cara mohon ilestari kwsp

Cara Mohon i-Lestari KWSP – i-Lestari bertujuan memberi sokongan ekonomi keperluan asas kepada ahli-ahli KWSP ekoran pandemik COVID-19 yang berpanjangan.

Pada 1 April 2020, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tentang i-Lestari. I-Lestari adalah sebagai sokongan untuk meringankan beban ekonomi ahli KWSP untuk memenuhi keperluan asas bulanan ekoran pandemik COVID-19.

Berikut merupakan konsep dan syarat untuk i-Lestari:

  • Pengeluaran i-Lestari berkuatkuasa dari 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
  • Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020 dan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021.
  • Pengeluaran dibenarkan dari Akaun 2 sahaja.
  • Minimum RM50, maksimum RM500
    • Tidak boleh diubah amaunnya
    • Tertakluk kepada baki dalam Akaun 2.
  • Bayaran secara bulanan dan berulang, tertakluk kepada kelayakan dan baki amaun dalam Akaun 2. Bermula dari tarikh kelulusan permohonan oleh KWSP sehingga 31 Mac 2021.

Contoh 1: permohonan bulan April 2020, pengeluaran bermula April 2020 sehingga Mac 2021 (12 bulan)

Contoh 2: permohonan dibuat pada bulan Ogos 2020, pengeluaran bermula Ogos 2020 sehingga Mac 2021 (8 bulan)

Contoh 3: permohonan dibuat pada bulan Februari 2021, pengeluaran pada Februari dan Mac 2021 sahaja (2 bulan)

  • Kelayakan untuk memohon:
    • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
    • Umur bawah 55 tahun
    • Ada baki simpanan dalam Akaun 2

cara mohon ilestari kwsp

Cara Mohon i-Lestari KWSP

Terdaat 3 pilihan cara untuk permohonan i-Lestari:

  1. Secara online
  2. Email
  3. Pos

.

Cara Mohon i-Lestari KWSP Secara Online

Ahli-ahli disarankan untuk memohon i-Lestari secara online untuk pemprosesan dan pengeluaran yang lebih cepat berbanding cara emel dan hantaran pos.

Namun, kaedah online ini tidak dibenarkan bagi pemohon bukan warganegara (boleh memohon menggunakan emel dan pos sahaja). Dan anda juga tidak boleh membuat permohonan melalui aplikasi i-Akaun.

Di bawah ialah 7 langkah mudah untuk membuat permohonan i-Lestari secara online:

cara mohon ilestari kwsp

1) Layari laman web rasmi KWSP di kwsp.gov.my. 2) Kemudian, login dengan memasukkan ID dan password anda.

,

3) Klik “Withdrawal” dan seterusnya “4) Klik “New Application

.

cara mohon ilestari kwsp

5) Pilih “i-Lestari” dari jenis pengeluaran (Withdrawal Type)

.

cara mohon ilestari kwsp

6) Isikan maklumat. Pilih berapa jumlah yang dipohon (minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan). 7) Isikan juga detail bank anda.

.

8) Bila keluar paparan ini, bermakna permohonan anda telah dihantar kepada pihak KWSP. Siap.

.

Cara Memohon i-Lestari Menggunakan Email dan Pengeposan

Untuk mengisi maklumat dan membuat permohonan, anda perlu muat turun Borang Permohonan i-Lestari terlebih dahulu.

Untuk email, hantarkan ke alamat email ini: ilestarimohon@epf.gov.my

Manakala untuk hantaran pos pula, ialah kepada alamat ini:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya
(Sila catatkan “UP: i-Lestari” di hadapan sampul surat.

cara mohon ilestari kwsp

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke FAQ: I-Lestari KWSP.

.

Kesimpulannya, banyak pihak termasuk kerajaan, sedaya upaya berusaha membantu menyokong ekonomi ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Sebagai rakyat dan pengguna yang bijak, buat pilihan bijak, amalkan langkah berjimat cermat dan elakkan pembaziran terutamanya makanan. Ada sebab kenapa satu dunia diuji dengan masalah ini.

Kita tak tahu berapa lama lagi pandemik ini. Kita tak tahu bagaimana melesetnya ekonomi negara kita nanti. Seluruh dunia pun bakal terkesan ekonomi masing-masing. Kalau kita tak bersiap-siaga sekarang, bila lagi?