cara meningkatkan sistem imun badan

Cara Meningkatkan Sistem Imun Badan yang aktif dan berkesan, anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat, senaman secara berkala, menangani stress dengan baik, pemakanan bernutrisi serta pengambilan suplemen yang sesuai.

.

Tahukah Anda?

Sistem imun kita terdiri daripada rangkaian sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ yang bekerjasama mempertahankan kita daripada penyakit yang disebabkan oleh jangkitan.

Jangkitan berpunca daripada samada bakteria (kuman), virus, kulat dan parasit.

.

Apa Berlaku Apabila Terdapat Jangkitan Di Dalam Badan Kita?

.

Apabila ‘diserang’ jangkitan, sistem imun badan kita akan mula bertindak dengan mengenlpasti patogen (bendasing) daripada tisu-tisu normal badan.

Kemudiannya, sel-sel imun akan menghasilkan bahan untuk menyerang bendasing yang boleh membahayakan tadi.

Dalam masa yang sama, proses di dalam sel-sel dan tisu-tisu normal berjalan seperti biasa.

Jadi, sekiranya sistem imun anda lemah, anda akan lebih berisiko untuk diserang!

Dan tahukah anda juga, yang sistem imun badan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, yang mana cara meningkatkan sistem imun badan yang optimum, sebaiknya kita menjaga keperluan nutrisi di ketiga-tiga peringkat ini?

cara meningkatkan sistem imun badan

Pelbagai tugas sel-sel imun badan kita demi perlindungan dari ‘musuh’

.

Cara Meningkatkan Sistem Imun Badan Secara Semulajadi

.

#1 Nutrisi Untuk Sistem Imun Peringkat Pertama

Peringkat pertama sistem imun kita menghalang kemasukan patogen ke dalam badan. Dalam peringkat ini, air mata, air liur, kulit dan cecair dalam hidung bekerjasama untuk tujuan ini.

Untuk sistem pertahanan peringkat pertama yang kuat, anda perlukan:

  • Protein untuk menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan mengurangkan peluang patogen masuk ke dalam badan (Klik ESP untuk info tentang suplemen protein lengkap Shaklee)
  • Vitamin dan mineral menyediakan nutrisi lengkap untuk organ-organ berfungsi dengan optimum
  • Minyak ikan (Asid lemak omega-3) pula menyokong fungsi normal tisu-tisu di dalam badan. Minyak ikan mempunyai sifat anti-radang dan memperbaiki pengaliran darah, serta memperkasakan tindakbalas sel imun kita.

Badan kita TIDAK BOLEH menghasilkan minyak ikan. Sebab itu kita perlu memastikan pengambilan dari diet yang cukup. Atau suplemen sebagai pelengkap nutrisi.

cara meningkatkan sistem imun badan

Jangan lupa jaga kebersihan persekitaran juga untuk meminimakan contact dengan patogen yang boleh mengancam kesihatan kita.

.

#2 Nutrisi Untuk Sistem Imun Peringkat Kedua

Peringkat kedua sistem imun badan bertindak untuk memperbaiki pertahanan secara semulajadi.

  • Vitamin C penting untuk menyokong penghasilan makrofaj, sejenis sel darah putih yang ‘makan’ dan ‘menelan’ kuman.
  • Biji labu, plantago, bunga safflower dan Japanese Honey Suckle secara semulajadi meningkatkan paras interferon dan ini menguatkan sistem imun di peringkat selular.
  • Karotenoid mempunyai kekuatan antioksida yang melindungi sel darah putih dari kerosakan oleh radikal bebas. Sel darah putih sihat, sistem pertahanan pun kuat.
  • Bawang putih pula ialah immune booster rendah kalori, mengandungi kalsium dan potassium, serta mempunyai kesan antibiotik. Ia juga meningkatkan aktiviti sel darah putih kita.

.

#3 Nutrisi Untuk Sistem Imun Peringkat Ketiga

Di peringkat ini, kesihatan sel dilindungi, diperbaiki dan disokong.

Resveratrol dan polifenol meningkatkan aktiviti sel ‘pembunuh’ semulajadi dan membaiki serta melindungi DNA sel. (Klik Vivix untuk info tentang suplemen resveratrol dan polifenol eksklusif dan berpaten oleh Shaklee)

.

Sekian, semoga bermanfaat.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat