Wujudnya Dark Circle?

.

Masalah dark circle boleh dikaitkan dengan faktor-faktor berikut:

  • keturunan – sekiranya kedua ibu bapa anda cenderung mengalami hyperpigmentasi di bahagian tersebut, tidak mustahil anda jua akan mengalaminya
  • proses penuaan – seiring dengan peningkatan usia, anda akan kehilangan tisu di bahagian sekitar mata, mengakibatkan kawasan itu menjadi sedikit gelap
  • jenis kulit – seseorang yang berkulit cerah pucat juga boleh ada dark circle di bawah mata kerana salur darah yang jelas kelihatan di bahagian itu
  • kerap menggosok mata – ini menyebabkan bahagian itu menjadi lebih tebal dan gelap
  • kurang tidur – penyebab paling kerap

.

7 Cara Menghilangkan Dark Circle Di Bawah Mata

.

1# Posisi Tidur

.

Kebiasaannya, masalah eye bag berpunca daripada peredaran sistem limpa (lymphatic circulation) yang tidak baik.

Untuk itu, elakkan tidur dengan posisi muka ke bawah kerana posisi ini boleh mengakibatkan sinus di hidung tersumbat, menyebabkan pengumpulan air dan terjadinya eye bag.

Posisi tidur yang disarankan ialah tidur menelentang dengan satu atau dua bantal untuk peredaran limpa yang baik.

.

2# Melembap dan Menghidrat

.

Keadaan badan yang kering mengakibatkan mata sembab dan dark circle sekitar mata lebih jelas kelihatan.

Cubalah menggunakan pencuci muka jenis ‘gentle‘ dan menghidrat, daripada jenis mengeringkan.

Pencuci muka jenis mengeringkan boleh mengganggu kawasan sensitif di bawah mata.

youth cleanser shaklee

Salah satu cleanser yang membuatkan saya sendiri jatuh cinta dengannya. Lembut yang amat cleanser ni. Lepas cuci muka rasa refreshing dan hydrated je kulit muka!

.

3# Jangan Lupakan Krim Pelindung (sunscreen)

.

Sinar ultraviolet boleh merosakkan kulit. Jadi, sentiasa sapukan krim pelindung SPF terutamanya jika anda akan keluar menghadap matahari untuk jangka masa yang lebih lama (contoh : di tepi pantai).

.

4# Berjumpa Doktor

.

Ada juga dark circle bawah mata yang disebabkan masalah alahan.

Untuk ini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat anti-histamin (alahan) dan ubat titik mata jika perlu.

.

5# Krim Mata

.

Nak gunakan krim mata pun kena berhati-hati.

Sekiranya jenis yang mengandungi retinol, vitamin C dan asid alphy-hydrxoxy, anda perlu lebih berhati-hati kerana bahan-bahan ini boleh mengganggu kawasan sensitif sekitar mata.

YOUTH Restoring Eye Treatment diformulasi daripada campuran peptida unik yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal berupaya mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan garisan pada bahagian mata seawal 7 hari penggunaan!

.

6# Masker Mata/Wajah

.

Penggunaan masker mata atau wajah menyediakan penghidratan untuk kulit mata/wajah.

Membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Sekaligus mengurangkan penampakan ‘mata letih’.

.

7# DIY Sendiri Di Rumah

.

Sebab itu secara tradisionanya, ada yang menggunakan uncang teh yang telah digunakan yang boleh membantu mengurangkan keradangan di bahagian mata (teh mengandungi kafein).

Pilihan lain ialah dengan menggunakan hirisan timun yang diletakkan pada mata.

Timun yang sejuk bertindak sebagai antioksida yang powerful. Flavonoid di dalamnya juga membantu mengurangkan iritasi pada mata.

Kalau uncang teh pun tiada, timun pun tiada, gunakan 2 sudu yang diletakkan sebentar di dalam peti sejuk beku.

Kemudian, perlahan-lahan tekan ke atas mata yang ditutup.

Rasakan sendiri bagaimana sudu-sudu ini bertindak sebagai ‘cold compress’.

.

cara menghilangkan dark circle di bawah mata

Cara Menghilangkan Dark Circle Di Bawah Mata : Kak Ayu ni pengguna setia YOUTH Skincare Shaklee. Baru guna seminggu dah ada kesan yang sangat ketara. Makin muda lah Kak Ayu kita.

.

cara menghilangkan dark circle di bawah mata

Cara Menghilangkan Dark Circle Di Bawah Mata : Siera puna eyebag dan dark circle nampak kurang sangat after 30 hari gunakan YOUTH Skincare Shaklee.